Jul 27, 2012

Cherating

Assalamualaikum adik kakak ! 
Seumur hidup baru sekali sampai Cherating. Tu pun tak plan nak bercuti, tak sampai 12 jam pun berehat kat Cherating tu. Banyak masa habis atas jalan. Dah macam balik Kelantan.
Gambar kejadian dekat salah satu Resort di Cherating. Serious tak ingat nama. 



Suasana pagi , tepi pantai.


Yang best kat resort ni, ada banyak kolam ! kolam kanak-kanak, kanak-kanak baru nak up, kolam dewasa. Yang paling dalam 12 kaki !

Macam kitorang yang tak pandai berenang ni, tapi gatal nak pergi jugak belah kolam dalam, bertenggek la tepi-tepi kolam macam itik.


Ni Angoh saya. Bukan Angah. Angoh. Dalam kolam kanak-kanak.
Tetibe macam nampak bayang ikan keli dalam kolam. haha




Konon nak lumba berenang, Pastu main tarik-tarik kaki orang. Punya la kecoh dalam kolam.
Nasib pagi tak ramai sangat orang mandi.


Dah puas berenang, main lompat-lompat sampai tertanggal tudung. angkat je kepala dari air, semua duduk pakat gelak.


3 jam berendam dalam kolam, sebab dah lama sangat tak mandi kolam. Nasib kolam ni boleh pakai pakaian bebas.

Umi duduk tepi kolam pun pelik kitorang duduk gelak tak berhenti.


Sekian.

Jul 21, 2012

CONTEST " Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Ayah sepanjang Masa ! " by Qaleshya Umairah

Macam mana hari pertama puasa korang ? haha. rilek rilek jangan mengeluh. Tak lama dah nak berbuka :D
Hari ni orang nak join contest dari :

Qaleshya Umairah



images+(82).jpg (388×291)

Nak join klik banner comey lote kat atas ni ok ? 



Ni gambar kita yang tak seberapa. haha



Abah ni pemalu. susah nak amik gambar ngan dia, kena buat appointment. serious :D



Ni umi kita, time raya tahun lepas , beraya dekat putrajaya sebab abah tak sihat, tak dapat la nak beraya dekat kampung bersama lembu dan kambing yang ada..

Sekian untuk hari ni.




Jul 20, 2012

Berjalan di Perjalanan


Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan-kawan ! Malam ni ramai-ramai serbu masjid bawak mercun. Eh ? Bawak telekung !

Seminggu sebelum puasa ni pun dah biasakan diri puasa dengan puasa ganti. Nasib sempat ganti puasa..
Hari ni tak puasa pun feeling macam puasa. Arau cuaca panas tapi berangin. Tengahari pun boleh berselubung dalam selimut lagi.

Dah masuk bulan Ramadhan ni niat di hati nak datang class pakai baju kurung hari-hari.. 
Arau, jangan panas-panas sangat eh bulan puasa ni ?


Bila tengok masuk waktu berbuka & imsak 1 Malaysia ni, macam biasa Perlis paling lambat. Orang KL dah sendawa kekenyangan, Perlis baru nak azan..

Oleh itu, (habis skema dah ni) , Selamat berpuasa umi abah angoh acik abe kat rumah tu !!



Jul 3, 2012

Postpone Puasa

Hye semua ! Hari ni hari paling sengal dan memalukan. Semalam dah plan nak puasa. Dah semangat set alarm. Dah jadi habit, bangun je mesti snooze alarm. Last-last 5.40 baru sedar. Terus terjun katil dengan mamai lagi. 
Semalam dinner dengan pizza. Ada lebihan pizza 1 slice semalam, buat la sahur.  tengah kunyah dengan tak berdaya, mata terpejam lagi,  tetibe :

Nisa : Eh tu bukan azan ke ?
Asma : Mana ?
Nisa : Ada tu cuba dengar.
Asma : Tu orang mengaji la.

Orang pun teruskan mengunyah, tetiba terus dengar Allahu Akbar Allah yang kuat ! 

Nisa : Eh tu betul la azan kan ?
Asma : Dah dengar tu berhenti la makan !
Nisa : Mana boleh. Dah lumat dalam mulut ni ! Kena telan !

Telan jugak walaupun dah dengar azan. 

Bila dah telan, termenung kejap. Ish tercekik la pulak. Pastu gi minum pulak !
Azan dah nak habis dah pun masa tu.
Dah makan minum, terus solat Subuh. Memang tak bersembang dah dengan kawan.
Lepas solat sambung tidur kejap sebab class start lambat..

Bangun je tidur, roomate lagi sorang, Aida tanya ,

Aida : Eh korang puasa ke tak  ni ?

Orang dah pandang-pandang Asma, gelak-gelak.

Nisa : Entaah la. Mu puasa ke ?

Masa tu Aida baru nak breakfast roti dengan jem.

Nisa : Eh mu, orang dah lapar la. Orang nak makan jugak la.

Asma dah jeling jeling.

Asma : Mu ni puasa laaaa.
Aida : haah la mu. Mu puasa jela. Bukan sengaja kan tertelan. *dengan nada perli

Tak sengaja apa ? Sengaja la kan dah dengar azan tapi telan jugak ! Alasan sebab dah lumat pizza tu dalam mulut.

Pecah rekod la jadinya bangun BREAKFAST pukul 5.40 am. !




Hehe Peace. Kita puasa esok la pulak :D



/> />