Sep 7, 2016

A LITTLE LIFE UPDATE

Assalamualaikum semua kawan-kawan, bekas kawan-kawan dan semua yang mengenali Nisa. Bukan nak buat ucapan hari raya sempena Aidiladha ke apa. HAHA. Dah lama sangat tinggalkan blog kesayangan ni. Yang selalu rajin baca blog Nisa dulu memang perasan la kan Nisa memang dah lama tak update dan menghilang dari media social yang dulu jadi makanan Nisa hari-hari.

So, ada ke nak tahu apa yang Nisa buat sekarang ? Hihi


Rakan-rakan seperjuangan semua, Nisa dah officially habis study Jan 2016. Alhamdulillah Bachelor in Accounting dalam tangan walaupun result tak FLYING COLOURS mana. Tapi memang tahu usaha diri sendiri pun tak semenggah mana jangan harap la nak result gempak. Okay malas nak cakap banyak sampai student life sebabnya rasa dah lama tinggalkan alam student walaupun hakikatnya baru 8 bulan dari masa nisa menulis ni

8 Bulan habis belajar maknanya dah 8 bulan jugak la nisa dah start kerja. Cakap pasal kerja ni bukan 1 tempat je nisa kerja, tapi berpindah randah. hehehe. Asal dapat offer tinggi pergi lari ke tempat baru. Kalau nak dibuat kesimpulan, Office nisa sekarang ni tempat ke 4 nisa kerja dalam masa 8 bulan ni

Sejujurnya bila dah start bekerja ni, baru tahu yang diri sendiri tak suka pun kerja ofis. HAHA. Mungkin dah muak dan penat dan terasa tak berkembang ataupun masalah diri sendiri yang kemalasan. Mana taknya dari zaman study diploma Nisa dah start buat part time kerja office kot. Buat akaun. Debit kredit. Report. Aging. Reconcile. zzzzzzzzzz.


'Kau semuanya tak kena, tukar kerja sana sini pastu nak bosan lagi, habis kau sibuk buat ape?' 


Okay ni part yang seronok nak cerita. Nisa sekarang menyibukkan diri untuk mencantikkan diri. HAHA. Masa Nisa menghilang lama tu , Nisa ada seribu masalah ditambah dengan masalah kulit yang bagi Nisa sangat serious.

Nisa admit ward sebab HB drop 6. Ibu mengandung kalau 9 pun dah kira rendah. Kita ni sampai drop 6 sampai kena marah sungguh-sungguh dengan doktor. Sebab lambat datang hospital walaupun dah tahu HB dah low masa pergi klinik. Lepastu kene la tahan kat ward masukkan darah itu ini. Serious masa ni rasa down yang amat. Sebabnya takde sorang pun tahu keadaan  Nisa masa tu melainkan family sendiri. Sangat-sangat la sunyi kena tinggal kat sana sorang-sorang. Bila malam hari, rasa sesak nafas memang sampai takut sangat nak baring, takut tu malam terakhir bernyawa kat dunia ni :(


Keluar ward pun, wajiblah doktor bagi ubat itu ini untuk tambah darah etc. Masa ni bermula zaman keburukan kulitku ini. Mungkin sebab darah yang diorang transfuse kat Nisa tu darah orang yang memang berjerawat ke apa kan, Nisa tak tahu =.= tapi memang kulit nisa sangat bermasalah masa ni

Tak tahu nak describe kat korang cemana. Tapi bayangkan tiap kali bangun tidur wajib ada 1 jerawat naik kat muka. Siap yang nanah lagi. Kalau tak nanah, jerawat batu. Ditambah perasa dengan kulit yang sangat kusam. Kelam. Kelabu.










Tapi Nisa gagahkan jugak makan ubat sebabnya tak nak sakit lagi.Seksa sakit macam ni :(


Masa ni tergerak hati nak makan supplement. Nisa pun godek-godek jumpa pasal SHAKLEE. Supplemet pertama yang Nisa beli B COMPLEX + VITALEA. Untuk naikkan HB nisa yang sedia rendah, rawat jerawat batu, sekaligus package rawat kulit yang bermasalah ni

Dengan kuasa Allah, alhamdulillah memang serasi sangat dengan Nisa. Masa makan supplement ni Nisa memang dah stop lama dah ubat hospital tu. Bila HB dah cantik, 12 dah masa Nisa last check, jerawat batu dah berkurang terus Nisa sambung dengan makan ESP + VITAMIN C untuk hilangkan parut jerawat, untuk renew cell kulit. Nisa dah register member shaklee masa ni, jadinya galak la buat experiment macam-macam dengan supplement Shaklee

Tak lama lepas tu Nisa tambah pulak dengan ALFALFA + GARLIC. Memula niat nak makan ALFALFA ni sebab nak rawat keputihan je. Sekali dapat effect perut kempis sebab ALFALFA ni melawaskan, Nisa memang ada masalah sembelit. HAHA. GARLIC pulak korang memang tahu kan anti-bakteria untuk kecutkan jerawat


Sampai sekarang pun konsisten makan dengan Shaklee. Apa yang Nisa dapat ?

- Kulit dulu yang bermasalah dah diganti dengan kulit yang makin sihat. Yang penting kulit tak kusam, tak kelabu dan tak mendung. Bonus kulit putih tu memang wajib dapat sebab sifat VITAMIN C + ESP memang mencerahkan kulit. Bukan putih yang pucat yang orang tengok pun pelik tu tauu. Ni putih yang cerah sekata & terasa diri sangat cantik bila tengok cermin. HAHA




- Keputihan yang memang selalu jadi masalah perempuan, alhamdulillah memang hilang terus. Kalau ada pun time subur ( sebelum period nak datang  ) Selain dari tu memang tak ada. Pastu Nisa kan allergic jugak ada resdung jugak, asal makan seafood terus gatal hidung. Dia punya tahap allergic tu sampai Nasi dalam pinggan tak habis pun lagi, tapi dah start gatal-gatal muka. Lepas makan ALFALFA slumber je makan seafood, memang betul-betul hilangkan Nisa punya allergic dengan seafood

- Jerawat pun sangat susah dah nak naik kat muka ni. Yang besar, gemok dan sihat macam dulu memang tak nampak singgah lagi di muka ini. Kalau ada pun jerawat manis orang panggil. hehehe.


Untuk menjawab soalan Nisa busy buat apa sekarang, Jawapannya, Nisa busy dengan business Shaklee. Memang jatuh cinta sangat dengan supplement shaklee ni, nak korang dapat jugak #shakleeeffect macam Nisa :)




Sekian dari saya,

Nisa Fuzi
@shakleekita


7/9/2016 1:36 am



No comments:

/> />