May 31, 2012

Movie Gerimis Mengundang - 4 Bintang !




Hari isnin lepas sempat pergi pratonton Gerimis Mengundang ni ! Lakonan Kamal Adli (Zamani ) & pelakon dari Indonesia Olivia Jensen (Mikha)

Sinopsis Gerimis Mengundang :

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. 

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. 

Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. 

Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.




Serious tak rugi tengok cerita ni.. Jalan cerita menarik. Cerita ni banyak dirakam di Sabah. Pemandangan  Sabah sangat cantik ! Dalam cerita ni ada jugak diselitkan tarian etnik orang Sabah, rumah kayu Sabah, memang unik sangat la ! Tang part Kamal Adli accident tu bak mai hang gila sedih. Serious. Dah la Kamal Adli tengah bergaduh dengan Olivia pasal tiba-tiba Tunang Olivia muncul, sekali accident, tak sempat nak cerita hal sebenar sepenuhnya, hero meninggal ! 
Hang ada muscle ketul-ketul pun boleh nangis woi tengok cerita ni !  







Sesi press conference : Kamal Adli, Pengarah Finas, Adad Idham, Olivia Jensen



So this is Olivia Jensen, heroin Gerimis Mengundang !
Serious tak berkelip tengok dia. sangat cantik, gebu dan flawless !
Baju dia pun comel kan kan. 




Time press conference tu terperasan Intan Ladyana ada ! terus jeling-jeling dia banyak kali. tak usha dah Kamal Adli kat depan . haha.
Ni first time tengok dia depan mata, & seriously dia sangat kurus. 
Cuba tengok muka Intan. sangat kurus kan ?











Muka over excited.
Sumpah comel gilloss baju Olivia ni. 


Gerimis Mengundang dah keluar wayang hari ni (31 Mei 2012)
Mesti korang pun dah lama tak tengok cerita Melayu kan. tau dah.
Apa kata try tengok cerita ni . 

Till then . thank you :D


May 30, 2012

Snow White and The Huntsman - New Version of Snow White !





Kaki-kaki wayang bolehlah listkan cerita Snow White and The Huntsman ni dalam need-to-watch list korang ! 




Mirror, mirror on the wall… Who’s the fairest of them all?




So, this is the Snow White ! - Kristen Stewart 
Snow White kali ni berjiwa besar punya ! She's the one yang bunuh the evil queen !





The evil queen !





Pendapat orang cerita ni, sangat berbaloi la bayar tiket untuk cerita ni sebab 2 jam ! Cuma yang dah biasa dari kecik dibesarkan dengan cartoon Snow White macam dah boleh agak jalan cerita dia. Tapi seriously best. Dengan adanya orang kerdil yang sangat klaka. 
Prop yang hebat, kuda berlari-lari. Pemandangan istana yang stunning ! 
Ada jugak yang adegan yang mendebarkan bila Snow White mati. 



Boleh terjah pawagam 31 May ! and thank you Nuffnang for the premiere screening !





Apsal tah muka camtu,..


May 27, 2012

Pameran kereta mewah Hari Belia


Selamat berhujung minggu semua !
Semalam petang sempat singgah tengok cane suasana Hari Belia. Hari terakhir baru nak gi, padahal dekat gila dengan rumah. 
Disebabkan banyak sangat-sangat khemah. Banyak sangat aktiviti & jem yang membosankan, kitorang  tak banyak berjalan pun. Cuma pergi kat 1 tempat ni je.


Tempat pameran kereta !
Sumpah ternganga ! Sangat awesome ! 



Yang ni paling menarik tertarik ! Terlampau exclusive ! Owner dia India.

Tengok dalam dia pulak..


Perghh tak payah cerita. Tengok meleleh. Dengan TV nya, ipadnya, bantal gebu sampai ke kaki !! 











Pakai baju oren mestilah bergambar dengan kereta oren. :D





Eh kita suka yang ni ! Girly sikit. hehe


Comel kan kan ? Owner dia lelaki jugak. Mesti sweet. haha




Tu adik. dia darjah 6. tp kecik macam 6 tahun. 




Ni yang paling unik ! kereta lama. layan transformers tau !



Kemain dengan bulu-bulu segala !



Hehe. Comel nya ! mintak sign pleasee.



Ni lagi berani tinggal kunci. Kang ada bawak lari. Ternganga la kau cik abang.




Gila la kereta mewah macam ni. tak sayang ke nak naik ?





Nisa fuzi & Sahira Fuzi 


Nisa Fuzi & Nisa Hamdan !
Ni kawan acik (Sahira Fuzi) Kenapa tah kawan-kawan adik semua ada nama Nisa.





Terima kasih sudi membaca :D


May 25, 2012

Gambar dari folder mereng time !


Dengan batuk tak berhenti update entrry malam ni. Ni kes tunggu abah punya lama dekat Putrajaya Sentral sampai boleh amik gambar ribu-riban. Budak-budak camwhore ni memang tak boleh diajak bergambar. Amik gambar 1, pastu gelang macam jin. Umi dah geleng-geleng kepala tengok anak-anak dia.
Tak kawin lagi dah gilaaa


Meet my siblings ,


Angoh & Acik





"kak, buat hidung kembang !" k buat. 
mek ngoh ni tak ikut arahan !




Sumpah ni gambar skema. Macam budak sekolah menengah punya DP. 
Eh budak sekolah sekarang semua hebat-hebat. Sekali upload gambar, gambar tengah gosok gigi sekali pun, beratus org like !! Tak macam zaman mysace duluu.
 Eh ada kene mengena ke ?





"buat mata juling pulak "
Angoh je menjadi. haha. yg kite ni berie nak julingkan sampai stress !! 



Balik dari Putrajaya Sentral, abah bawak singgah Taman ekreasi Air kot kat Presint 5 tu. Duduk atas jambatan ni terasa air berkocak kat bawah. Feeling tengah naik feri.





Till then, thank you :D

*macam buat ucapan koir.




LG Cineme 3D Party !

Hye ! Excited tengok TV hebak-hebak dari LG ni sampai balik termimpi-mimpi!
Disebabkan event yang berlangsung kat GSC Signature Mid Valley ni sangat dekat dengan rumah, kitorang tersampai awal sangat ! Majlis start malam. 5.50pm kitorang dah sampai !


Jadinya banyak la gambar-gambar diluar kawalan.

Kat bawah ni semua gambar sebelum majlis start ! 



Haruslah bergambar sebelum masuk


Serious tertarik nak masuk Kids World kat belakang tu ! Ada mainan pusing-pusing ! Hoi bestnya jadi kanak-kanak.





3 kali turun naik escalator ni nak bergambar ! 


Dah habis merepek kat luar, baru masuk dalam !



Jumpa Anne & Dareen , dapat spek 3D ni , semua macam batak gila. Anne pun cakap kitorang awal sangat. Aktiviti seterusnya bergambar lagi kat setiap pelusuk penjuru.








With Mira Cikcit ! Dia datang dengan boyfriend dia yang pemalu.


Sumpah excited gila tengok TV ni ! Elok sangat la pasang lagu K-Pop, dengan tangan terawang-awang menari. Dengan effect 3D, rasa macam dekat sangat dengan diorang !



Oppa, please, take me home ! 





Akhirnya, ada jugak gambar ber-4 !

Siti Asma', Nazatul Filzah, Atiehah Asri, Nisa Fuzi






Muka terover excited !


Part ni tak boleh bla. boleh pulak si Atiehah Asri tu ajak posing tidur. Bajet penat sebab lama sangat tunggu majlis nak mula.



Posing hot dari Atiehah Asri ! Cik Nazatul Filzah , buat muka geli sikit.



Sakan betul bebudak ni..




Comel sangat kan Rini ni !




Some of the bloggers ;





Eh hye TV !
3D TV yang hebat ni kita story next entry ok ? :D



Lagi entry pasal Event ni, boleh terjah sini ok :



/> />