Mar 13, 2011

kem kembara,seronok sebab banyak makanan !

rindu gila 2 hari tak bukak blog. hee. baru balik dari kem kembara. jangan tanya la kat mana. kat mana lagi nak bawak kat perlis ni kalau bukan gua kerbau.

kem tu ok la. boleh bagi 3 setengah bintang. hehe. aktiviti pun sama je cam sem lepas.
kitorang gerak jumaat petang. sampai je tak de buat pape pun. duduk2 angkat barang dari lori.
malam tu baru ada ceramah. tu pun cite pasal hantu. haha. tak leh bla. macam2 pulak petua cikgu tu bagi kat kitorang. yang budak2 ni pulak macam excited nak dengar pastu takut2. songeng sungguh.

bangun esok pagi kitorang joging pusing kampung. yang ni paling bes. first time seronok gila men lari2. hehe. mula2 kitorang jalan lenggang kangkung, pastu kene marah la. komander suh joging sikit. kitorang pun lari pecut tinggal sume kat belakang, kene marah jugak sebab lari tinggal kawan. haha. orang duk gelak je sambil berlari tu. memang tak leh bla sampai komander tu cakap, 'ooo kamu main2 kan saya kan ' hahaha. seronok gila masa ni. bayangkan la, komander baru bagi arahan pusing kiri, kitorang da pecut.! haha.. lari laju nak kejar makan je sebenarnya. :P

tengahari tu wat water confident. naik jambatan pastu terjun dalam sungai. masa sem lepas first time wat cuak gila. kali ni excited je nak terjun. berenang2 dalam air tu, macam2 gaya kitorang wat. siap boleh men restling2 lagi dalam air.hehe. pas water confident tu men kayak. memang fail la bawak kayak. kalau kereta boleh la nak tunjuk pro. hehe. tapi yang ni sory to say, memang memalukan. haha.! jap terlebih ke kiri jap terlebih ke kanan. tapi kitorang takde la sampai sondol tebing . :P

petang tu pulak naik gua. memang mencabar habis jalan dia, semput la jugak nak sampai tu. dah la macam2 pokok pelik. tapi sampai jugak la ngan selamat. takde luke2.

yang paling best la kat kem ni, makanan die. memang meriah ngan makanan. yang sebelum ni pun tak hadam lagi, dah masuk yang lain. sampai kan semua orang tolak makanan. sebab dah kenyang gila. tak penah lagi jumpa kat kem orang tolak makanan. bayangkan la, baru makan sebelum maghrib, pas isyak makan mee kari kat surau, kul 11 kene makan lagi. memang tidak la. tapi mee kari kat surau tu siyes sedap gile. sampai sape tah cakap. 'sedapnye mee kari ni, mak saya buat pun tak sedap camni' haha. kalau ye pun jangan la jujo sangat. kan??



yang lagi bes, kat sana, sehari tak nampak matahari. pkul 12 bute pun memang sejuk je. angin die..pergghh menusuk kalbu.
masa tido malam, hujan kot. tak tau la lebat ke tak, tapi memang sejuk gila. selimut nak cari tang mana la pulak dalam gua tu.

sekarang dah balik kolej :) bangun pagi tadi gi jemur kain baru terasa kaki sakit je. tu la berlari semalam punya pasal.

tapi2, yang pasti, orang tak nak pegi lagi kem ni. haha. !!

sekian :)

No comments:

/> />