Mar 26, 2017

REVIEW: SOLUTION LENS BAUSCH + LOMB - TERBAIK DAN MURAH

SOLUTION LENS TERBAIK & MURAH

Hye assalamualaikum ! Nisa baru topup stock barang peribadi hari ni. Haha kemain peribadi kann. Salah 1 benda ialah Solution Lens ni. Sebelum ni Nisa memang kerap jugak la tukar-tukar brand. Tak pernah stick dengan 1. Yelaaa air je kotttttt (bak kata orang yang tak pakai contact lens)

Kalau korang nak tahu, Nisa memang dah lama bersahabat baik dengan contact lens ni tau. Dari zaman sekolah. Jadinya tahun 2017 ni dah masuk tahun ke-10 nisa bercontact lens. Hmmm lama tu. Baru sedar.

Nisa memang rabun. Pakai yang colourless je pun ni haa.

Back to solution lens tadi, to be honest Nisa memang mencari yang murah. Nisa pernah try brand xx harga murah tapi dia buat contact lens nisa rasa tak best. Tak sedap dipakai lepas direndam. You feel me ?

Next purchase cuba beli brand bausch & lomb untuk sensitive eyes ni. Memang serious dah try yang ni Nisa tak tukar dah sampai hari ni.

Normally, Bila pakai lens tu kan kita boleh rasa dia dah expired betul tak?
Satgi mula rasa macam contact lens tu dah mula rasa keras, tak lembut macam biasa. Haaa tu memang tanda dah expired laa tuu.

Tapi dengan solution lens yang ni, nisa kena mark calendar bila nisa tukar lens baru setiap bulan sebabnya pakai lens 3 bulan pun lembut je manjang. Tak rasa langsung bila lens nak expired

Selalu kena macam pakai lens terbalik tak? Yang masa memula nak pakai terbalik tu normal (untuk yang colourless). Tapi bila dah pakai 2 3 jam tetiba rasa sakit dalam mata macam pakai lens terbalik tu dah kenapa?

Yang ni serious nisa tak faham. Memang stress gila. Kita ni dah la tak bawak solution tu kemana-mana. Jadinya bila jadi kes macamni, tak kira di mana berada pun terpaksa kena cabut lens lepastu bilas dengan air kat sinki. Pastu pakai balik. Seksa wey. Serioussss.
Untuk seminit pertama akan rasa kesat sangat lens tu dalam mata

Tapi since Nisa tukar solution yang ni, (brand lens masih yang sama) seriously dah lama sangat tak kena disaster macamtu.

Mata pun tak pernah kena infection. Dulu masa sekolah zaman berlemuih tu selalu jugak mata ni merah macam org sakit mata tuu disebabkan contact lens ni. Sampai cikgu halau balik sebab mata dah merah yang amat. Tapi nisa boleh cakap dengan slumber 'merah ni tak sakit pun' 

Nisa survey kat Watson tadi, dalam banyak-banyak jenis solution untuk lens, dan untuk size sebesar ni, yang ni paling murah.


PRO:
1. Lens sentiasa lembut dan tak pernah mengecut
2. Very Clean sebab boleh nampak once kita rendam lens, habuk-habuk semua akan terapung dan lens sangat bersih. 
3. Free from eye infection
4. Sangat affordable
5. Caps baru yang sangat senang untuk tutup dan buka

CONS:
HMMMMMMMMMMMM. I don't have one. HAHA. Kalau ada in future Nisa akan update okay?

Box Packaging

Old Packaging. Nisa sangat tak suka penutup dia. Susah sangat nak bukak dan tutup

New Caps. Yeayyy ! Penutup yang sangat mesra alam. Macam tahu-tahu je

BRAND : BAUSCH + LOMB - Gentle Sensitive Eyes
HARGA : RM 12.90 sahaja. Bukan untuk 1 botol okay.
RM 12.90 untuk 2 botol
SIZE: 355ml


Harapnya tak naik la harga ye? Kita nak pakai awak lama ni ❤

*This is not a paid review*


Sekian review ikhlas dari saya,

Nisa fuzi


Pergi cari kat farmasi sana. Iolss tak jual.

REVIEW CAROTOMAX - TIPS UNTUK KURANGKAN RABUN MATA

Hye Assalamualaikum !

Nisa dulu start power rabun dengan 50 je tau. Tapi disebabkan nisa memang seorang pemakai contact lens yang tegar sejak 9 tahun lepas, hasilnya power mata nisa sekarang dah cecah 375.

Salah 1 sebab power naik memang pasal contact lens. Lagi- lagi yang pakai lebih dari 8 jam ni ha. Lepastu buat macam tak bersalah. Kesian kat mata yang kerja keras setiap hari 

Lepas nisa ada kesedaran nak jaga mata ni (punya la lambat nak sedar), Nisa try makan Carotomax. Sebenarnya nisa makan Carotomax ni kan TAK berharap langsung rabun mata berkurang. Nisa cuma berharap POWER TAK NAIK lagi. Itu sahaja. Sebab senang Nisa nak beli contact lens. Takkan setiap kali nak beli nak check power mata ye dok? Mesin dia tu pun bukan accurate mana. Kena pegi check yang kat dalam bilik kecik dia tu baru dapat result accurate. Yang rabun je  akan faham apa itu bilik kecik. hihi

Berbalik kat power mata tadi, nisa memang langsung tak harapkan power turun whatsoever. Sebab nisa sendiri tahu apa yang nisa makan setiap hari tak ada sangat pun makan carrot / sayur yang baik untuk mata.

Nak jadi ceritanya, Nisa TERbeli Carotomax, supplement untuk mata. Dah lama  sebenarny simpan buat pekasam. Sampai 1 hari tu, Nisa rasa perlukan supplement sebab kulit agak dry, terus Nisa makan je Carotomax ni. Dia actually sumber Vitamin A which is bagus jugak untuk kulit. Serioulsy ni je sebab yang Nisa rasa nak makan memula.

Ni la rupa si kecik molek Carotomax

Kurang dari sebulan Nisa makan Carotomax ni, tetiba 1 malam ni Nisa rasa semacam!

Sejujurnya Nisa memang perlukan spek bila nak mengaji. Kalau tak pakai spek, nisa memang akan angkat quran betul-betul dekat dengan muka

Tapi semalam mashaAllah macam tak percaya nisa boleh nampak terang je setiap ayat tanpa perlu dekatkan quran dengan muka. Rasa magic sangat! Terus lari focus kejap dari nak mengaji sebab excited. HAHA




Bukan nampak terang 1 dunia terus. Cuma Nisa boleh feel yang power mata dah turun !

Dapat mengaji tanpa spek pun dah rasa bersyukur sangat. 1 nikmat baru yang Allah bagi.
Ni yang nak rajin-rajin makan Carotomax ni. Mana tahu lepasni tak payah pakai spek dah. Aminn ! Aminn !

Ni hasil Nisa dapat makan Carotomax less than a month. Tak habis sebotol pun lagi tauu. InshaAllah akan konsisten sebab tetiba ada kesedaran nak jaga mata selain sibuk nak jaga penampilan dan kulit gebu gebas.


Nisa selitkan sikit testimoni customer lain








Ada yang nak ikhtiar kurangkan rabun mata dengan Carotomax ? Boleh whatsapp Nisa untuk pertanyaan lanjut atau boleh beli online terus kat SINI

Ikhlas dari hati saya,

Nisa Fuzi
0136448528



Feb 15, 2017

NALURI SEORANG ABAH

Nisa sampai hari ni confuse dengan naluri abah. Setiap pagi rutin abah sebelum pergi kerja akan datang depan pintu bilik anak dia sorang-sorang untuk kejut bangun subuh.

Tak kira la masa tu weekend ke weekdays ke, time anak dia period atau tak. Tapi tu la rutin dia. Anak dia buat tak dengar pun dia masih setia dengan rutin harian dia dari dulu.

Tapi ada 1 benda yang Nisa tak boleh nak hadam sampai hari ni.

Tiap kali nisa tak terjaga bangun subuh, mesti akan dengar suara dia kejut bangun sebelum dia keluar kerja. Dia tahu yang kita tak bangun subuh lagi. Dah dengar suara dia tu kelam kabot la bangun sebab tahu memamg dah lambat nau nak subuh.

Tapi ada hari-hari yang Nisa bangun awal, lagi awal dari semua orang dalam rumah, dah siap subuh lepastu tidur semula. Nisa tunggu jugak dia kejut sebelum dia g kerja. Tapi harapan tinggal harapan memang takkan dengar suara dia pagi tu.

Dia macam dah tahu anak dia dah subuh awal-awal. Serious Nisa tak tahu cemana dia boleh tahu.

Tiap kali Nisa bangun memang tak tinggal jejak. Lampu bilik pun tak pasang. Pintu pun tutup slow slow je.

Kadang-kadang nisa pernah bangun sebelum azan subuh lagi. Siap-siap solat terus berselubung dalam selimut semula. Macam biasa tunggu dia kejut, tapi dia pagi tu akan lalu depan bilik tanpa suara.

Takkan dengar suara dia

'Kakkkkk bangunnnnn'

Memang takkan.

Sebab abah jenis yang tidur lena. Bukan senang nak bangunkan dia

Mungkin naluri ayah macamtu kot. Mungkin dia ada kelebihan yang tak semua orang ada.


Feb 9, 2017

JATUH BANGUN ANAK PEREMPUAN YANG ORANG TAK NAMPAK

Assalamualaikum and Hye ! Terima kasih untuk yang sudi menyinggah.

Nisa percaya yang datang singgah ni ada 2 group sahaja. First, orang yang pernah rapat dengan Nisa. Second, yang masih ada dengan Nisa sampai hari ni. Tapi tak kisah la korang dari group yang mana, Nisa menulis ni pun mungkin akan ada kena mengena dengan korang.

Yang seangkatan dengan Nisa tu, macam tak percaya kan dah setahun kita dah habis belajar? Nisa rasa macam baru sangat duduk dalam dewan exam. Jawab exam macam nak pecah kepala otak dan kepala lutut. Sekarang ni dah mula rasa seronok tengok kawan-kawan yang dah mula menapak bina hidup lepas habis belajar.

Ada lagi ke antara korang yang tak dapat kerja lagi? Atau ada yang dah bekerja tapi masih setia menanti panggilan kerja dari company lain?

Dalam masa setahun lepas habis belajar ni sejujurnya Nisa dah tukar tempat kerja 3 kali. Tempat yang ke-4 ni baru Nisa stay lama. Sebenarnya Nisa sendiri macam tak percaya Nisa boleh stay selama  ni dalam satu company. Yang kenal rapat dengan Nisa memang akan tahu cita-cita Nisa yang sebenarnya. Tak kira la expert bab jadi accountant sekali pun, Nisa masih mengejar cita-cita nak jadi suri rumah. Work from home mom.

Disebabkan kita masih bujang, jadinya kita masih bekerja jadi account analyst + accountant.

Nisa masih usaha nak stabilkan kewangan lepas khawin seriously nak focus business duduk rumah sahaja. Uruskan suami dengan anak-anak. Okay ni future plan tau. Bayang-bayang suami masih samar sebenarnya.

Dalam tempoh setahun lepas grad ni, Nisa pernah menyewa rumah, sebab office jauh dari rumah. Sejam perjalanan ditambah dengan tol yang mahal. Sehala RM 5. Kau rasa? No point kerja masa tu. Duit gaji Nisa masa tu habis untuk bayar sewa rumah dengan tol je. Masa ni memang rasa sunyi yang amat. Mana tak nya, kita ni dah la dari zaman sekolah jauh dari parents. Sekali dah start zaman berkerja pun duduk jauh lagi dari parents. Totally lifeless

Tapi itu la orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana kan. Allah dengar doa Nisa. Dia tahu macam mana susah sangat hidup Nisa masa tu. Officemata jenis suka mengumpat. Nisa seboleh-bolehnya nak jauhkan diri dari manusia macam ni. Last-last, Nisa hantar surat resign kat company tu, Esoknya terus diterima masuk company baru. Syukur sangat. 

Office baru ni jarak 10 min dari rumah. Tak lalu jammed. Tak lalu tol. Tak perlu sewa rumah. Nisa dapat duduk rumah dengan abah umi. Alhamdulillah. Finally, lepas 9 tahun dapat jugak Nisa betul-betul jadi penghuni tetap rumah abah umi.


KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH

Bila dah duduk dengan parents ni kan, sebenarnya Nisa dah mula perasan yang Nisa sangat tak berjasa untuk diorang sepanjang Nisa jauh dari rumah (Sebab belajar jauh)

Nisa tak pernah ada kesempatan nak hulur duit kat diorang. Walaupun untuk seguni beras.

Nisa tak pernah ada peluang nak tolong umi settlekan kerja rumah atau tolong urut dia masa dia tak sedap badan,

Nisa tak pernah ada peluang nak tolong abah settlekan roadtax kereta-kereta / bayar bil-bil rumah

Nisa tak pernah hulur duit untuk adik-adik

Sebak sangat bila fikir. Ya allah apa aku dah buat 9 tahun ni? Memang nisa jauh sebab belajar. tapi Nisa masih tak boleh nak hadam yang Nisa dah buang 9 tahun untuk balas jasa umi abah.


JANGAN TUNGGU GAJI BESAR

Rezeki Nisa lagi sekali, habis exam last paper tu esoknya Nisa dah mula kerja. Nisa tak sempat nak rasa perasaan menanam anggur. 

Kalau nak diikutkan gaji fresh grad ni berapa la sangat kan. Kadang-kadang Nisa rasa seciput. Kadang-kadang rasa okay dari orang lain. Tapi mostly Nisa banyak lupa sebenarnya. Nisa lupa nak bersyukur. Kalau risik-risik kawan lain yang seangkatan, gaji diorang lagi sikit. Kadang-kadang rasa macam tak logic untuk company bayar seciput tu. Tapi takpe, Nisa Cuma nak tekankan apa yang Nisa buat dengan gaji yang tak seberapa tapi sentiasa cukup setiap bulan

Ni apa yang Nisa buat.

Korang boleh start memberi. Utamakan parents. Jangan duduk kalut nak menderma kat masjid sebab pahala berterusan selagi orang menggunakan. Yes memang tak dapat nafi yang tu. Tapi apa pun pokok pangkalnya utamakan parents.

Nisa sendiri pun sebenarnya tak pernah pun bagi duit directly dekat umi abah.

‘Abah ni duit belanja abah bulan ni. Umi ni belanja umi bulan ni’

Nisa tak pernah ada kesempatan nak buat ucapan macam ni.

Yang Nisa boleh buat macam ni :

Bila pergi pasar tu, hulurkan la duit buat bayar segala barang basah. Macam family Nisa, kitorang memang akan pergi pasar borong sebulan 2 kali. Dalam sekali tu Nisa usahakan untuk keluarkan duit. Bayarkan makanan yang akan jadi darah daging 1 family kita. Kadang-kadang sampai bergaduh dengan abah sebab berebut bayar. Sebab abah seboleh-bolehnya tak nak langsung guna duit Nisa. Dia tahu Nisa banyak tanggungan. Tanggungan apa nanti Nisa cerita.

Untuk umi pulak, Nisa dah suruh dia berhenti kerja. Dia bukak dobi dulu. Selalu balik lambat. Lepastu sakit-sakit kena buatan orang. Nisa mintak dia berhenti kerja. Duduk rumah sahaja. 

Masa ni dia masih ada tanggungan 1 personal loan. Disebabkan Nisa yang mintak dia berhenti, jadinya loan tu secara tak langsungnya dah jadi bawah tanggungan Nisa. Nisa boleh kata amount dia agak besar. 1/3 dari gaji Nisa.

Nisa pejamkan mata je bayar banyak tu dekat bank setiap bulan. Orang lain dah boleh bayar duit kereta dengan duit gaji masing-masing. Tapi Nisa sampai hari ni tak beli kereta pun lagi. Salah 1 sebab abah jugak. Abah pujuk Nisa baik punya suruh tahan diri beli kereta.

'Akak nak beli kereta ke? Pakai je la dulu apa yang ada tu. Tolong abah beli rumah'

Sampai sekarang Nisa ingat macam mana rupa abah. Lembut sangat abah cakap. Dia tahu kita ni degil. Kalau dah kita kata nak, memang tak boleh  nak tunggu dah. Masa tu jugak nak nya !

Nisa terima cadangan abah. Nisa pakai je kereta apa yang ada kat rumah ni. Banyak yang tak berjalan. Sebab abah gi kerja naik moto. Umi pulak nak guna kereta gi mana dia dah tak kerja kan.

Yang ni sejujurnya Nisa tak menyesal. Nisa tak menyesal ikut cakap abah. Sebab dengan duit nak bayar kereta bulan-bulan yang tak jadi tu. Nisa boleh buat saving. Alhamdulillah tak pernah gagal lagi saving setiap bulan

Rasa dah banyak  melalut pulak. Okay point Nisa kat sini jangan la berkira. Jangan mintak duit parents. Memang kadang-kadang kita rasa gaji bulan tu sikit sebab nak bayar macam-macam. Tapi jangan sekali pun pernah cut off duit untuk parents setiap bulan. Nisa pun pernah fikir taknak la tolong umi bulan ni, macam tak cukup je duit. Tapi alhamdulillah allah tak mungkir janji. Dia tolong Nisa survive tanpa meminjam dari siapa pun


SIBUK UTAMAKAN ORANG LAIN

Yang betul kenal Nisa akan tahu betapa Nisa ni 'family person'. Nisa tak pernah kisah kebajikan diri sendiri. Nisa lebih pentingkan family Nisa. settle bab diorang, baru Nisa fikir untuk diri sendiri.

Nisa pernah 1 masa tu, gaji dah masuk. Tapi Nisa tak sempat nak withdraw duit untuk belanja bulan tu sebab dah habis bayar itu ini guna online banking. Bayangkan lah. Bayangkan Nisa tak sempat nak pegang pun duit gaji nisa bulan tu. Jangan cerita sedih dia macam mana. Jangan tanya macam mana Nisa duduk pusing kepala fikir nak isi minyak kereta bulan tu.

Rezeki Allah tu luas. Nisa tengah sesak macam tu, Allah datangkan customer yang mudah-mudah. But still Nisa tak boleh nak isi minyak jugak sebab degil. Duit business takkan ku usik. At the end, kita naik kereta abah atau umi yang mana ada minyak. Hehehehe


REZEKI KITA, TAPI BUKAN MILIK KITA

Makin hari Nisa rasa makin complicated hidup Nisa sebab tanggung orang. Tiba-tiba dalam 1 masa, Allah hantar kat Nisa orang yang lagi susah dari Nisa. Datang nak pinjam duit. Selang sehari akan ada. Sakit hati tu mashaAllah Nisa tak dapat nak tipu memang ada. Tapi bila berlapang dada, Nisa memang nak tolong jugak macam mana-mana pun. Lagi sedih kalau tak dapat tolong sebab kita tahu Allah yang hantar dia untuk kita. Masa tu Nisa usaha jugak cari duit celah bedah nak tolong orang yang datang meminta tolong ni.


LEPAS SETAHUN

Agak lama jugak Nisa rasa tempoh setahun ni. Tapi Nisa rasa sangat berbaloi Nisa bersusah macam nak gila sorang-sorang dulu. Untuk pengetahuan korang, Nisa anak sulung. Perempuan pulak tu. Tiap kali Nisa rasa Nisa perlukan someone untuk bercerita, Nisa memang takde tempat sebenarnya. Yang happy-happy boleh cerita dengan kawan baik Nisa sorang ni. Si syida  ni lah yang setia ada dengan Nisa dari zaman belajar sampai hari ni. Harapnya dia tak baca la.


2 orang ni yang setia ada dengan Nisa 3 tahun

Yang bab menangis terduduk tu, Allah je tahu. Kalau korang nak tahu lagi, dulu Nisa tak keluarkan langsung duit untuk lunch kat office. Hari – hari Nisa bawak bekal.

Ujian orang lain-lain kan. Apa pun yang datang jangan pernah anggap tu semua beban. Nisa pun tak berani nak sebut perkataan beban tu.

Ada 1 masa yang Nisa buat rasa sebak sangat, bila umi cakap, 

"Umi dengan abah dah puas hati apa yang akak dah buat. Umi tahu akak ni memang kedekut. Tapi untuk diri sendiri je. Kalau orang lain mintak akak tak pernah cakap tak boleh"

Jangan cerita sebak dia macam mana.

Sebab kata-kata tu jugak Nisa baru sedar diri sendiri macam mana. Baru perasan yang Nisa dah lama tak berbelanja untuk diri sendiri. Nisa dah tak ingat bila last Nisa shopping. Nisa dah tak boleh nak kira berapa bulan dah Nisa hold nak beli Purse baru yang harga RM 40 aje. Kedekut sampai tahap tu untuk diri sendiri. Nisa dah tak ingat bila last Nisa keluar dengan kawan-kawan.

Dengan gaji 4 angka tu, Nisa berani kata jumlah yang Nisa guna untuk diri sendiri tak sampai RM200 pun tiap bulan. Termasuk duit minyak tau ni. Bayangkan betapa sebenarnya Nisa takde gaji pun.

Tapi Nisa boleh saving lebih dari RM500. Ni exception. Saving tu wajib.

Nisa boleh cakap, Nisa banyak hilang kawan. Sebab Nisa anti social sangat. Nisa tak sempat nak bergaul dengan orang. Apa lagi nak tanya khabar sorang-sorang. Nak sampaikan salam rindu dekat kawan-kawan pun Nisa tak tahu tahun bila nisa boleh buat semua tu. Tapi selagi kita tak bermusuh, jangan lupakan nisa sebagai orang yang pernah berkawan dengan korang.

InshaAllah Nisa pun tak pernah lupa jugak orang yang pernah berkawan dengan Nisa, Apa lagi orang yang  banyak ceriakan hari-hari Nisa. Yang selalu dapat detect bila Nisa ada masalah atau sedih tu, Nisa hargai sangat. Thank you sebab pernah tenangkan Nisa walaupun Nisa berat mulut nak bercerita. Walaupun sampai hari ni, korang tak tahu apa benda yang buat Nisa menangis macam nak gila dulu, korang masih setia ada dengan Nisa. Nisa hargai sangat. Terima kasih untuk dunia dan akhirat

Lepas setahun, Nisa dah rasa boleh bernafas lega sikit sekarang. Alhamdulillah gaji dah lebih apa yang Nisa expect. Business inshaAllah makin stable, berkat doa umi abah jugak.

Nisa rasa Nisa dah lepas fasa ‘JATUH TERDUDUK’ tapi nisa tengah lalu fasa ‘KEBANGKITAN’


Sejak umi jadi suri rumah, semua makin mengembang nampaknya


Doakan yang baik-baik. Kalau rasa nak merapu jangan bukak  mulut. Nisa pun banyak lagi kekurangan. Masih mencari jalan nak perbaiki diri. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan tempoh setahun perjalanan yang sangat susah untuk diri selemah ni.

Sebenarnya baru perasan, yang kita ni tak lemah mana. Kita cuma tak tahu kita ni kuat sebab ujian tak datang lagi.

Sekarang ni, Nisa dah boleh senyum sikit. Banyak benda yang Nisa dah boleh beli untuk abah umi. Akak dah berjaya pencenkan umi. Abah je kena tunggu lagi setahun. Hihi. Akak dah lupa akak punya susah dulu macam mana. Sebab akak tahu umi abah lagi susah nak besarkan kitorang dulu.

MASA UNTUK DIRI SENDIRI

Sekarang Nisa dah boleh cakap ngan umi abah. 

‘akak nak gi jalan-jalan (Vacation) dengan kawan tau minggu ni. Bagi akak peluang nak guna duit untuk diri sendiri pulak’

Umi abah senyum je.

Cukup lah tu. Nisa dah puas hati.

Alhamdulillah untuk setahun yang mencabar diri ini. 





Kalau nak cakap partner business Nisa, Nisa memang cakap abah la orangnnya.

Tiap kali dia dapat hasil getah, si akauntan Ni yang akan manage duit dia. Kita pi labur beli lembu pulak. Lembu pun dah ada yang nak beranak tak lama lagi. Boleh buat korban ke idok nanti kita tengok dulu ye.

Banyak lagi benda akak nak buat untuk abah umi. Kasi akak setahun lagi nak cari duit, nanti kita buat umrah tajaan sendirian berhad dari duit titik peluh akak.

InshaAllah !

Ya Allah, mudahkan urusan Nur Khairunnisa sepanjang tahun. Walaupun dia kadang-kadang malas, tapi impian dia sangat besar. 

Terima kasih untuk doa yang dah termakbul.


Asyik bergambar kat pelamin orang, bila anak umi nak naik pelamin pulak ni?


Terima kasih semua yang pernah datang atau yang pernah pergi sepanjang nisa hidup 25 tahun ni. Nisa hargai setiap sorang dari korang. 

Assalamualaikum !




Jan 7, 2017

KESAN KEKURANGAN FOLIC ACID KEPADA IBU HAMIL

Assalamualaikum semua :)

Nisa percaya yang sedang membaca ni dari kalangan bakal pengantin, bakal ibu dan boleh jadi juga seorang suami :) So, nisa buat entry ni khas untuk semua wanita yang TTC / Ikhtiar Hamil


Ramai yang tak tahu pengambilan Folic acid dari awal sangat penting untuk pastikan persenyawaan berjaya & bayi boleh membesar dengan sempurna semasa dalam kandungan.

Suggestion dari doktor, sebaik-baiknya kita (wanita) perlu ambil Folic Acid 4 bulan awal sebelum pregnant. 4 bulan tau. Bukan dah pregnant baru nak start makan folic acid. Kenapa penting sangat Folic acid ni diambil dari awal ?


Once persenyawaan berjaya, ia  cuma mengambil masa 24jam untuk develop. Sebab kebanyakan pregnancy tak dirancang kan ? tup tup dah 4 weeks. Masa ni pulak badan memang kekurangan folic acid. So akan ada kesan tak kepada fetus ? 

Yes ada dear. Kesan yang negatif.

Kekurangan folic acid dari awal pregnancy akan beri kesan kepada bayi dalam kandungan. Antaranya:
🍀Kecacatan saraf tunjang (neural tube defect)
🍀Pembentukan otak & tempurung kepala yang tidak sempurna (anecephaly)


🍀Lahir baby pre-mature & anemia
🍀Pembentukan kaki & tangan yang tidak sama (limb reduction)


🍀Bayi sumbing

Bila terjadinya kes macamni, most probably bayi dalam kandungan terpaksa digugurkan, sebabnya not a healthy baby 😢 Sedih kan?

That's why para isteri, termasuk yang baru khawin & plan untuk pregnant digalakkan makan folic acid dari sekarang. Untuk pastikan once persenyawaan berjaya, bayi membesar dengan sihat dalam kandungan si ibu


So macam mana nak dapatkan makanan yang ada sumber FOLIC ACID ?

1. Brokoli
2. Citrus Food (Papaya, Orange, Grapefruit, Strawberries, Raspberries)
3. Avocado
4. Corn
5. Carrots



Kalau anda jenis culas pada makanan yang bekalkan folic acid, kita boleh ganti dengan supplement tambahan.

Pilihan Nisa dari dulu tak lain tak bukan B COMPLEX SHAKLEE. Kalau nak tahu, selain B1.B2, B3, B6, B12 ia juga mengandungi Folic acid. Complete dalam 1 pil.




InshaAllah 1 pil kuning ni boleh bantu untuk elakkan unhealthy baby dan sekaligus ikhtiar hamil.


Akhir kata, kita nak ambil makanan tambahan dari awal atau nak tanggung risiko kecacatan janin in future? Its your choice mommies 😊

Sebotol B complex mengandungi 120 biji dan bertahan sehingga 4 bulan. Harga cuma RM 54 sahaja. Murah kan harga untuk sebotol B complex yang terlalu banyak kebaikan ni?

Alhamdulillah berjaya hamil dengan asbab Shaklee :)

Untuk mereka yang sedang ikhtiar hamil boleh ikhtiar dengan SET KESUBURAN Shaklee yang lengkap untuk suami dan isteri.

PESANAN KHAS :

Untuk mereka yang tengah merancang nak khawin - Boleh start makan folic acid dari sekarang. Sangat digalakkan  makan 4 bulan awal & bagus juga untuk kulit

Untuk mereka yang sedang ikhtiar hamil dan sedang hamil - Folic acid is a must ! 


Boleh hubungi Nisa untuk dapatkan Consultation dan pembelian Vitamin Shaklee. InshaAllah fast respond :)

Nisa Fuzi
013-6448528
Facebook : Nisa Fuzi
Instagram : @vitaminorganik


/> />