Aug 5, 2011

dialog student nak balik kampung

kejadian masa koko. paling di benci kat sini. kesatria kembara !! kenapa kena amik koko..!!

ok takpe. tak payah jawab. sem ni last ada koko. sabaq satt ja lagi. :P

koko sepatutnya dari pukul 3 sampai 5..

pukul 3.30

cikgu : blablablablabla *ajar pasal orientaring jadah ape tah.* macam baca  berita. memang TAK bernanah telinga ni nak dengar 2 jam. memang langsung TAK bernanah oh !!

cikgu : ok la. take 5.

kami : cikgu, bagi la kami balik awal.. nak balik kampung. bas pukul 6.

cikgu : kamu balik mana ?

kami : balik penang cikgu.

cikgu : alah, penang.. tak sempat naik bas pukul 6, naik pukul 7. tak sempat jugak, naik pukul 8..
*cakap macam dia konduktor bas *

kami : tiket dah beli la cikgu.. ni pun banyak dah habis.
*cakap sambil senyum *

cikgu : kamu jangan nak bohong saya. saya tau la penang...
*sambil angkat kening *

kami : betol cikgu.. tak caya jom pi kangaq laaa ni jugak !! 
*sambil buat muka serius *


cikgu: *senyum-senyum senget tengah cari idea nak membidas*


kami : boleh la cikgu balik awal.. kami nak balik kampung ni. nak bukak puasa dengan family. kesian kat kami cikgu. ni first time nak balik bulan puasa.. *sambil buat muka sepuluh sen*


cikgu : kalau kamu balik sekarang pun, bukan sempat  bukak puasa kat penang.. *sambil senyum kemenangan * cis


kami : takpe la cikgu.. balik tengok muka mak depan pintu pun dah kenyang dah cikgu..  *sambil kepal penumbuk*


cikgu : kalau macam tu, baik kamu tengok je gambar !! 
*sambil bersorak dalam hati ! *


kami :  tak sama la cikgu !!! nak yang real !!!!
*sambil bangun tinggalkan cikgu !!! *


hahahaha
ni kisah benar, tapi telah ditokok tambah. harap maklum. :)



1 comment:

Azie Azman said...

hahaha..selalu memang macam ni pun..
kan?
azie pun tak suka dulu kena turun kawad petang2..huhu

/> />