Dec 17, 2011

Anak Mat Salih !

masa cuti sem hari tu, semangat berkobar, teman abah joging area Petaling Jaya. 
umi tak dapat datang sebab kerja. so kena la jadi pengganti tempat umi pegang beg yang sarat dengan air.


tengah duduk bosan-bosan, kemalasan nak berjoging



tibe-tibe jumpa anak mat saleh ni..  dengan muka tak tau malu mintak bergambar.


sangat putih gebuuuu !! dah same colour dengan baju !
tolong jangan tengok kekontraan colour muka di situ. please. 






super duper comey ! dengan mulut merah, mata grey, baju clown !!  . sampai rasa nak korek-korek je mata budak ni. 


notakaki : sila jaga kesihatan anda. jangan berhenti berjoging untuk bergambar. thank you.


Kepada Pengguna Lenovo..

sila la berbangga wahai pengguna Lenovo. walaupun iklan ni nampak sangat diedit, tapi sangat seronok !




kitorang guna video ni untuk presentation. ramai ketawa BAHAGIA !

Burger Idaman semalaya !


Entry ni ada kene-mengena dengan class ECO. siyes cikgu Eco kitorang sangat romantik. bila dia mengajar bunyi dia macam die tengah nyanyi lagu dodoi suruh tidur.

kitorang yang duduk depan ni pun kena tenung cikgu tu tajam2 baru boleh dengar dia cakap ape.
disebabkan kitorang tak nak menyeksa telinge, macam biase bila kawan terbaik saya, Asma' buat aktiviti menconteng.



burger idaman semalaya.  siap detail caption setiap slice








makan burger super duper hebat macam tu, kena pakai macam ni ....... 


   lagi nikmat !

Dec 10, 2011

Jawapan kepada MANA LAGI RM 1 ??

korang mesti penah dengar teka-teki berbunyi macam ni : 

Ali pinjam RM 100 dari A & B untuk beli barang.Ali beli barang tu harga RM 97Baki duit Ali RM  3 lepas Ali beli barang tu.Ali pulang RM 1 dekat A. & RM 1 dekat B.sekarang hutang Ali kat A RM 49 & B RM 49.Kat tangan Ali ada RM 1.

Persoalannya mana lagi RM1 ?

RM 49 + RM 49 + RM 1 = RM 99


Mesti korang pernah jumpa soalan ni kan ? ada yang dah tau jawapan ?


serious soalan ni simple. tapi bila pikir2, eh haah la. mana lagi sehengget ?






semalam duduk baca blog orang dengan Asma'. tibe-tibe keluar soalan ni.  dia first time tengok soalan ni, tapi terus dah dapat jawapan ! yang kita ni punya la 10 kali baca , sampai juling tak dapat jugak jawapan. sangat sadis.




jawapannya : 

Ali beli barang RM 97.sorang Ali hutang RM 48.50RM 97 / 2 = RM 48.50Ali dah pulang baki RM 1 dekat A & B.
RM48.50 + RM 1= RM 49.50
lagi RM1 ada dekat Ali !

see ?

selamat mencuba !



Dec 9, 2011

kanak-kanak advance !

ni bukan budak-budak. tapi kanak-kanak. 

dengan muka baru bangun tidoo, dengan berbaju tidoo. nasib tak berbaju kelawar je. bangun-bangun terus capai Ipad ! 


siap kena amik nombor kalau nak main.  

wahai budak-budak, korang tersangat lah advance. saya sendiri pun tak pernak pegang benda yang bermula huruf I berakhir huruf P tu. 
masa diorang duk main benda tu, baru tau.

 banyak game rupanya dalam Ipad ni..

see betapa kunonye saya ??


ni lagi sorang, kakak abang beliau main Ipad, beliau main Iphone.

dasyat la awak ni. 

pakai seluar power rangers lagi, sexy btol. !


FYI, budak-budak ni semua sepupu saya. advanced kan diorang ? =.=

Dec 8, 2011

happy bufday abah ! dengan kad special dari anak-anak ..

4/4/2011 abah dah cukup umur 53 ! tapi malangnya, hari penting yang datang sekali setahun tu, abah kat hospital..  again .


orang datang melawat. boleh lagi bersembang hal negara =.=



hadiah & kad buatan anak-anak dan isteri abah. 

isi dalam kotak tu handphone. gah la sangat bagi handphone . handphone biasa-biasa je pun. malas nak tayang kat sini. kang semua orang terkejut. sebab terlampau 'canggih'


bajet duit berkepuk, boleh cakap kat abah camni :

akak : orang ingat nak beli BlackBerry kat abah. tapi bukan abah reti guna pun kan. elok-elok hadiah bufday dari akak ke abah. bertukar jadi hadiah akak ke akak.

BlackBerry konon. padahal dalam poket nak beli BlueBerry pun tak mampu.





semua anak-anak abah tulis ucapan tau. termasuk la abe yang tak berape nak reti menulis .

akak : abe, tulis kad ni kat abah.
abe : tak nak la. orang tak reti !
akak : tulis je. akak bagi 2 ringgit. 
abe : ok laa.

dasar mata berduit.









nampak tak betapa 'cantiknya' tulisan abe.
hasil RM2










luar ward yang tibe-tibe sunyi. orang memang tak putus-putus datang. walaupun bukan time melawat.





budak takde keje. kawan abah datang. bercerita hal negara, belanjawan 2012, budak-budak nganga .





makanan hospital yang semua TAWAR ! buah oren ni je yang manis. tu pun manis tak ikhlas mana.



ni lagi sorang takde keje.


saya lagi selesa berbaju t-shirt + track suit + bertudung bawal.
kalau jumpa saya berpakaian selekeh macam ni, jangan terkejut.
harap maklum.


tahap boring maximum. godel-godek beg umi, jumpe MAGIC LIPSTICK , terus amik tonyoh kat mulut.. nampak tak colour lipstick tu kuning.?
lama-lama dia tukar colour merah dengan sendiri. magic la kan ? 



stop cerita pasal lipstick, abah dah boleh keluar hospital, doktor cuma buat stress test. result negatif. hari tu jugak boleh discharge. 
tapi yang menjadi persoalan sampai sekarang, stress test kena berlari. serious tak paham tang mana nak tau stress bila berlari. ??result comfirm la negatif, dah 5 hari duduk hospital baru nak buat stress test.

kalau duduk hospital 5 hari, result stress test positif jugak , semua nurse boleh hantar surat resign lee jawabnye.


kalau korang perasan, banyak perkataan 'SHAYO' dalam kad tu. 
eh next entry la cerita pasal shayo ni.

shayo nak cepat sekarang ni. tak sempat nak cerita panjang



till then, duduk rumah diam-diam tau bah. selamat bercuti seminggu. 

P/S : akak lagi suka abah duduk hospital. serious.
bila abah duduk hospital hati akak lagi tenang.
tak de la abah kena pergi kerja mengadap kerja & melayan kerenah orang lain sampai stress . grrrr

/> />