Jan 19, 2013

Sisters and Mom

Sempena hari Sabtu yang redup ni, rindu bertandang kat adik-adik kita. Memang adik kita semua nakal. Semua menyakitkan hati. Semua cakap kasar. Semua nak menang ! But yeah still takde diorang sunyi la rumah. 

Ni aktiviti cuti sem lepas, keluar beli barang, dekat Alamanda je tapi sebab bila cukup korum, korum belah perempuan laa, abah tak ikut, still havoc ! 

Bergerak berempat, dengan Acik, Mek ngoh dengan umi. Sampai Alamanda terus berpecah. Umi nak melayan kerenah Acik dekat kedai stationery. Angoh melayan kerenah kakak kat Focus Point dengan masalah rabun.


Ehem, dirasmikan dengan muka tak semenggah kakak dia dulu

Umi jarang senyum macam tuu. Mesti mata dia tertutup dengan pipi cam nak meletup.


Niat sebenarnya kita nak beli barang bawak balik Arau je. Tapi bila semua dah ada, banyak la benda mengarut yang dibeli. The best part is when , Masing-masing pau mengepau. Umi dengan acik rilek je, akak dengan angoh yang berdebat hebat masa pembayaran. Diorang ni pandai tau nak pau kami masa gaji yang seciput tu masuk.


Angoh:   Sapa nak bayar shampoo acik ni ?
Me:       Sapa nak bayar soya umi ni ?
Angoh:   Sapa nak bayar perfume acik ?
Me:        Sapa nak bayar keropok umi ?

Umi dengan acik buat-buat tak dengar je. HAHAHA. Tersenyum-senyum tulis balik insiden ni. Bukan lah berkira pun, boleh je nak bayar semua, tapi sengaja bermanja. KIKIKI




Habis membeli, singgah Rasa Foodcourt, acik dengan umi duk mengidam sizzling. Time makan semua senyap. Focus dekat makanan. Takde sapa becok bersuara. Sampai la bila makanan habis, angkat muka, pandang muka masing-masing semua dah makan sampai licin. Umi je terkebil-kebil macam tak luak makanan dia.

Tudung pebret buat masa ni. Jap lagi dah boring, masuk almari, setahun lepastu baru cari balik.



My sisters, mek ngoh n mok cik.

Till then, rindu sangatsangat masakan umi.


NOBODY CAN REPLACE THEM 


Do follow me on twitter : https://twitter.com/NisaFuzi


No comments:

/> />