Apr 27, 2013

Dinner with Classmate, Kuala Perlis.

Kisah berlaku sebelum habis Part 6 walaupun agak basi. Part 6, the busiest, chaos sem sepanjang Diploma ! Seriously terlalulalulalulalu banyak case study, group assignment, presentation sampaikan aku rasa sepanjang sem ni aku tak belajar langsung. Sibuk buat natang presentation je. 

Dalam busy hampir nak gila tu,  orang kuat dalam kelas, sempat organise dinner. Last dinner with classmate. Bertempat di Kuala Perlis. Kemana lagi arah tuju bebudak Uitm Arau kalau bukan ke Kuala Perlis kalau bab makan-makan.  

Bergerak dengan entah berapa biji kereta, aku pun tak pasti, terus ke Kuala Perlis. Hari masih petang. Air pun surut lagi. First sekali, jamu perut dengan kek Chocolate Indulgence. Ehsan sikit dana dari Lecturer Bel masa Part4 untuk kami, tapi bawak sampai ke Part 6 baru nampak hasil. Busy kan. Kalah lecturer memasing.

Happy Birthday ACD6Da. Orang tu tulis 6D9 sebenarnya. HAHA



Sepanjang petang tu duduk makan kek, makan jajan, Ohh thanks kepada orang kuat, sebab belikan jajan sekali. Dah lama tak makan jajan yg cicah sos tu. Hiksss.


Fida sorang focus potong kek. Orang lain pakat tak hirau sebab haus gila.


Kan nampak betapa kehausannya depa. 



Snap yang ke 987xx87




Time   paling banyak gelak. Depa ni gila tau dak?





Here it goes, matahari dah mula terbenam


View yg buat rasa nak nangis. 
K over lagi.


Before makan-makan, kami bergerak ke masjid Kuala Perlis. That was my first masuk dalam masjid tuu. And aku baru tahu masjid tu atas air. Kesian gila hg ni Nisa ! Memang cantik ! Memang awesome !

Oh hye, perempuan dan toilet memang begini. 
Ni toilet dalam masjid. 

Ni semua muka baru lepas solat Maghrib. Buat-buat innocent.






The makan-makan part !
Part of classmate dengan Sir Ismail. Sir Audit. 

Btw Sir, saya tak boleh buat Audit hari tu. Saya rasa saya tak guna langsung bahasa Audit masa saya menjawab. Lagi pun masa tu saya duduk betul-betul bawah aircond. Punya ketaq tangan saya sampai tak mampu nak menulis. Yang lagi saya geram, saya duduk betul-betul depan batang hidung pengawas. Saya tengok dia, dia tengok saya. Saya jeling Dia, dia jeling saya balik.





Menu hari tu:
Ikan tiga rasa 
(Aku tak ingat ikan apa. Err sebenarnya aku tak tak tahu. Tak kenal lebih tepat) 
Ikan steam
Sotong celup tepung
TomYam
Telur Dadar
Udang sambal
Kangkung goreng belacan
Ulam, sambal belacan, budu
Dan lain-lain. (tambah la ikut sedap hampa)



Mengah perut aku makan hari tu. Dah lama tak merasa makan macam tu sekali. Tapi overall memang semua sedap. Semua Fresh. Ada la orang tu, punya la kebuluq kononnya mintak nasi tambah. Mintak 7 pinggan. Depa baru bagi 5 pinggan nasi tambah semua dah surrender. Haaa amik hang. 


Muscleman ? Maybe.




Selesai acara lawan perut siapa paling kembung, berjalan sat dalam pasar, jumpa aiskrim ni. Ni aiskrim okay ! Aiskrim goyang kot nama dia. Banyak flavour ada ! Anggur je yang aku ingat sebab aku makan flavour anggur hari tu. 









Sebagai penutup bicara, saksikan muka semenggah hero kelas kami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Till then, GoodBye ! Takecare !


Apr 12, 2013

Yogking-Frozen Yogurt, The Cheapest Frozen Yogurt !


Aku salah sorang peminat tegar Aiskrim. Sejak jadi pekerja kat McD makin menjadi-jadi pulak perangai nak makan aiskrim sampai tolak nasi demi aiskrim. Nisa tolak nasi ? How come ! Hanya kerana aiskrim sampai tolak makanan ruji yang 21 tahun dihati. 

Kalau korang aware, tumbuh melata kedai Frozen Yogurt , yang paling famous tak lain tak bukan Tutti Frutti. Berbelit jari jemari nak menaip Tutti Frutti. Did I spell it right ? Nak dibandingkan Tutti Frutti dengan Snogurt, aku prefer lagi Snogurt, price range lebih kurang sama. Snogurt murah beberapa sen/100gm. Aku kata sedap based on Aiskrim tu sendiri ! Kalau selama ni jadi peminat tegar Tutti  Frutti tu cubalah try Snogurt.

Yang paling latest aku discover Frozen Yogurt- Yogking ! Cuma di Arau ! Aku jumpa kat Arau la Yogking ni. Itu pun baru nak tumbuh. Luckily harga jauh lebih murah. Jaaauuuuhhhhhhhhhhhh.

Tuttti Frutti   RM 5.30 / 100gm
Snogurt         RM 4.90 / 100gm
Yogking        RM 2.79 / 100gm






Kadang-kadang kalau tak teringin nak makan pun, persekitaran kedai ni yang buat kita rasa nak membuang masa. That day, lepas tamat minggu azab final exam, aku teringin tak terkata nak makan aiskrim, sambil hentak kaki mintak aiskrim, call kakak senior yang baik hati bawak berjalan beli aiskrim. Sebenarnya duduk mengidam aiskrim yang kat pasaraya tu, yang dalam tupperware besar. Tapi sebab tamak, beli aiskrim kat pasaraya tu, beli lagi aiskrim kat Yogking. Yang kakak ni kemain la memilih punya lama nak flavour apa, topping apa. last-last dia makan seciput, kita ni yang menghabiskan sampai perut kembung.  


Port paling best, seat ala-ala katil dengan bear gabak atas kepala. Kalau nak feeling lebih, Duduk bawah Bear ni sambil cucuk pungkuk Bear.


Sweetest sketches ever !

Kak Fira snap at first,  tetiba dia kata, 'Nisa je menyerlah, eh nak amik gambar ngan Nisa jugak ! Cantik sangat' *dengan muka bersungguh* Terus dia pas camera kat Hanna. Aku ni nak tergelak dah, apa punya alasan cenggitu ? Cakap jela nak masuk dalam gambar sekali !


Bukan aku yang terlalu tinggi. Depa yang terlalu rendah. Errrr.
Sekarang Kak Fira dah ganti tempat Hanna. Dan aku berdiri kaku sebelah depa yang kecik sebab rasa macam giant.



Thank you sista ! For taking me out. 
Yang duduk KL tu boleh la datang Arau try Yogking ! Aku google tadi memang confirm Yogking ada kat Arau ja ! Tetiba cakap loghat utara. Hikhik !



Apr 3, 2013

Pre Goodbye

So, Hye ! Cuma nak menulis, Nisa terlalu busy sekarang ni, dengan Final Exam, and for those yang tak tahu, this sem is my final sem at Uitm Arau as a Diploma in Accounting student. Sem akhir semangat belajar dia lain macam sikit, sebab duduk terfikir what if terkantoi paper , terpaksa extend dan kembali menetap kat Arau as a Part 7 student. I wanna pass with flying colours and get Dean List !

10 April hari terakhir paper and I will update more frequently afterwards !



Childish. Messy. Miss you sista keding.

/> />