Showing posts with label Siblings. Show all posts
Showing posts with label Siblings. Show all posts

Jan 19, 2013

Sisters and Mom

Sempena hari Sabtu yang redup ni, rindu bertandang kat adik-adik kita. Memang adik kita semua nakal. Semua menyakitkan hati. Semua cakap kasar. Semua nak menang ! But yeah still takde diorang sunyi la rumah. 

Ni aktiviti cuti sem lepas, keluar beli barang, dekat Alamanda je tapi sebab bila cukup korum, korum belah perempuan laa, abah tak ikut, still havoc ! 

Bergerak berempat, dengan Acik, Mek ngoh dengan umi. Sampai Alamanda terus berpecah. Umi nak melayan kerenah Acik dekat kedai stationery. Angoh melayan kerenah kakak kat Focus Point dengan masalah rabun.


Ehem, dirasmikan dengan muka tak semenggah kakak dia dulu

Umi jarang senyum macam tuu. Mesti mata dia tertutup dengan pipi cam nak meletup.


Niat sebenarnya kita nak beli barang bawak balik Arau je. Tapi bila semua dah ada, banyak la benda mengarut yang dibeli. The best part is when , Masing-masing pau mengepau. Umi dengan acik rilek je, akak dengan angoh yang berdebat hebat masa pembayaran. Diorang ni pandai tau nak pau kami masa gaji yang seciput tu masuk.


Angoh:   Sapa nak bayar shampoo acik ni ?
Me:       Sapa nak bayar soya umi ni ?
Angoh:   Sapa nak bayar perfume acik ?
Me:        Sapa nak bayar keropok umi ?

Umi dengan acik buat-buat tak dengar je. HAHAHA. Tersenyum-senyum tulis balik insiden ni. Bukan lah berkira pun, boleh je nak bayar semua, tapi sengaja bermanja. KIKIKI




Habis membeli, singgah Rasa Foodcourt, acik dengan umi duk mengidam sizzling. Time makan semua senyap. Focus dekat makanan. Takde sapa becok bersuara. Sampai la bila makanan habis, angkat muka, pandang muka masing-masing semua dah makan sampai licin. Umi je terkebil-kebil macam tak luak makanan dia.

Tudung pebret buat masa ni. Jap lagi dah boring, masuk almari, setahun lepastu baru cari balik.



My sisters, mek ngoh n mok cik.

Till then, rindu sangatsangat masakan umi.


NOBODY CAN REPLACE THEM 


Do follow me on twitter : https://twitter.com/NisaFuzi


Sep 15, 2012

Album Raya: Wedding

Hye ! hari ni orang happy gila sebab semua test dah habis ! yayy. Test pulak dah macam nak amik SPM. SPM pun paling banyak 2 paper je sehari. Ni sampai 3 sehari, memang rasa nak tanggal kepala ni letak tepi.   So lepas ni tinggal paper final je.. Kena study awal ni, sebab carry mark rasa macam banyak yang lingkup je. hehehe.

Sekarang ni tak lain tak bukan nak cerita pasal raya pulak. Walaupun raya dah nak habis, tapi baru nak update pasal raya.  

Time raya biasa la mesti ramai orang buat kenduri kendara dah semua anak beranak berkumpul. Jadinya kami yang comel-comel ni semua jadi dayang-dayang bawak hantaran. hihi



Tah kenapa badan tak naik tapi muka makin membulat. Ada ke orang gemok tang muka je ?



Dayang-dayang istana. Pantang nampak kamera terus brek kecemasan. Orang belakang pun woiii kenapa jammed ni ? hahaha
Kita bawak telekung je kasi matching dengan baju kononnya. Dah la berlagak pakai wedges. Jalan terkial-kial macam pondan.



Sepupu yang bawak telur tu yang paling laju jalan sebab barangnya berat. Yang lain semua tengah berangan pandang kamera. yang dia tak heran dah. Speed sehabis boleh.


My angoh & Umi. Angoh ni kan free hair. Ikutkan dia memang tak nak pakai tudung, pastu umi cakap nak masuk kampung ni, pakai la tudung. Orang kampung kan bersatu padu bab bergosip mengata orang bandar. heheh



Amik berkat sikit bergambar dengan pengantin. Amboi mentang-mentang la sepupu punya wedding, kemain kau panjat katil.
Bayangkan dah tengahari diorang punya official photographer tak datang lagi. Jenuh la pengantin nak tunggu.


Ehem. No komen. Tunggu turn kita pulak lepas ni. Hahaha
Bubye !

Aug 29, 2012

Riang Ria Hari Raya

Terpampang di bawah gambar berbaju kurung di petang raya. Hari raya pertama bersiap kemain, alih-alih duduk dalam rumah je sebab ramai sangat tetamu. Adik-adik dah tarik muncung sedepa. 

Lokasi kampung halaman Pasir Mas, Kelantan.

Gambar 1 family pun takde tahun ni. Abah busy layan tetamu. Umi busy kat dapur.. Anak-anak lagi busy. Busy bergambar. 



My siblings


Cousin yang perasan handsome. Focus kat baju hitam. Boleh pakai t-shirt dengan alasan baju melayu tertinggal kat kolej. 


Me :  Jom la amik gambar.
Him : Kat kolej aku budak2 perempuan berderet nak amik gambar dengan aku.
Me : oh yeke...
Him :Seringgit satu gambar.
Me : laaa kenapa murah sangat ?. 
Him : GRR
Me : HahaHAHA



And lastly...

Tak lain tak bukan. Ehem. Senyuman paling ikhlas.


Aug 18, 2012

PRE-RAYA - anak-anak encik fuzi

Tinggal sehari lagi berpuasa. Berpuasa la sebaiknya hari terakhir ni.. 

Dengan semangat raya tak berkobar sangat tahun ni, saya Nur Khairunnisa Binti Mohamad Fuzi ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

Kami adik-beradik puasa ke 25 dah pakai baju raya, pukul 1 pagi bangun buat bising. Pakai kasut raya siap berjalan dalam rumah. Dah macam kanak-kanak first time dapat kaki semangat nak beraya..

Disebabkan dah pukul 1 pagi, semua berani duduk dalam dapur je sebab umi ada kat dapur. Jadinya gambar semua berlatarbelakangkan dapur.. 






SELAMAT HARI RAYA SEMUA !


Jul 27, 2012

Cherating

Assalamualaikum adik kakak ! 
Seumur hidup baru sekali sampai Cherating. Tu pun tak plan nak bercuti, tak sampai 12 jam pun berehat kat Cherating tu. Banyak masa habis atas jalan. Dah macam balik Kelantan.
Gambar kejadian dekat salah satu Resort di Cherating. Serious tak ingat nama. 



Suasana pagi , tepi pantai.


Yang best kat resort ni, ada banyak kolam ! kolam kanak-kanak, kanak-kanak baru nak up, kolam dewasa. Yang paling dalam 12 kaki !

Macam kitorang yang tak pandai berenang ni, tapi gatal nak pergi jugak belah kolam dalam, bertenggek la tepi-tepi kolam macam itik.


Ni Angoh saya. Bukan Angah. Angoh. Dalam kolam kanak-kanak.
Tetibe macam nampak bayang ikan keli dalam kolam. haha




Konon nak lumba berenang, Pastu main tarik-tarik kaki orang. Punya la kecoh dalam kolam.
Nasib pagi tak ramai sangat orang mandi.


Dah puas berenang, main lompat-lompat sampai tertanggal tudung. angkat je kepala dari air, semua duduk pakat gelak.


3 jam berendam dalam kolam, sebab dah lama sangat tak mandi kolam. Nasib kolam ni boleh pakai pakaian bebas.

Umi duduk tepi kolam pun pelik kitorang duduk gelak tak berhenti.


Sekian.

Jun 5, 2012

Kenduri Kahwin yang takde pengantin

Last Sunday dipaksa paksa bangun pagi nak gi kenduri. Dah la tak tidur sangat malam sebelumnya, memang berpinar la mata bangun pagi..

3 jam bersiap. Nasib ada abah penyabar. Sorry la bah. Dah rezeki dapat anak perempuan bersiap macam pondan.

Ni baju yang ke-3 dicuba. Abah pun pelik, baju punya banyak takde baju nak pakai ???
slumber je jawab semua dah huduh. hahaha. 




Akhirnya, baju pilihan. 



Serious dipaksa mekap. Gila sadis. 







Nak mekap muka melepak macam pocong ni boleh tanya mek ngoh. 






Once again, my siblings. Kaki memekak. Dalam kereta semua duk menjerit tak tentu hala. 










Sampai je tempat kenduri jumpa dengan cousins, serious diorang memang pandai bergaya. Kita paling tinggi sebab kita budak U, haha. diorang sekolah lagi.


Lepas makan cover perut. Nanti kalau org kawin nak buat kenduri lauk ikan kering dengan budu je. 
Muak gila makan nasi minyak dengan ayam masak merah. 





Pelamin pengantin. Muka macam nak nangis apesal tah. Terharu sangat dapat duduk atas pelamin kot.




Ni bukan kasut hantaran. Ni kasut mek ngoh. Umi dah cakap kenduri dalam kampung. Dia degil jugak nak pakai kasut gilos tinggi kalah pengantin dengan tapak runcing.




Setiap tapak yang dia jalan meninggalkan lubang-lubang atas pasir..



Nampak ? hahaha. tu la mengada sangat. jalan pun kena berpaut kat orang..
Tapi memang suratan dah tertulis, akhirnya jatuh jugak macam durian busukk dekat tangga rumah. hahaha. Serius kesian gila. nak gelak pun kesiann.




Sebab tu entry ni kenduri kawin  takde pengantin. kitorang tak amik langsung gambar pengantin. haha.

Sekian :)

May 25, 2012

Gambar dari folder mereng time !


Dengan batuk tak berhenti update entrry malam ni. Ni kes tunggu abah punya lama dekat Putrajaya Sentral sampai boleh amik gambar ribu-riban. Budak-budak camwhore ni memang tak boleh diajak bergambar. Amik gambar 1, pastu gelang macam jin. Umi dah geleng-geleng kepala tengok anak-anak dia.
Tak kawin lagi dah gilaaa


Meet my siblings ,


Angoh & Acik





"kak, buat hidung kembang !" k buat. 
mek ngoh ni tak ikut arahan !




Sumpah ni gambar skema. Macam budak sekolah menengah punya DP. 
Eh budak sekolah sekarang semua hebat-hebat. Sekali upload gambar, gambar tengah gosok gigi sekali pun, beratus org like !! Tak macam zaman mysace duluu.
 Eh ada kene mengena ke ?





"buat mata juling pulak "
Angoh je menjadi. haha. yg kite ni berie nak julingkan sampai stress !! 



Balik dari Putrajaya Sentral, abah bawak singgah Taman ekreasi Air kot kat Presint 5 tu. Duduk atas jambatan ni terasa air berkocak kat bawah. Feeling tengah naik feri.





Till then, thank you :D

*macam buat ucapan koir.




Dec 8, 2011

happy bufday abah ! dengan kad special dari anak-anak ..

4/4/2011 abah dah cukup umur 53 ! tapi malangnya, hari penting yang datang sekali setahun tu, abah kat hospital..  again .


orang datang melawat. boleh lagi bersembang hal negara =.=



hadiah & kad buatan anak-anak dan isteri abah. 

isi dalam kotak tu handphone. gah la sangat bagi handphone . handphone biasa-biasa je pun. malas nak tayang kat sini. kang semua orang terkejut. sebab terlampau 'canggih'


bajet duit berkepuk, boleh cakap kat abah camni :

akak : orang ingat nak beli BlackBerry kat abah. tapi bukan abah reti guna pun kan. elok-elok hadiah bufday dari akak ke abah. bertukar jadi hadiah akak ke akak.

BlackBerry konon. padahal dalam poket nak beli BlueBerry pun tak mampu.





semua anak-anak abah tulis ucapan tau. termasuk la abe yang tak berape nak reti menulis .

akak : abe, tulis kad ni kat abah.
abe : tak nak la. orang tak reti !
akak : tulis je. akak bagi 2 ringgit. 
abe : ok laa.

dasar mata berduit.









nampak tak betapa 'cantiknya' tulisan abe.
hasil RM2










luar ward yang tibe-tibe sunyi. orang memang tak putus-putus datang. walaupun bukan time melawat.





budak takde keje. kawan abah datang. bercerita hal negara, belanjawan 2012, budak-budak nganga .





makanan hospital yang semua TAWAR ! buah oren ni je yang manis. tu pun manis tak ikhlas mana.



ni lagi sorang takde keje.


saya lagi selesa berbaju t-shirt + track suit + bertudung bawal.
kalau jumpa saya berpakaian selekeh macam ni, jangan terkejut.
harap maklum.


tahap boring maximum. godel-godek beg umi, jumpe MAGIC LIPSTICK , terus amik tonyoh kat mulut.. nampak tak colour lipstick tu kuning.?
lama-lama dia tukar colour merah dengan sendiri. magic la kan ? 



stop cerita pasal lipstick, abah dah boleh keluar hospital, doktor cuma buat stress test. result negatif. hari tu jugak boleh discharge. 
tapi yang menjadi persoalan sampai sekarang, stress test kena berlari. serious tak paham tang mana nak tau stress bila berlari. ??result comfirm la negatif, dah 5 hari duduk hospital baru nak buat stress test.

kalau duduk hospital 5 hari, result stress test positif jugak , semua nurse boleh hantar surat resign lee jawabnye.


kalau korang perasan, banyak perkataan 'SHAYO' dalam kad tu. 
eh next entry la cerita pasal shayo ni.

shayo nak cepat sekarang ni. tak sempat nak cerita panjang



till then, duduk rumah diam-diam tau bah. selamat bercuti seminggu. 

P/S : akak lagi suka abah duduk hospital. serious.
bila abah duduk hospital hati akak lagi tenang.
tak de la abah kena pergi kerja mengadap kerja & melayan kerenah orang lain sampai stress . grrrr

/>