Mar 31, 2011

uitm arau bagi balik . uitm kamu ada ?

yeah. sape jeles sila ketok dahi !! akhirnya perlis betul-betul banjir. untuk mengelakkan kami student uitm arau tersekat dan terseksa dalam u tu, kami dibenarkan balik ! curi 4 hari !!
balik je class dengar announcement.....

'kepada penghuni dahlia 1, anda dinasihatkan supaya pulang ke kampung halaman sehingga masalah banjir selesai '


memang excited gila dengar, trus pack barang laju-laju !


sebelum nak samapi rumah memang banyak gila dugaan. menitik jugak la air mata sebelum nak sampai rumah...


1. uitm sediakan bas. tapi 3 je. student ribu riban. sume balik sekali. memang tak la nak menyumbat dalam bas tu. bas tu pun terus hantar g alor star. kat kangar air dah naik. bayangkan la orang sume berebut nak naik bas tu. sampai senget bas tu tau tak ! dorang sanggup berhimpit sampai muka dah melekat kat cermin bas, tapi still tak nak turun.


2. bas penuh, second trip pulak lambat. terpaksa cari teksi. call-call teksi semua tak leh nak datang. semua sangkut banjir kat kangar. memang teksi yang tinggal sangatlah ciput. 2 jam jugak tunggu kat luar pagar tu. tapi siyes masa ni sedih gila. semua duk bertenggek tepi jalan. tak tau tunggu sape. tak tau nak panggil sape lagi. 2 jam ! bayangkan 2 jam !
akhirnya dapat jugak teksi, tapi memang cekik darah gila bab !! dari arau gi alor star 6o hengget !! malas nak pikir panjang, naik jela. janji sampai kl malam tu jugak..


3. dapat bas pulak bas tambahan pe tah. tapi memang kelajuan die tahap cucu kura-kura. kalau naik bukit lagi la lambat gila macam berat gila muatan nak bawak. tapi yang seronok, 1 bas tu semua budak uitm ! meriah jugak la..


gambar banjir 











gamba sume dari blog fara :) beliau mangsa banjir jugak !



sekian cerita banjir. terima kasih kerana bagi kami balik. class semua cancel. assignment pun tak payah hantar. !!
UITM DI HATIKU ! :p

AJAR MENGAJI BAHASA KLATE BOLEH ?

ni kisah benar n lawak. duk bersembang ngan umi tadi, pastu umi cerita .

umi cakap camni, 'kak semalam abe (adik-darjah 5) ajar syakir (sepupu-6 tahun) mengaji. pastu tetibe syakir cakap :

syakir : abe, aja kito ngaji bhsa klate buleh ! *dengan muka tak            bersalah*
umi : eh mu ingat ni bahaso gapo ikut suko hati mu jah nok mengaji ikut bhsa klate. oghe baca ALIFF BA TA. mu baca ALIH BO TO ?
syakir : ala. kite suko baco ikut klate... *dengan muka sedih+mintak simpati*



sumpah budak ni cerdik oh !


Mar 30, 2011

perlis banjir lagi ? macam seronok !

nangis dulu. waa tak tau nape time nak exam je mesti perlis ni nak banjir. KITORANG BAWAK MALANG OH. HAHA. kalau setakat banjir je ok fine. tapi mesti banyak side effect die. contohnya:

1. masa banjir, air takde, pelik tak ? ni siyes oh ! air yang bersih la takde. maksudnya air yang keluar dari paip. heee.

nak menabah air satu hal. dah la nak beratur, mak ai, kalah kat ATM, pastu bila sampai turn je, maaf air untuk anda habis . cis, memang bernasib malang . grrr.

air hujan air banjir tu memang la ada. memang melimpah ruah tak terkata. warna dia pun memang cantik menarik. sape nak minum teh tarik terbaik boleh la datang sini. tapi harap maklum la kena bawak susu sendiri, sebab air teh ni tak berapa nak manis :P


contoh teh tarik semulajadi :P

2. makanan !. ni paling susah nak terima hakikat. makanan takde.  mesti kebuluran. mest kurus keding pastu. pastu mesti bila balik rumah umi abah sume dah tak kenal.
ok stop. tipu.......
macam kedai makan pun tak berapa nak ada makanan. diorang pun nak simpan makanan untuk diorang jugak kan ?
kedai-kedai runcit  kat sini pun dah tak dapat nak jual makanan macam biasa. lori hantar barang tak leh datang. stok tak sampai. kami pun kebuluran. +_+

pernah jugak pikir nak mintak umi pos barang makanan dari sana. tapi tetibe.. *kua mentol bling-bling*
kat sini kan banjir. cane posmen nak hantar barang kat sini. posmen mana yang sanggup meredah banjir untuk melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai posmen ???

3. duit kat ATM takde. memang betul-betul kering kontang. macam mana orang yang isi-isi duit dalam bank tu nak datang kan ? lagi sekali : sapa yang sanggup meredah banjir untuk memastikan duit kat semua ATM dalam uitm ni ada, dan cukup untuk student. biarlah paling-paling kami berduit even tak boleh buat pape dangan duit tu . ade ke..?????


yang ada.. pegi la kat bank islam, maybank, bsn sume takde duit ! ha yang ni lagi terbaik la kan. lagi- lagi sape bernasib baik sangat time banjir tu memang dalam purse tinggal 2 ringgit je.. cecite nak cekau mana. nak pinjam membe pun macam " semua orang memerlukan duit "
sampaikan MPP bukak pinjaman untuk student yang sangat-sangat memerlukan duit ! see ? betapa daruratnya.


tapi3. kalau ATM takde duit plus dalam akaun pun takde duit. mesti bersyukur sangat kan sebab takde effect sangat la kat korang!  :P

4. bagi orang yang batak banjir macam saya, hee. mesti seronok gila time banjir ! haha. masih normal ok. tapi sebab dalam uitm tak kena banjir. tak perlu angkat barang bawak lari, pindah balairaya bagai, seronok jugak la kan. heee.

 5. masa banjir, mesti orang kat luar semua simpati. mesti semua pakat bagi bantuan makanan n duit. boleh la bukak tabung kebajikan lepas tu :) hehe.


tabung kebajikan comel :)

best kan ? meh la mai perlis. *tetibe buat kempen cuti-cuti malaysia =_=

mampu berharap jangan la banjir...

Mar 29, 2011

buat penggemar coklat !

buat penggemar coklat ! tetibe nak wat entry ni sebab mengidam nak makan coklat.  kot cerita ni dah basi kan. tapi nak cakap jugak ! banyak mitos cakap, coklat ni menggemukkan. persoalan *toing-toing* ??

first coklat ni kaya raya, jutawan, billionaire dengan vitamin ! tanya la vitamin apa ?
vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E !


coklat jugak boleh menenangkan. sebab tu kadang-kadang orang tensyen gila bab cari coklat. kalu duk tengah marah sampai bertanduk kepala tu, boleh la makan coklat. daripada duk melayan marah, sumpah seranah orang tak tentu pasal kan ?

coklat untuk kecantikan ! bukan. bukan maksudnya makan coklat tu tetibe terus berseri-seri bercahaya muka korang. ! ish . antioksida dalam coklat boleh melambatkan penuaan awal. penuaan tau ?  :P
jangan terkejot berok kalau orang cakap, sekarang pun coklat tu digunakan untuk lulur kat muka ! mesti bertambah sweet muka pastu. :))


buat kaum hawa yang slalu bf bagi coklat tu, boleh la mintak banyak-banyak g pasni ! dah tak perlu cakap "awak saje kan bagi saya coklat, bagi saya gemok. pastu nanti takde orang lain nak kat saya kan ? " :P





*meleleh*

Mar 27, 2011

short update !

tak tenang tau hati ni kalau tak update blog. bila buat assignment, bukak blog. bila bukak blog, bubye assginment ! heee.

semalam tido kul 4 pagi. ! konon buat assignment MGT.
 EH BUAT LA JUGAK WALAUPUN SIKIT. ADA JUGAK PROGRESS DARI TAK DE LANGSUNG KAN ?

bila dah 4 lebih, pikir-pikir macam taknak tido sampai subuh. kang dah tido. comfirm hanyut. tapi bila pikir lagi, eee nak tido jugak la..! MACAM takut je sensorang. pastu hanyuuuuttttt.. hadoi..

:P


Mar 25, 2011

header free lagi !




ehem. excited gila dapat header free meh. terbaik !
2 header free ! korang ade ? ade ? heee.

tamak menguasai skang. tak tau nak pakai mana. hehe.
tq cik fza ! suke sangat tau !
lain kali boleh wat kan lagi. :)

Contest Blog ceria !


disebabkan kebosanan melampau hari ni. menunggu masa untu gi koko je ni. dah berejam mengadap laptop. berejam duk mengadap blog orang lain. sampai juling biji mata. tetibe jumpa coontest ni kan. hadap jela. hee

tau la blog tak seceria mana. tapi tuan dia ceria. ok la kot. haha.




wajib jadi follower blog qistina...supaya korang dpt tau perkembangan contest nie..


❤ terbuka kepada semua..x kira larhh sesapa pown..


❤ Buat satu entry bertajuk " Contest Blog Paling Ceria "


❤ Ambil gambar di bwh sekali as your banner


❤ Then hantar link entry korang melalui comment.*Jangan lupa tulis nama dan URL blog*


❤ Kemudian tag 3 orang blogger lain...tarikh tutup 10 April 2011


TAG: 

sekarang usha hadiah dia !



❤ perlukan 2 pemenang sahaja..tempat pertama akan memenangi RM 100 tunai ATAU top up RM 100...tmpat kedua lakk akan memenangi RM 50 tunai ATAU top up RM 50..


masyuk kot..
MEH JOIN !
mata bersinar skang. haha
$_$ lalal~~~

Mar 24, 2011

header FREE !

waa. seronok gila dapat header FREE ! free ok. cumel plak tu.. credit to : cik ashafizah ! :)





memang tak leh nafi semua header yang beliau buat untuk orang lain pun, memang comel, memang mantap, memang terbaik la !

korang nak pegi request kat beliau :)

TQ cik ashafizah ! suke sangat -sangat tau !

khas untuk student lepasan SPM ! *UPDATE !

khas untuk kanak-kanak lepasan SPM ! ok stop. jangan perasan cumel. :P
tahniah for those yang dapat result gempak gilak !! bangga la mak bapak korang dapat anak cam korang ..
mesti semalam perut kenyang sebab sume pakat belanja.pastu mesti poket kembung sebab sume pakat hulur duit belanja sebab tak de masa nak beli hadiah .. gila seronok oh !

disebabkan line agak busy pas result spm kua, sume junior pakat tanya kat kaunter pertanyaan cik nisa, ok sini, orang terangkan sikit pasal ipta.
sape yang berhajat nak sambung masuk ipta tu boleh la gi kat upu .
segala permohonan online, syarat kelayakan nak masuk IPTA, TEVT, ILKA, semua ada kat situ. !
ok ??

PILIH SISTEM SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM (i-MAS-C-U) [ Klik Sini ]

untuk semak kelayakan. tengok dulu kos ape yang layak baru apply ok.? takut awal2 kene reject. sebab semua sistem yang uruskan. harap maklum.


isi maklumat korang n masukkan result. pastu nanti die akaan keluar kos ape yang korang layak pilih. ok.??


ade soalan boleh angkat tangan. :P

Mar 22, 2011

saya perdana menteri !

ape.? siyes la ! haha. tak percaya ? siyes benci gile bab sem ni. sebab terlampau melampau banyak keje+assignment+test+quiz. masa sem 1 dulu 1 assignment je oh ! tu pun CTU. sem ni, hampir tiap-tiap subjek ada assignment. memang geram gila. nak memerah otak memikirkan segala isi perut ikan nak tulis dalam assignment !!

busy gile kalah PM kot ! ish. kalau jadi PM , dapat jugak duit.
tak sabar nak abis sem ni, tapi, tak mau amik final exam ! buleh dok ?




boleh bayangkan tak cane teruknya keje skang ??


Mar 20, 2011

warkah buat abah ....

abah. maaf la selalu menyusahkan abah. kalau akak balik je mesti mintak duit kat abah kan. abah mesti tak suka akak balik kan sebab kalau akak balik, mesti pale abah bertmbah botak pastu kan bah. sory la bah, slalu bli mknan banyak-banyak bwak balik arau. akak malas nak beli barang kat sana. mahal gila. tu akak borong abis-abisan bila kat rumah.

masa akak kat asrama dulu bli stok makanan tok seminggu je. skang kene beli tok sebulan. maaf la wt abah kuluar duit 4x gande dr dulu..
sekarang abah banyak abis duit untuk akak, nanti akak dah habis blajar, dah ade keje, akak tanggung abah eh. abah duk rumah goyang kaki je. hehe.
akak bukan nak sangat abiskan duit abah, tapi akak tengok sume orang asyik mintak duit kat umi, akak mintak la kat abah pulak.cian kat umi. kang pale umi pulak botak.

umi cakap duit abah abis kat rokok je. akak tau susah nak benti . lagi-lagi abah dah lame merokok, tp tak kan sampai nanti dah ada cucu pun nak merokok. abah tau kan bahaya merokok.kalau abah benti, duit buat beli rokok tu boleh beli makanan kat rumah ni. kan lagi kenyang. lagi berbaloi-baloi.

abah suka cakap 'akak ni makan je tau' hehe. ala abah tau tak kat sana barang kering mahal oh, seb bek nasi bungkus tak mahal. pastu kan bah, bila g class, ngantok oh. untuk mengelakkan ngantok, akak kene la mengunyah.nak mengunyah perlukan stok makanan. hehe. kalau tak, nanti akak tido dalam class. abah nak ke akak tdo dalam class..? xnak kan2..????

tq abah belanja akak td ! :)

saya mahu impiana !

siyes dah lame menunggu impiana 3 keluar. bila dah keluar tup-tup baru tau dah ada impiana 3 n 4. memang macam nak gila la. tak sabar nak tau ending die cane ! novel karya ain maisarah. siyes sume novel die best-best. memang terbaik !




sinopsis: Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.

Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.

Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu....


nak impiana 3 n 4 !! 

Mar 19, 2011

testing header pertama !

jangan gelak. ni header pertama orang wat. agak berejam la jugak nak wat nak paham tutorial wat header ni. berpeloh jugak la. boleh kutip sebaldi peluh.  
tau buruk. jangan tanya coklat tu gamba ape. haha. ade motif dia nape gamba tu di pilih !

isi minyak RM5 pun boleh jalan jauh oh !

memandangkan skang dah kat umah. maksudnya jalan naik kereta jela kan. kereta pulak, memang mati hidup balik pun tak kan pernah tengok meter minyak tu naik ! memang sentiasa rapat je kat E tu. hampeh. nak jadikan cerita semalam nak gi amik membe kat bts. kena la isi minyak kan. purse dah la kosong kering kontang. seslim yang boleh la. al maklum balik dari arau ke kl pun dah habis 100. korek punya korek dapat la duit syiling. dengan muka tak tau malu pegi la isi minyak RM5. RM3 duit kertas, RM2 duit syiling ! haha. pegi je kat kaunter, pam 6 eh, maseh ! trus blah . haha. malu kot.songgeng sungguh. tak penah di wat org isi minyak kete 5hengget.

bila dah isi, tengok 5.20. haha. lagi wat malu. terlebih bagi syiling 20sen. memang memalukan. penah ke org isi minyak ada sen2..???



tapi dengan 5hengget tu la boleh pegi jusco pegi balik 2x. pegi batu 9.
comfirm sampai tanpa perlu tolak kereta ke pam minyak terdekat. haha
 sekian :)

Mar 18, 2011

seronok ponteng class !

selamat ari jumaat ! :)
dah lama kot tak update blog ni. maafmaaf kegilaan broadband la ni ! aish. pasal broadband tu sengal sangat, orang g la call operator maxis tu. pastu yang tak leh bla. sementara nak tunggu talian sambung kat operator, kan biase ade muzik2 kan ? tapi yang ni lagu 1 malaysia ! haha. siap nyanyi2 lagi, bukan setakat muzik.!

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

bagus oh maxis, semangat 1 malaysia ! orang pun, nyanyi2 la jugak. haha. wekk :P

ok2 balik pada tajuk:
hari ni jumaat. orang dah ade kat umah ! hahaha. seronok gile ponteng clas FAR, ponteng class MGT, ponteng koko. memang terbaik la ! first time kot, macam nekad gile nak balik sampai ponteng class. hee. sory abah. sory umi. nanti akak blajar rajin2. :P

sampai je umah, dah kul 11 malam. sume orang pun masing2 dah menuju ke katil. tapi yang paling best, bukak je pintu rumah macam terbau mihun sup ! wah. peberet ! sebelum balik, saje je mesej umi, cakap sruh buat mihun sup, tengok2 memang btol die wat. siyes terharu. hehe :P

janji nati blaja rajin2 :)


Mar 15, 2011

penyakit berjangkit !

wah2 tak tau pulak penyakit gila berblog ni boleh berjangkit. haha. sory la kawan-kawan yang terberjangkit penyakit ni, sampai boleh tahan mata duk mengadap blog ni sampai berjam-jam lamanya. kalau boleh baca buku MGT macam mengadap blog, comfirm A++ :)

kegilaan terhadap blog sekarang makin terserlah sebab:
1. bangun pagi kalau kelas lambat, bukak blog dulu.
2. bosan-bosan tak tau nak wat pe, mesti bukak blog jugak. kalau tak update pun, tengok blog orang lain.
3. sambil-sambil wat assignment pun mesti bukak blog . pastu, hanyut... haha. assignment haram tak siap.


tolong nasihat kan saya, lupakan blog sebentar, && study !!! final nak dekat oh !
someone tolong :)
hulurkan tangan, ringankan beban :P

bila kawan jadi lawan

hari ni mood emo, kalau tak suka jangan baca.
bila kawan mintak jadi lawan...
hati sakit tak terkata.
nak menangis , air mata kering :(
nak menjerit, tak tau kat mana.
nak bercerita, tak tau kat sape.

berharap semua jadi normal cam dulu. :(

Contest blog terkemas & comel !

contest lagi. hee. siyes seronok main benda ni. haha. kali ni meera yang tag :)
tq meera. tahu2 je orang tak de idea nak menulis sekarang. boleh menulis pasal contest skang :P


syarat-syarat die :

  • wajib follow blog kihah !
  • buat satu entry pasal contest nie , dan letakkan link entry tsebut dkt ruang comment blog kihah . jangan lupelupe letak banner tu dkt entry korang ok.
  • letakkan banner tersebut di sidebar blog korang dan link terus ke blog kihah
  • tag 4orang rakan dan pastikan dorang tahu tau .
  • contest nie terbatal serta merta kalau kurang dari 20 orang ~
  • pemenangnya hanya 2orang sahaje .
  • warganegara MALAYSIA - semua jantina diterima :D
  • berlangsung dari 13mac - 24 april 

hadiahnya :

header comey oh !





orang tag :
1. adda. adda yang mintak ni ! haha.
2. gajah pipink . hehe :P
3. naz . again n again .
4. bika . :P



masa yang dinanti !

minggu yang dinanti ! akhirnya muncul jugak !! hahaha. *gelak jahat*
minggu ni class eco cancel. bel pulak pegi time speaking je. memang terbaek dari arau la.!
esok xde class sampai la 4.3o. boleh tidur tanpa henti sambil menternak lemak di perut. :P

perasaan yang terlalu excited sampai tak terkata.
sekian :)

Mar 14, 2011

kenapa sayang mereka ?

orang slalu cakap, kawan bia beribu, berkasih biar satu. tapi kawan pun ada class dia jugak. kawan first class, kawan low class :P
class ni bukan ikut harta, tapi ikut sayang. hee. poyo je.

kenapa org sayang kawan first class lebih  ?
1. sebab dorang sengal mengal, gila bab. haha.
tiap-tiap kali kitorang keluar, bila dah berkumpul, tak begegar kereta memang tak sah. bila sorang2 dah bukak cite, macam2 la cite kua. cite yang dari kulim, dari melaka, dari behrang, dari arau bersatu jadi cite dari indon ! haha.

2.dorang ketawa jahat.
siyes yg ni lg seronok. sorang2 ketawa memang takde ciri-ciri keperempuanan langsung.

3.kitorang bukan kaki shopping.
bila keluar bukan cam perempuan yang normal sibuk nak cari baju, tudung baru, selendang yang up to date. takde maknenya. kami suka abiskan duit kat makanan . haha. siap ada KELAB PENCINTA MAKANAN. diasaskan oleh NAZATUL FILZAH.. hahaha.
bila keluar memang wajib beli cool blog tak pun bubur/askem mcd.  cool blog tu kaya raya sebab kitorang la oh !

4. gile camera !
memang comp ni berat ngan gamba , video muke dorang. bayangkan la gambar masa tahun 2008, zaman mude mudi zaman kanak-kanak, muka tak matured pun ada lagi. kalau tengok balik, memang buat bahan gelak sampai senak perot.
tak perlu kot upload kat sini. haha :P

5. kitorang suka berdebat !
setelah sekian lama tak berkumpul, bila dah berkumpul, tido sama-sama. memang tak tido, duk bergaduh. masing-masing nak menegakkan hujah sendiri.

6. we love each other. haha. statement tak leh bla.
yang ni tak tau cane nak terangkan. haha. malu-malu kambing. :)

:: naz, asma', teyha, kuno, wan ::

siyes terlalu n teramat rindukan dorang.
:(

Mar 13, 2011

kem kembara,seronok sebab banyak makanan !

rindu gila 2 hari tak bukak blog. hee. baru balik dari kem kembara. jangan tanya la kat mana. kat mana lagi nak bawak kat perlis ni kalau bukan gua kerbau.

kem tu ok la. boleh bagi 3 setengah bintang. hehe. aktiviti pun sama je cam sem lepas.
kitorang gerak jumaat petang. sampai je tak de buat pape pun. duduk2 angkat barang dari lori.
malam tu baru ada ceramah. tu pun cite pasal hantu. haha. tak leh bla. macam2 pulak petua cikgu tu bagi kat kitorang. yang budak2 ni pulak macam excited nak dengar pastu takut2. songeng sungguh.

bangun esok pagi kitorang joging pusing kampung. yang ni paling bes. first time seronok gila men lari2. hehe. mula2 kitorang jalan lenggang kangkung, pastu kene marah la. komander suh joging sikit. kitorang pun lari pecut tinggal sume kat belakang, kene marah jugak sebab lari tinggal kawan. haha. orang duk gelak je sambil berlari tu. memang tak leh bla sampai komander tu cakap, 'ooo kamu main2 kan saya kan ' hahaha. seronok gila masa ni. bayangkan la, komander baru bagi arahan pusing kiri, kitorang da pecut.! haha.. lari laju nak kejar makan je sebenarnya. :P

tengahari tu wat water confident. naik jambatan pastu terjun dalam sungai. masa sem lepas first time wat cuak gila. kali ni excited je nak terjun. berenang2 dalam air tu, macam2 gaya kitorang wat. siap boleh men restling2 lagi dalam air.hehe. pas water confident tu men kayak. memang fail la bawak kayak. kalau kereta boleh la nak tunjuk pro. hehe. tapi yang ni sory to say, memang memalukan. haha.! jap terlebih ke kiri jap terlebih ke kanan. tapi kitorang takde la sampai sondol tebing . :P

petang tu pulak naik gua. memang mencabar habis jalan dia, semput la jugak nak sampai tu. dah la macam2 pokok pelik. tapi sampai jugak la ngan selamat. takde luke2.

yang paling best la kat kem ni, makanan die. memang meriah ngan makanan. yang sebelum ni pun tak hadam lagi, dah masuk yang lain. sampai kan semua orang tolak makanan. sebab dah kenyang gila. tak penah lagi jumpa kat kem orang tolak makanan. bayangkan la, baru makan sebelum maghrib, pas isyak makan mee kari kat surau, kul 11 kene makan lagi. memang tidak la. tapi mee kari kat surau tu siyes sedap gile. sampai sape tah cakap. 'sedapnye mee kari ni, mak saya buat pun tak sedap camni' haha. kalau ye pun jangan la jujo sangat. kan??



yang lagi bes, kat sana, sehari tak nampak matahari. pkul 12 bute pun memang sejuk je. angin die..pergghh menusuk kalbu.
masa tido malam, hujan kot. tak tau la lebat ke tak, tapi memang sejuk gila. selimut nak cari tang mana la pulak dalam gua tu.

sekarang dah balik kolej :) bangun pagi tadi gi jemur kain baru terasa kaki sakit je. tu la berlari semalam punya pasal.

tapi2, yang pasti, orang tak nak pegi lagi kem ni. haha. !!

sekian :)

Mar 11, 2011

sekeh percuma ? khas untuk NAZATUL FILZAH !

benda biasa jumpa:
blog yang puji blogger lain.
benda jarang jumpa:
blog yang mintak blogger lain sekeh dia.! haha. memang bertuah la sape yang dapat tu.

semalam bukak je blog tetibe nampak si nazatulfilzah ni update entry tajuk : khas untuk mu NISA FUZI..!!
bukan nak bangge ke hape. buat entry mintak sekeh..!

camni entry die :


dlu owg igt mu pna ckp..bkn ckp tp dlm nada marah ! haha..mu ckp * naz tlg la tlg dlte ANVSRY MU 2..TOLONG laa.. *yea22,ok2..hehe..
akhrnye owg BERJAYA DELETE gk..! dgn BANGGE publish kt bloggeh n wt entry khas tok mu ! haha..xley blaa..~~~~

tp..owg wt sticker BARU ! aww..!haha..mu tgk la mu..mst mu nkSEKEH2 owg kn kn..  ;p



yang tengah2 duk menyengih tu la die. kepala kebal dah biase dapat sekehan free cmtu la jadinye. :P

 ish. saba eh. nanti orang bagi siap ade pakej tambahan lagi. haha :P

sekian :)

Mar 10, 2011

special dan pelik !

sekarang nak merepek pasal insiden/perkara yang maybe korang tak penah nengok kat tempat lain. kat uitm arau ni je kot yang ada cmni :P

1. lelaki berpayung. tak pelik.? ok fine. lelaki yang berkemeja dan berseluar slack berpayung. pelik tak.? pelik ok..! jangan wat kure2 makan maruku wat2 tak ngaku pulak..!
kat sini takde susur gajah. so memang panas terik ya ampun. memang warganegara kat sini berpeluang tinggi menjadi kuda belang yang tertarik menarik. memang comfirm orang lain tak leh nak beza dah mana yang ori mana yang palsu. sebab cuaca yang panas gila, memang semua orang berpayung. termasuk la lelaki. ye lelaki. siap pakai payung rainbow g kot ! wow, menyerlahkan kejantanan anda. haha :P
ok2 orang tak cakap salah, nak pakai, pakai la kan. orang kate bende ni pelik je. tempat len payah nak jumpa.
boleh bayang tak sekarang..???

2. orang tak takut kat kereta walaupun kereta tu bergerak ngan kelajuan kuda. haha. bak kate orang tadi, kat sini takde susur gajah, laluan kereta tu la laluan pejalan kaki. tapi selalunya memang pejalan kaki la yang conquer. kalau nak lintas jalan, biase orang pandang kiri kanan kiri. kan3..? tapi kat sini orang jalan menonong je. pandang kiri kanan wat cukup syarat je. ade kereta moto pun main redah je. dah jalan pun bukan macam highway kan. semua orang wat tak kisah la sebab comfirm tak kan langgar. lagi pun kan dah tetapkan dalam kawasan u boleh bawak 30km/h . haha. tah la orang men petik je no ni. tapi memang ade la. tak ingat berapa.
waktu pagi, kalau takde abang/pakcik polis yang jaga, memang comfirm jalan jem sebab pejalan kaki melintas tanpa henti. haha.

3. angin kuat yang best. kat arau ni, bak kate orang lagi, bukan orang lain, org ni la, nisa.! haha. ok bak kate orang, kat sini panas, slalu panas, tapi dalam panas membahang tu, angin kuat. bukan takat sepoi-sepoi bahasa. ni sepoi beribu bahasa.! kalau duk aras atas, lagi syok. terbang2 rambut cam dalam filem. uish, memang romantik habis la kan. :P
kalau time angin kuat, pegi kat ampaian tengok baju kat ampaian semua berayun mengikut irama. haha.
boleh bayang lagi tak ??


4. orang batak jumpa hujan.eh tau tak batak tu ape..?? batak tu cam jakun la. jakun tau jakun.??
 bila hujan je, nyanyi2 cam baru lepas kena lamar. sja suruh hujan makin lebat. *hiperbola sungguh.!*
ni lagi la. kat sini jarang hujan. tak tahu la tempat lain pun sama ke tak. cek tak tengok berita, tak tengok ramalan kaji cuaca nih.. ok camni. bila hujan, semua orang macam.....
woww. hujan la..! eh hujan..!!
 nak mintak autograf.! hahaha. tapi seronok bila dapat main hujan. tengah2 panas, tambah panas hati lagi, bila dapat mandi hujan. fuuhh. waa cair sama lu laa. heee :P


5. pesta mai belanja.! yang ni memang bikin wa panas laa. lari bajet bila slalu ade karnival nih. aish. cuba la wat pesta mai jimat. haha. karnival ni ala2 pasar malam laa. tapi ni pasar tengahari sampai malam. bila bukak je kedai2 ni, kalau jenis kedai yang takde orang pegi, memang tak kan ade orang la sampai ke tu0 pun. kalau kedai yang ramai org, memang tak putus orang, memang sampai ke tu0 jugak la tak dapat nak beli. haha. masalah betul..

sebab tu arau ni special. heee. kalau la arau ni boleh kembang bila dengar orang puji, comfirm negeri perlis ni boleh membesar lagi.! hahaha.


tu je la wat hari ni :)
terima kasih membaca :)

pecah rekod lagi !

hari ni memang sehari semalam duk mengadap laptop. jenjalan tengok blog orang. pastu blajar edit2 . haha. baru nak up kot. aish. pecah rekod nak 6 jam duk mengadap benda ni. esok TEST BEL memang comfirm keluar la kan pasal blog ni. haha.

semalam dah tido kul 4 pagi, g class lecturer ngaja kat depan, orang pandang sambil mate terpejam je. haha. ngantok gile !
seb bek xde class petang. huh. yang paling seronok minggu depan class ECO sume batal. batal.batal. 3x ok. 3x seminggu class ECO. heeee.

time to sleep. katil memanggil. bantal menyeru. :P

Mar 9, 2011

pukul 4 pagi


ye sekarang betul2 tepat pukul 4 pagi. mata taknak lelap lagi. perot agak berkeroncong menyanyi lagu dangdut. jangan tanya nape tak tido lagi. kepale bersrabot. keje banyak. assignment banyak. test n quiz. final dah dekat. fuh. memang best. betol2 best.



tolong pergi jauh semua masalah. pergi laa kat orang lain. orang tak larat dah menanggung beban kat kepala ni. :(
please jangan menambah lg masalah. dah ckup terseksa merane jiwe rage dah ngan sume bende merepek ni..

harap boleh tido lene malam ni :'(

tq sudi mendengar membaca luahan hati :)


seronok datang class bila....

takde cite len melainkan class je skang ni. busy melampau kot skang. siyes x rase cmni sem lepas.
class pun kadang2 cancel. kalau jenis lecturer yg tak reti nak ganti memang seronok la kan. tapi kalu jenis cancel trus pikir tarikh nak ganti tu bosan jugak kot. lagi2 bila kena ganti class malam. yang ni lagi seronok. sejuk2 duk dalam aircond. memang lene dibuai mimpi. siap boleh wat pete atas buku sambil dengar lecture.! haha. :P

tapi2, seronok bila datang class time :

1. bawak stok makanan banyak2.
orang lain semua bawak beg berat ngan ilmu. ni datang class berat beg ngan makanan. heee. makanan tu la pembakar semangat nak blaja. siyes tau.! sgale biskut n gule2 tu da jadi macam pensel box ngan buku teks dah. haha. memang xleh nak pisah dah.


2. semangat jugak datang class bile da siap keje sekolah univrsti. hehe :P
datang class, konon la macam cikgu kat skolah nak cek jawapan sorang2, pastu sape tak siap bediri atas krusi kan. yang dah siap ni muke bangge je tengok org lain kene bdri.! ceh. tak patut sungguh. tu cite zaman skolah, skarg mn la nk ade lecturer cek buku, tande buku, siap bg bintang 5 kalau betul semua. haha.


2 je kot bende yang best. yang x best memang 10 kali gande banyak. memang xpayah cite la kan.
:P

Mar 5, 2011

pelajar uitm maut

kelmarin kecoh 1 u, sorang student excident n meninggal kat arau ni. penyebab nye, langar kon je kat tempat pembinaan yang 5 tahun terbengkalai. sahaje.!

lepas 8 jam bru jumpe mayat. memang sadis la kan. mak bapak die terbang dari johor nun di selatan.

eh, org memang xde bakat nak memberita kat sini. bergosip reti la.

sumber: berita harian

bace kat situ. hehe. :P

pening lalat

sabtu yang membuatkan kepale pening2 lalat. esok mau test. eco plk tuh. study tak khatam g. isnin ade 2 quiz plak tu. hadoyai. tapi yg paling seronok. tau je ade test n quiz, tapi boleh duk mgadap laptop ni. usha2 blog orang. memang comfirm kua test esok la kan..

:P

Mar 4, 2011

faceblog :)


nak cakap pasal FACEBLOG jugak..! da tau lame da pasal FACEBLOG ni, tapi3, bile tengok naz update pasal bende ni, jeles kot..! haha.

komuniti blogger+ facebook :)

meh pakat2 join :P

niat hati nak menderma, tapi...

ni cerita basi. tp nak cite jgk.! haha.
kemarin ade la derma2 darah kat sini. dah banyak kali pun sebenarnye dorang datang. tapi kemarin tu tetibe rase macam nak menderma darah.

sebelum g suke2 derma darah tu, kene la isi form dulu. dah la first time. sumpah banyak soalan die.
-anda sihat hari ni?
-pernah mengalami pembedahan?
-ade sakit serius?
-ade amik ubat?

yang paling org ingat:
-anda datang bulan hari ni.? haha :P

pas dah isi form, pegi la kaunter sbelah pulak. tp x tau la die wat pe.. cek tekanan darah kot. yang pakai pam2 tu. akak tu, eh akak ke nurse ke tah tu siyes peramah gile.
akak tu tanye, cukup tido x.? laju je jawab cukup..! sebenarnye malu nak ngaku terlebih melampau cukup. siap boleh ternak lemak. :P

pas dah setel tu, kaunter sebelah lg, baru cek darah. yg nurse laki tu. errr laki pgl nurse ke..??? eh xpela kan. yg nurse laki tu tembak jari amik darah. mase tu die da ckp, darah pucat ni. hemoglobin rendah. org pun wat2 kure2 dalam perahu, pure2 xtau la kan. tanye org tu, xleh derma la ek.? die kate tunggu jap nak cek. pas die letak bende alah kat mesin kejdah alam tu, die cakap hemoglobin rendah ni. 9 je. normal 12. org pun..... sengih jla. haha.

org pun bangun dengan bangge, g kat asma, die pun tengah cek darah mase tu. pastu tetibe. makcik nurse belah sane, bagi vitamin. lengkap dgan iron, vitamin B ngan acid folic. makan 1 set sehari. oh wow. memang terbaik la kan.

jadi la tajok die, niat hati nak menderma tapi org yg menerima derma. aish.

kau adalah darahku hemoglobinku, kau adalah jantungku..

tibe2 ade org ubah lagu sempurna ni jadi camni.. songeng mu asma..! :P

sekian :)
/> />