Showing posts with label Genting. Show all posts
Showing posts with label Genting. Show all posts

Oct 24, 2013

Halloween Horror Spirits 2, Place where Ghosts will Catch You

Hye ! Last week I was invited to Genting for their new activitiy , HALLOWEEN HORROR SPIRITS!
Certain gambar dah diupload kat instagram. Well, instagram lagi laju dari blog. Tak boleh dinafikan. 

Then, ramai yang tanya 'Nisa buat apa kat Genting, bukan tutup ke?' dan soalan yang sewaktu dengannya.
Genting sekarang dibuka, waktu malam untuk event yang lagi menyeramkan untuk korang muda remaja yang sentiasa teruja nak cuba aktiviti baru. 



Apa yang best dengan event hantu-hantu ni?
Generally, ada 5 tempat berpuaka. 5 okay. Nak merentas 5 tempat ni memerlukan semangat yang berkobar.




Sebelum kami ditakuti, perut diisi dengan makanan mewah. Credits to Genting once again.

Then there we go !



1. HAUNTED PLAYGROUND 



Masuk je playground ni, suasana memang creepy. Dengan boneka hantu dimana-mana. Hantu yang pesen tak kacau orang ni takpe. 



This one, please avoid. She really enjoyed sergah orang.


Nampak dari jauh macam 'wow besarnya dia ni' Bila dah berdiri sebelah 'aku pun sama macam giant'


Anabelle. Yang ni aku paling tertarik. Sekali pandang nak pandang berkali-kali.




2. OLD SHANGHAI


Bangunan Old Shanghai paling awesome. Penyanyi dan penari zaman dulu kala yang sexy semua ada dalam bangunan ni. 

One of the 'statue' at Old Shanghai. He's alive actually.


3. PRISON FREAK


Prison Freak paling scary. Boleh  bayangkan prison dengan ramai manusia berbaju belang. Tapi jenis banduan gila dan meroyan dalam prison tu. Sekali lalu dia tengok kita, sekelip mata dia naik hantu , menjerit dan cuba nak tangkap korang yang lalu depan mata dia. Aku menjerit paling kuat masa ni. 

Bayangkan dalam prison yang banyak cell. Dalam setiap cell ada sorang banduan. Tengah syok pandang diorang yang terkurung tu, tiba-tiba pintu cell terbukak ! Banduan tu terus terpa kat korang ! 


4. KISAH RUMAH PUAKA


Kisah Rumah Puaka lebih kurang macam rumah hantu. Bezanya rumah ni terang. Bukan macam berjalan dalam 3D Maze tu. Yang ini terang-benderang korang namoak jelmaan yang menakutkan. Nak melintas depan diorang pun rasa nak terkencing. 


5. THE CITY OF WALKERS



This place paling awesome ! Ada kereta terbakar, kapal terbang terhempas, paling real dengan bau minyak tumpah & lampu emergency. 
Yang paling penting, this is ZOMBIES TERRITORY !
Zombi dimana-mana. Aku terhibur diorang tetiba naik stage, dengan gaya zombie, pastu menari gentleman ! Pengsan! 




Awat hang pandang-pandang aku? Aku maluuuu.



Details of the event:
Date: 24 - 27 October 2013
Time: 8pm - 12 am
Venue: Genting Outdoor Theme Park

Ticket Price RM45

For more information and booking ticket headed to 

WARNING: STRICLY FOR VISITORS AGED 13 YEARS OLD AND ABOVE


Book your ticket now and enjoy with the ghosts !

See you !

Jan 6, 2013

Vacation Di Genting 2

Bersambung dari entry Vacation di Genting, the next day baru betul-betul jelajah entertainment di Genting. Lepas breakfast je terus masuk theme park, free passes that I got from Nuffnang during Tribal Halloween last year. 

Taknak cakap banyak. Dah tahu cuaca sejuk kemain lagi bantai pakai baju nipis. Lepas tu baru menggelabah cari pashmina nak cover badan. 




First thing first, masuk je theme park, fuyooo orang ramai sangat. Al maklum cuti sekolah tambah dengan cuti Christmas lagi. Kitorang pun macam tak excited sangat nak main semua rides yang ada. Just walking around and taking pictures.



Then my friend bought food for the fish. and he said ' kita kan dah kenyang, apa salahnya bagi ikan ni pulak rasa kenyang macam kita'
And I was like tetiba kau jadi penyanyang, kalau la ikan ni boleh paham mesti dia terharu apa yang kau cakap.










 Memandangkan orang yang terlalu ramai, kitorang cuma main dalam 3 rides je rasanya. The last rides was awesome ! Rejang apa tah namanya. First time Nisa naik benda alah ni. 

Pictures taking when I was in the boat . Bot slowly naik ke atas.



Dan meluncur laju sekali swoooshhhhh air memercik terus naik kat muka ! HAHAHA.

Masa meluncur turun, he said 'tunduk ! nanti basah' 
Dah la kita baru first time naik, excited dia lain macam sikit, angkat je muka nak tengok apa jadi kat depan, haaa nak tengok sangat ambik hang, dari atas sampai ke bawah basah !

Sementara nak mendaki gunung yang kedua, boat tu macam amik angin je pusing pusing, dengan cuaca sejuknya, dengan kita ni dah lencun, rasa nak terjun terus turun dari bot. 
Rejang ni la queue yang paling lama sebab bot yang sediakan macam ada 6 ke 7 je. 1 turn ambil masa dalam 10 minit. Banyangkan berapa lama beratur. Tapi serius sangat berbaloi beratur walaupun tertidur kejap masa beratur. 


Haaaa yang ni sampai sekarang memang tak pernah naik. Menyeramkan sangat. Dah la Nisa macam gelabah sikit, naik roller coaster pun tahan nafas. 


Tetiba kabus tebal , angin yang tadi sepoi dah jadi kasar. Hujan meniik sikit-sikit. 




The First World Hotel makes the view glitter ! 
Tak tau kenapa kena letak pashmina atas bahu gaya pakai sari. Serius tak tahu. *angkat bahu*









Terasa kerdil berdiri di sebelah pokok Christmas yang tinggi lagi gemuk.






Tempat wajib amik gambar walaupun dah banyak gambar kat bus ni. 


Sekian berita dari London. :D


Jan 1, 2013

Vacation di Genting

Salah satu aktiviti during mid sem break, Nisa sempat mendaki puncak Genting. Buat teruk pakai ayat mendaki. Perjalanan nak ke atas tak banyak halangan, cuma hujan renyai-renyai. Nak taknak memang kena tutup cermin dan tak merasa sangat fresh air dalam perjalanan. 

Sampai je puncak, hambik hang, nak rasa fresh air sangat, sampai ketaq lutut tak terkata.




Cuaca terlampau sejuk. Lepastu kitakan tak merancang perjalanan, bingung langsung tak terfikir nak bawak 
sweater.

 



Sampai je terus singgah strawberry farm sebab ketagih sangat nak makan strawberry. 
Tapi masuk dalam strawberry farm terus tawar hati sebab strawberry dia comey lotte. Payah nak cari yang mantap mantap. Tak sempat nak membesar dah dipetik orang. 

Tapi the best part is, dekat strawberry farm tu korang boleh self-pick. Kalau pandai sorok, petik ngan batas dia sekali bawak balik tanam kat rumah.  


Beli yang dah siap packing je. Sebab takde kuasa nak pi petik kalau dah anak-anak baby je besarnya. Punya lah excited. Beli je terus bukak dengan gelojoh. Sekali makan terus sumbat 3 4 bijik. Memang senonoh.



Bantai makan askrim bagi feel sejuk cuaca genting dengan askrim. Kontra kan cone askrim dia. Punya gabak. First time kot jumpa kon sebesar tu ! 
Nisa makan askrim yang kecik je sebab bukan makan pun kon dia. I want the ice-cream. not the cone ! 


Dalam kedai souvenior. Masa ni orang tak ramai. Boleh jalan dengan senang lenang dan berlenggang kangkung sebab takde selisih bahu dengan sesiapa. 





Angin sepoi yang mengundang sejuk sampai ke tulang. 





Malamnya Nisa tengok Freeze 2 ! Remember one of the Genting's event ? Sangat awesome. Sampai tak boleh berhenti senyum. For sure free VIP tickets from Nuffnang and Genting. 

Will update soon ! thank you !


Nov 9, 2012

Tribal Halloween Costume


Hye ! Al-kisah Tribal Halloween dengan Nuffnangers sekalian, bertemakan Tribal Halloween semua muncul dengan costume Halloween masing-masing. Dengan adanya jurumekap yang sedia menacap menjadikan lebih scary, costume yang glamour ditambah dengan seri  mekap yang wowwww.

Tapi sayangnya tak amik gambar banyak, yang kat bawah ni pun banyak dari blog http://khaiartzfar.blogspot.com/


Chucky bertopeng



Lepas semua pakai costume & mekap, terus macam dah tak kenal. Tanya dalam hati, eh dia ni ada ke pagi tadi ? HAHAHA. 



Yang belah kiri tu, salah seorang pemenang costume terbaik





 Me with Afifah






Nampak real kan ??




Ini Aina, nampak tak ada jahitan dekat coat tu. Tu semua Aina jahit sendiri. coat tu pulak lab coat. Kreatif gila kan dia. Yang paling penting, Aina dah bertunang. !

Sampai sini je dulu, terima kasih sudi membaca :D


Nov 6, 2012

Tribal Halloween - Treasure Hunt and Tele Match


Hye ! Masih di Tribal Halloween, selain daripada hantu yang menakutkan tu, Genting mengadakan Treasure Hunt dan Tele Match untuk kami. Sama macam event sebelum ni, remember the treasure hunt, kali ni masih aktiviti yang sama cuma tak berapa mencabar macam sebelum ni. Yang penting TIADA PACAT !


Sebelum aktiviti bermula, 5 orang kat tengah yang diasingkan sebab dah pernah join. haha. sedihhh.
Lepastu kene marah dengan Darren sebab pi mengaku dah  pernah join. Masalahnya Zul tu dah cam kitorang la Darren !

 Picture credit : Budak Pacak


Source: Submerryn.com


One of the task. take group pictures. Ni hasilnya. 

In front of the Awana's entrance

My group members :
Syafiq, Syuhadah, Kian Fai Yann Another Syafiq, Haziq, Chai


With the buggy


The big golf


HAHAHAHA. 




Aktiviti kedua, Tele Match, sort of sukaneka. Ni aktiviti paling klaka. Dah lama tak bersukaneka dan menjerit-jerit. 

One of the task, be a mummy !

The Angry Bird's Zombie !


Rawrrrrrrr




Big thanks to Genting for such a happening activities !


/>