Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Jan 6, 2013

Vacation Di Genting 2

Bersambung dari entry Vacation di Genting, the next day baru betul-betul jelajah entertainment di Genting. Lepas breakfast je terus masuk theme park, free passes that I got from Nuffnang during Tribal Halloween last year. 

Taknak cakap banyak. Dah tahu cuaca sejuk kemain lagi bantai pakai baju nipis. Lepas tu baru menggelabah cari pashmina nak cover badan. 




First thing first, masuk je theme park, fuyooo orang ramai sangat. Al maklum cuti sekolah tambah dengan cuti Christmas lagi. Kitorang pun macam tak excited sangat nak main semua rides yang ada. Just walking around and taking pictures.



Then my friend bought food for the fish. and he said ' kita kan dah kenyang, apa salahnya bagi ikan ni pulak rasa kenyang macam kita'
And I was like tetiba kau jadi penyanyang, kalau la ikan ni boleh paham mesti dia terharu apa yang kau cakap.










 Memandangkan orang yang terlalu ramai, kitorang cuma main dalam 3 rides je rasanya. The last rides was awesome ! Rejang apa tah namanya. First time Nisa naik benda alah ni. 

Pictures taking when I was in the boat . Bot slowly naik ke atas.



Dan meluncur laju sekali swoooshhhhh air memercik terus naik kat muka ! HAHAHA.

Masa meluncur turun, he said 'tunduk ! nanti basah' 
Dah la kita baru first time naik, excited dia lain macam sikit, angkat je muka nak tengok apa jadi kat depan, haaa nak tengok sangat ambik hang, dari atas sampai ke bawah basah !

Sementara nak mendaki gunung yang kedua, boat tu macam amik angin je pusing pusing, dengan cuaca sejuknya, dengan kita ni dah lencun, rasa nak terjun terus turun dari bot. 
Rejang ni la queue yang paling lama sebab bot yang sediakan macam ada 6 ke 7 je. 1 turn ambil masa dalam 10 minit. Banyangkan berapa lama beratur. Tapi serius sangat berbaloi beratur walaupun tertidur kejap masa beratur. 


Haaaa yang ni sampai sekarang memang tak pernah naik. Menyeramkan sangat. Dah la Nisa macam gelabah sikit, naik roller coaster pun tahan nafas. 


Tetiba kabus tebal , angin yang tadi sepoi dah jadi kasar. Hujan meniik sikit-sikit. 




The First World Hotel makes the view glitter ! 
Tak tau kenapa kena letak pashmina atas bahu gaya pakai sari. Serius tak tahu. *angkat bahu*









Terasa kerdil berdiri di sebelah pokok Christmas yang tinggi lagi gemuk.






Tempat wajib amik gambar walaupun dah banyak gambar kat bus ni. 


Sekian berita dari London. :D


Jan 1, 2013

Vacation di Genting

Salah satu aktiviti during mid sem break, Nisa sempat mendaki puncak Genting. Buat teruk pakai ayat mendaki. Perjalanan nak ke atas tak banyak halangan, cuma hujan renyai-renyai. Nak taknak memang kena tutup cermin dan tak merasa sangat fresh air dalam perjalanan. 

Sampai je puncak, hambik hang, nak rasa fresh air sangat, sampai ketaq lutut tak terkata.




Cuaca terlampau sejuk. Lepastu kitakan tak merancang perjalanan, bingung langsung tak terfikir nak bawak 
sweater.

 



Sampai je terus singgah strawberry farm sebab ketagih sangat nak makan strawberry. 
Tapi masuk dalam strawberry farm terus tawar hati sebab strawberry dia comey lotte. Payah nak cari yang mantap mantap. Tak sempat nak membesar dah dipetik orang. 

Tapi the best part is, dekat strawberry farm tu korang boleh self-pick. Kalau pandai sorok, petik ngan batas dia sekali bawak balik tanam kat rumah.  


Beli yang dah siap packing je. Sebab takde kuasa nak pi petik kalau dah anak-anak baby je besarnya. Punya lah excited. Beli je terus bukak dengan gelojoh. Sekali makan terus sumbat 3 4 bijik. Memang senonoh.



Bantai makan askrim bagi feel sejuk cuaca genting dengan askrim. Kontra kan cone askrim dia. Punya gabak. First time kot jumpa kon sebesar tu ! 
Nisa makan askrim yang kecik je sebab bukan makan pun kon dia. I want the ice-cream. not the cone ! 


Dalam kedai souvenior. Masa ni orang tak ramai. Boleh jalan dengan senang lenang dan berlenggang kangkung sebab takde selisih bahu dengan sesiapa. 





Angin sepoi yang mengundang sejuk sampai ke tulang. 





Malamnya Nisa tengok Freeze 2 ! Remember one of the Genting's event ? Sangat awesome. Sampai tak boleh berhenti senyum. For sure free VIP tickets from Nuffnang and Genting. 

Will update soon ! thank you !


Jul 27, 2012

Cherating

Assalamualaikum adik kakak ! 
Seumur hidup baru sekali sampai Cherating. Tu pun tak plan nak bercuti, tak sampai 12 jam pun berehat kat Cherating tu. Banyak masa habis atas jalan. Dah macam balik Kelantan.
Gambar kejadian dekat salah satu Resort di Cherating. Serious tak ingat nama. 



Suasana pagi , tepi pantai.


Yang best kat resort ni, ada banyak kolam ! kolam kanak-kanak, kanak-kanak baru nak up, kolam dewasa. Yang paling dalam 12 kaki !

Macam kitorang yang tak pandai berenang ni, tapi gatal nak pergi jugak belah kolam dalam, bertenggek la tepi-tepi kolam macam itik.


Ni Angoh saya. Bukan Angah. Angoh. Dalam kolam kanak-kanak.
Tetibe macam nampak bayang ikan keli dalam kolam. haha




Konon nak lumba berenang, Pastu main tarik-tarik kaki orang. Punya la kecoh dalam kolam.
Nasib pagi tak ramai sangat orang mandi.


Dah puas berenang, main lompat-lompat sampai tertanggal tudung. angkat je kepala dari air, semua duduk pakat gelak.


3 jam berendam dalam kolam, sebab dah lama sangat tak mandi kolam. Nasib kolam ni boleh pakai pakaian bebas.

Umi duduk tepi kolam pun pelik kitorang duduk gelak tak berhenti.


Sekian.

Sep 18, 2011

kami pelancong asing ! beraya kat putrajaya you ! boleh geng ngan bangla.

masa raya kedua semua orang tengah sibuk beraya ke sane sini, makan ketupat rendang, berkejar kutip duit raya, kitorang 1 family duduk je kat rumah tengok siaran ulangan spongebob.

al maklum abah pun baru lepas kuar hospital. mane nak boleh drive balik kampung sampai ke kelantan tuh. dia mane harapkan anak die ni bawak.  sebab terer sangat.

beraya kat kl jela kitorang. ditemani rumah-rumah jiran yang gelap gulitaa


raya pertama semua orang bertahan lagi. boleh la duk main-main masak-masak kat dapur. 
ketawa-ketawa.
kemas-kemas rumah.
makan buang, makan buang.


bila dah masuk raya kedua:

bah, orang dah gile ni bah.
bah, orang nak mati kebosanan dah ni.
bah jom la kite kuar jalan-jalan.
abah, jom gi picnic !
abah, jom gi shopping, orang takde baju raye lagi !


abah pun tak larat nak dengar . abah pun ajak la kitorang kuar. 
punya la anak-anak die bersiap beriye-iye.

bila masuk kereta:

bah, nak gi mane ni..?
tak tau. akak nak g mane ?


sume macam dah, huhhhhh ????


 last-last duk pusing putrajaya.

punya lah ramai warga asing, bangla, pakistan dan sewaktu dengannya kat situ..
nak je jerit, korang takde kampung ke ha?!!
sekali dengan tande seru !!




semangat je bersiap. tak lawa-lawa pun. camtu jugak.

umi la ni duk pakse orang amik gambar kat bunga ni. orang bukan minah bunga tau !

mat bangla semua duk usha je ! geram betul..

pastu tetibe dorang pulak duk amik gamba kat bunga-bunga ni.

ceeeeh. hampeh.

fokus kat background tu !

acik kecik, mek ngoh

mata sembab terlebih tidoo. ZzZzZz




mek ngoh ngan umi.. 




mek ngoh lagi..  sibuk suh orang amik gamba die sampai ribu riban

saya anak sulong. 3 ke kanan sume adik-adik saya.
jangan tanya nape sume kurus-kurus.
umi bagi makan cukup.
tapi dorang tak nak makan.
sebab ngade-ngade.
keje nak makan fast food je.
menyampah.
:P



kesengalan.






i lap u abah !



akak, angohss, acikss, abeesss

trademark hari tu. peace gedik. sampai kene marah ngan umi. haha

menara condong 2020


menyampah pulak tengok gambo cenggini. -.-

hari pun dah senja....


kitorang pun gerak la balik.. dah penat amik gamba...



last but not least 



senyuman yang sangat ikhlas :)
/>