benda ni jadi sebelum subuh, lebih kurang pukul 5. pukul 4.50 gitu, semua orang 1 rumah tengah tido. memang kitorang tak sedar pape, malam tu kebetulan semua tidur awal. yang biasa jadi burung hantu, duk bergayut, duk tengok movie, duk study sampai pagi buta pun tidur awal.
pukul 5 pagi tu, kak ika dari bilik depan, 1 rumah 2 bilik, orang duduk bilik belakang, die ketok pintu bilik belakang jerit- jerit cakap
'wey bangun wey, pencuri masuk rumah kita ! '
sumpah orang ingat benda tu macam mimpi, tengok semua orang kelam kabot bangun,orang pun terjun la katil, memang dah kecoh gila masa tu. memang meremang segala bulu roma.
pencuri tu kira sempat masuk bilik depan je,tu pun sebab kak ika jerit, kalau tak, mahu lagi banyak barang hilang.
barang yang kena bawak lari:
1 purse & segala isi perut dia
3 handphone !
1 laptop !
yang tambah sadis, pagi tu, pas kitorang sedar, dorang semua try call pak guard, JPK, semua tak angkat, sampai nak setengah jam baru ada orang angkat.pukul 5 sape nak jagekan.. kitorang nak keluar memang tak berani. takut pencuri tu ada lagi sekitar situ.
yang kak ika boleh tersedar ada pencuri tu pun, bila pencuri tu nak amik purse kak ika, betul betul sebelah bantal die tido,tu yang die tersedar. tapi memang pencuri tu dah pro, bila kak ika dah tersedar, terus dia nak lari, tapi sempat tutup pintu bilik, memang tak nampak langsung muka die. dengan dalam bilik tu memang dah gelap gelita.
dalam pukul 5.30 JPK, pengerusi kolej datang. masa tu baru kitorang rasa selamat sikit. orang memang terkejut gila,sampai tak bersuara langsung. memang kaku je. bila dorang datang, pintu rumah yang depan memang terbukak luas. pastu ternampak la, ada sorang permpuan ni, lalu naik motor depan rumah,memang slow gila die bawak.memang curious tengok dia. siap ada escort dari belakang laki pulak naik moto. dengan takde helmet, dengan jalan opposite side, padahal depan ni jalan sehala. sape duk beringin tau la, tak logik la kan orang bawak motor pukul 5 pagi siap usha baik je kat rumah kitorang.
tapi masa tu semua tengah cerita-cerita, bia jela pasal minah tu.
akak-akak yang bilik sebelah terus pegi balai polis Arau buat report, then polis pun sampai bilik kitorang, tengok-tengok ape yang patut, siap amik gambar.rasa macam tengah berlakon cerite detective canon.
detective conan tengah lukis susun atur rumah.
polis report. anggaran kerugian RM 3300 !!
yang ni tak tau pe motif pencuri tu tinggalkan slipe dia kat sini. kalau slipa die harge 3300 boleh la kitorang kire kontra !
' U amik laptop I, I amik slipa U'
yang baju stripe tu, baju kak ain yang tengah jemur kat ampaian. polis kate, pencuri amek baju tu, untuk hilangkan cap jari dia kat tombol pintu.
memang bertuah betul baju tu terpilih..
memang dah kene campak dustbin je baju tu !
perbincangan tak abis. orang takjoin dah sebab tak tau pape.
pengerusi kolej kata, maybe dia guna pukau. sebab 1 rumah tak seda pape.
pengerusi ngan roomate dia yang lain yang selalu tido lambat pun, memang tidur awal malam tu.
ampaian belakang rumah. kak ain berdiri sebelah baju die yang bertuah di pilih pencuri
bilik mengadap jalan. semua pagar tu memang senang-senang je boleh lompat.
kalau nak practise main lompat pagar buleh datang sini.
pasni pasang pagar elektrik. sentuh je dah kene karen. terpacak rambut. muke pun bertambah hitam manis.
benda nak jadi, kitorang pun tak expect boleh kene kat rumah kitorang. dia tak usik kitorang pun dah kire bersyukur.
kak nad kate : kalau dapat memang aku belasah !
kak ain kate : takpayah belasah ! bunuh terus!
8 comments:
i'm detective daniel...
u can contact me if u need my help...hehe
nisa hilang ape????
@ice latte
anum, barang orang xde yang hilang. kan die x sempat masuk bilik org..
msti trauma gile kan??? laki ke pmpuan pncuri 2??
@ice latte
laki. dorang kate. badan cam laki. x tau la kan.
mu tgl kt uma ?? uma sewa ? kate dok kolej ? mu nk tdo knci pintu dlu aw..kang pape jd kang..tetbe teringat kt teyha..
@cik peLangi
mu, org duk kolej la mu. tapi kolej orang tu macam rumah. org duk dalam umah. tapi umah tu dalam kolej. paham x..??
tau xpe. pas ari tu pun, trus org tringt kt tehaa..
hahaha ok mmg kelakar citer nihh, cm cm aksi adee, rugi tak ade time nih kalau tak boleh frame muka kuang kuangg hehehe
Post a Comment