Dec 17, 2011

Anak Mat Salih !

masa cuti sem hari tu, semangat berkobar, teman abah joging area Petaling Jaya. 
umi tak dapat datang sebab kerja. so kena la jadi pengganti tempat umi pegang beg yang sarat dengan air.


tengah duduk bosan-bosan, kemalasan nak berjoging



tibe-tibe jumpa anak mat saleh ni..  dengan muka tak tau malu mintak bergambar.


sangat putih gebuuuu !! dah same colour dengan baju !
tolong jangan tengok kekontraan colour muka di situ. please. 






super duper comey ! dengan mulut merah, mata grey, baju clown !!  . sampai rasa nak korek-korek je mata budak ni. 


notakaki : sila jaga kesihatan anda. jangan berhenti berjoging untuk bergambar. thank you.


Kepada Pengguna Lenovo..

sila la berbangga wahai pengguna Lenovo. walaupun iklan ni nampak sangat diedit, tapi sangat seronok !




kitorang guna video ni untuk presentation. ramai ketawa BAHAGIA !

Burger Idaman semalaya !


Entry ni ada kene-mengena dengan class ECO. siyes cikgu Eco kitorang sangat romantik. bila dia mengajar bunyi dia macam die tengah nyanyi lagu dodoi suruh tidur.

kitorang yang duduk depan ni pun kena tenung cikgu tu tajam2 baru boleh dengar dia cakap ape.
disebabkan kitorang tak nak menyeksa telinge, macam biase bila kawan terbaik saya, Asma' buat aktiviti menconteng.



burger idaman semalaya.  siap detail caption setiap slice








makan burger super duper hebat macam tu, kena pakai macam ni ....... 


   lagi nikmat !

Dec 10, 2011

Jawapan kepada MANA LAGI RM 1 ??

korang mesti penah dengar teka-teki berbunyi macam ni : 

Ali pinjam RM 100 dari A & B untuk beli barang.Ali beli barang tu harga RM 97Baki duit Ali RM  3 lepas Ali beli barang tu.Ali pulang RM 1 dekat A. & RM 1 dekat B.sekarang hutang Ali kat A RM 49 & B RM 49.Kat tangan Ali ada RM 1.

Persoalannya mana lagi RM1 ?

RM 49 + RM 49 + RM 1 = RM 99


Mesti korang pernah jumpa soalan ni kan ? ada yang dah tau jawapan ?


serious soalan ni simple. tapi bila pikir2, eh haah la. mana lagi sehengget ?






semalam duduk baca blog orang dengan Asma'. tibe-tibe keluar soalan ni.  dia first time tengok soalan ni, tapi terus dah dapat jawapan ! yang kita ni punya la 10 kali baca , sampai juling tak dapat jugak jawapan. sangat sadis.




jawapannya : 

Ali beli barang RM 97.sorang Ali hutang RM 48.50RM 97 / 2 = RM 48.50Ali dah pulang baki RM 1 dekat A & B.
RM48.50 + RM 1= RM 49.50
lagi RM1 ada dekat Ali !

see ?

selamat mencuba !



Dec 9, 2011

kanak-kanak advance !

ni bukan budak-budak. tapi kanak-kanak. 

dengan muka baru bangun tidoo, dengan berbaju tidoo. nasib tak berbaju kelawar je. bangun-bangun terus capai Ipad ! 


siap kena amik nombor kalau nak main.  

wahai budak-budak, korang tersangat lah advance. saya sendiri pun tak pernak pegang benda yang bermula huruf I berakhir huruf P tu. 
masa diorang duk main benda tu, baru tau.

 banyak game rupanya dalam Ipad ni..

see betapa kunonye saya ??


ni lagi sorang, kakak abang beliau main Ipad, beliau main Iphone.

dasyat la awak ni. 

pakai seluar power rangers lagi, sexy btol. !


FYI, budak-budak ni semua sepupu saya. advanced kan diorang ? =.=

Dec 8, 2011

happy bufday abah ! dengan kad special dari anak-anak ..

4/4/2011 abah dah cukup umur 53 ! tapi malangnya, hari penting yang datang sekali setahun tu, abah kat hospital..  again .


orang datang melawat. boleh lagi bersembang hal negara =.=



hadiah & kad buatan anak-anak dan isteri abah. 

isi dalam kotak tu handphone. gah la sangat bagi handphone . handphone biasa-biasa je pun. malas nak tayang kat sini. kang semua orang terkejut. sebab terlampau 'canggih'


bajet duit berkepuk, boleh cakap kat abah camni :

akak : orang ingat nak beli BlackBerry kat abah. tapi bukan abah reti guna pun kan. elok-elok hadiah bufday dari akak ke abah. bertukar jadi hadiah akak ke akak.

BlackBerry konon. padahal dalam poket nak beli BlueBerry pun tak mampu.





semua anak-anak abah tulis ucapan tau. termasuk la abe yang tak berape nak reti menulis .

akak : abe, tulis kad ni kat abah.
abe : tak nak la. orang tak reti !
akak : tulis je. akak bagi 2 ringgit. 
abe : ok laa.

dasar mata berduit.









nampak tak betapa 'cantiknya' tulisan abe.
hasil RM2










luar ward yang tibe-tibe sunyi. orang memang tak putus-putus datang. walaupun bukan time melawat.





budak takde keje. kawan abah datang. bercerita hal negara, belanjawan 2012, budak-budak nganga .





makanan hospital yang semua TAWAR ! buah oren ni je yang manis. tu pun manis tak ikhlas mana.



ni lagi sorang takde keje.


saya lagi selesa berbaju t-shirt + track suit + bertudung bawal.
kalau jumpa saya berpakaian selekeh macam ni, jangan terkejut.
harap maklum.


tahap boring maximum. godel-godek beg umi, jumpe MAGIC LIPSTICK , terus amik tonyoh kat mulut.. nampak tak colour lipstick tu kuning.?
lama-lama dia tukar colour merah dengan sendiri. magic la kan ? 



stop cerita pasal lipstick, abah dah boleh keluar hospital, doktor cuma buat stress test. result negatif. hari tu jugak boleh discharge. 
tapi yang menjadi persoalan sampai sekarang, stress test kena berlari. serious tak paham tang mana nak tau stress bila berlari. ??result comfirm la negatif, dah 5 hari duduk hospital baru nak buat stress test.

kalau duduk hospital 5 hari, result stress test positif jugak , semua nurse boleh hantar surat resign lee jawabnye.


kalau korang perasan, banyak perkataan 'SHAYO' dalam kad tu. 
eh next entry la cerita pasal shayo ni.

shayo nak cepat sekarang ni. tak sempat nak cerita panjang



till then, duduk rumah diam-diam tau bah. selamat bercuti seminggu. 

P/S : akak lagi suka abah duduk hospital. serious.
bila abah duduk hospital hati akak lagi tenang.
tak de la abah kena pergi kerja mengadap kerja & melayan kerenah orang lain sampai stress . grrrr

Nov 27, 2011

semangat waja.

Dah seminggu class start. macam-macam al-kisah jadi..
datang class dengan azam baru, semangat baru nak belajar betol2..
tut tut, banyak class cancel.


uish, lagi la bersemangat !






masa class ECO tak silap hari tu, lecturer duk bebel-bebel ape tah kat depan. tetibe dia cakap pasal berdiri atas kerusi.


si asma pun dengan muka sayu tetibe cakap:


asma : orang ingat lagi masa sekolah dulu, orang kena berdiri atas kerusi. memang tak kan lupa laa. *dengan confident.


orang : kenapa ?


asma : entah. dah lupa.  *dengan confident jugak




sabar jela budak ni..




Nov 18, 2011

Untuk Tatapan.

awak , orang nak balik perlis dah malam ni. bas pukul 10:15pm   18/11/2011.
orang kena belajar betul-betul dah pasni. dari dulu asyik main-main. makin lame makin banyak main.
orang tak nak tengok dah muka sedih abah orang. sama macam time orang bagi tau result hari tu.


serius terus berubah air muka dia. sape suruh tanye. kalau elok tak payah tanya akak dah bagi tau dah bah !
akak tak bagi tau tu terok la. eeee. tu pun tak paham.


tak sampai hati dah nak tengok muka abah macam tu...


abah pun tak banyak cakap dah pas hari tu.. kadang-kadang saje cari topik nak sembang. pastu kena marah balik. haha




orang  :abah, kawan orang ramai gi fast track ! *dengan muka bersungguh


abah   :biar la dia.


umi     : nape akak tak nak buat fast track ?


orang  :tuuu abah tak kasi. *dengan bangge jugak . err


abah   : nak pergi fast track buat ape, result pun terok. makin lame makin jatuh !! buat diploma tu dulu ! tak payah nak kejar-kejar !










abah ni.. orang bukan nak sangat pun buat fast track. kalau buat fast track ade jugak peluang nak tukar kampus . boleh dekat dengan rumah. senang nak balik tiap minggu. senang nak suruh umi masak. senang nak mintak duit kat abah. nampak tak kebaikan dia ???











anak kesayangan abah. ehem.



satu-satu gmbar yang abah betul-betul senyum yang ikhlas





till then, selamat menjamu selera !

Nov 17, 2011

Fries free dari McD !

hari ni pagi-pagi dah terkena kejutan budaya. tak tau angin apa umi hari ni bagi duit suruh beli makanan kat luar. siap cakap.


'kak nanti beli la ape2 acik nak makan. KFC, McD ke. '


mata mengantuk pun terus segar.


time lunch je terus ajak acik gi McD. siyes ramai gilee orang !
yang Drive-Thru jangan cite la panjang mana.
semua pemalas nak turun. ape salahnye pegi kat kaunter ? kaunter kat dalam tu kosong tau dok ? cashier siap main batu seremban sebab lengang sangat !

*kutok diri sendiri*


dah orang ramai yang amat.  nak menunggu pun lama yang amat.
20 minit ! sampai 6 7 kali gilir-gilir bukak ekon dengan kipas. eh tingkap.


 balik-balik rumah je, bukak paper bag nak keluarkan makanan terkejut tengok ade extra 1 fries !

 pura-pura tanya acik


eh, fries ni ada 4 ke ?? lebih 1 la ! untunglah kan kan !

bila tengok resit...









memang dia bagi extra 1. mungkin sebab tunggu lama sangat sampai berjanggut. 


berbaloi la jugak tunggu lelame. 

nak dapat fries free, datang McD time super busy !

Nov 2, 2011

penantian TAK menyeksakan !

betul-betul jiwa kacau hari ni, asyik duk refresh 
e-mel & student portal. menunggu result. haish.






mengharap penantian berbaloi :(

Oct 29, 2011

buku rebutan zaman sekolah !

kemas-kemas almari lama. terjumpa benda-benda yang mencuit hati. *hiperbola
bila tengok baru rasa macam:

cepat betol ko membesar .rasa macam baru je masuk sekolah menengah.

mula la berangan mengimbas la konon-konon kenangan dulu-dulu.


buku nilam. buku kesayangan korang kan ? masa sekolah rendah dulu rajin la tulis dalam benda alah ni. masuk sekolah menengan dah malas macam hampeh sebab kena buat sinopsis !

punya pemalas nak baca, salin bulat-bulat ringkasan cerita kat belakang cover buku tu.
alaaah korang pun same kan ?



malas nak rotate. buku jenis ni famous masa sekolah dulu. sebab dia ringkas. dah siap short note bagai. dengan notes yang colourful.

mula-mula semangat paksa abah beli. dengan alasan:

senang nak baca tau bah ! betol !


bila dah lame beli, terperok kat almari, masa exam baru gelabah selongkar. bagi alasan :

hoi, gile pening ah buku ni, colour macam keling !


buku kesayangan. sebab paling nipis.
zaman jahiliah lagi ni, siap print nama tepek besar-besar kat buku.


yang ni paling menyiksa. masa sekolah rendah 100% belajar BM. bila naik form 1 , tetiba  

'anda akan mendarat ke London sebentar lagi'

masa zaman baru nak tukar BM ke BI, punya prihatin penerbit buku semua keluarkan buku edisi Bilingual.
terima kasih. jasa mu dihargai. walaupun sampai skang tak paham kenapa buku macam ni mahal giloo.


pihak sekolah dulu kemain WAJIBKAN beli buku tulis sampai 26 bijik untuk setahun ! time kasih la sebab prihatin nanti ujung tahun tak payah beratur lagi kat kedai buku nak beli buku tulis 6kupang. 
agak-agak jugak la perli kalau tulisan gedabak alam pun tak makan nye buku sampai puluh-puluh.

bila habis tahun, kene marah ngan abah sebab nampak sangat anak die pemalas sebab banyak buku kosong.
sampai sekarang tak puas hati sebab tak boleh bersuara :

salahkan sekolah sebab suruh beli buku bebanyak ! 
grrr




suci sangat buku karangan ni. 





sekali seumur hidup je dapat benda ni. simpan la jadual SPM anda. tapi yang ni adik punya. hee 





azab sem3. punya banyak subjek amik. siap note kat belah kanan tu nama lecturer. punyalah jahil dengan nama penuh lecturer.
sila lah ingat nama lecturer anda kalau nak dapat result elok.


tapi memang tak pelik kan kalau tak tau nama penuh lecturer, tak macam kat sekolah dulu hafal sebijik sebijan nama cikgu. 
bila masuk dewan exam, wajib sok sek sok sek . pandang kiri kanan semua tengah tanya orang depan nama lecturer.





selamat menghadapi debaran result exam kawan-kawan !

sekian !





Oct 25, 2011

Cuba Kimchi Uchiba Ramen !

time cuti-cuti ni naik taraf diri sendiri, jadi pengunjung setia pasaraya terdekat. dulu rajin pegi carefour. beli air cool blog yang boleh buat orang ketagih tu !

sebulan lebih cuti kalau asyik pegi careffour sampai dah boleh kira berapa luas carefour tu, sekarang dah beralih arah pergi jusco. sebab ada game.

ketagih pulak dengan game drum tu. 

makanan wajib pergi jusco tu, kfc, mcd, pizza. bosan kan ? semua tempat boleh dapat. punya la bertekad nak beralih arah, cuba benda baru.
lepas tawaf 10 kali , baru decide nak makan kat uchiba ramen. betul ke tah eje macam ni.


punya la tekun menelaah menu, tertarik dengan 1 menu ni.  KIMCHI !  peminat korea comfirm tau bila sebut kimchi..
 nampak sedap gila kan tengok Jun Pyo makan kimchi....



terus excited nak order kimchi. RM6 kalau termasuk 5% government tak & 10 %
 service charge RM6.35 !


ni rupa kimchi kat Uchiba Ramen tu...


sila tenung dalam-dalam.
Kimchi ni kobis campur dengan salad je pun. kuah tu yang unik.
siyes sedap. untuk orang yang suka pedas comfirm suka. pedas dia lain macam. bukan pedas cili padi mahupun cili kering.
siap boleh hirup kuah sebab terlampau sedap ! plus, tak nak bazirkan RM 6.35




air kat situ biasa je, ada soft drink, jus bagai.. tak nak pelik-pelik sangat order jela air limau ni. memang nampak biasa. tapi kalau buat sendiri tak dapat rasa dia macam air kat situ. 




jangan tanya ni apa. memang lupa nama dia ape. 

yang ni set ayam. banyak jugak pilihan kat situ, salmon , daging.  

hari tu pun pergi berdua dengan siti asma' punya gelojoh beli 2 set. tapi tak habis pun. sayang kan. banyak ok nasi dia. 

sayur & salad dia rasa macam biasa je. macam goreng orang kampung. tang ayam je rasa lain sikit. nasi pun ada tambahan biji-biji hitam tu dengan sayur ape tah warna hitam. yang sebunjut kat tengah tu jeruk asma' cakap. tak berminat pulak nak rasa .



hari-hari seterusnya pergi Uchiba Ramen tu bila kimchi sahaja. tapi kat situ panggil Kimuchi.
 kalau take away lagi banyak kuah dia !  lagi berbaloi take away la. 


sekian :) * tulis entry sambil kecur air liur.
/> />