Oct 29, 2011

buku rebutan zaman sekolah !

kemas-kemas almari lama. terjumpa benda-benda yang mencuit hati. *hiperbola
bila tengok baru rasa macam:

cepat betol ko membesar .rasa macam baru je masuk sekolah menengah.

mula la berangan mengimbas la konon-konon kenangan dulu-dulu.


buku nilam. buku kesayangan korang kan ? masa sekolah rendah dulu rajin la tulis dalam benda alah ni. masuk sekolah menengan dah malas macam hampeh sebab kena buat sinopsis !

punya pemalas nak baca, salin bulat-bulat ringkasan cerita kat belakang cover buku tu.
alaaah korang pun same kan ?



malas nak rotate. buku jenis ni famous masa sekolah dulu. sebab dia ringkas. dah siap short note bagai. dengan notes yang colourful.

mula-mula semangat paksa abah beli. dengan alasan:

senang nak baca tau bah ! betol !


bila dah lame beli, terperok kat almari, masa exam baru gelabah selongkar. bagi alasan :

hoi, gile pening ah buku ni, colour macam keling !


buku kesayangan. sebab paling nipis.
zaman jahiliah lagi ni, siap print nama tepek besar-besar kat buku.


yang ni paling menyiksa. masa sekolah rendah 100% belajar BM. bila naik form 1 , tetiba  

'anda akan mendarat ke London sebentar lagi'

masa zaman baru nak tukar BM ke BI, punya prihatin penerbit buku semua keluarkan buku edisi Bilingual.
terima kasih. jasa mu dihargai. walaupun sampai skang tak paham kenapa buku macam ni mahal giloo.


pihak sekolah dulu kemain WAJIBKAN beli buku tulis sampai 26 bijik untuk setahun ! time kasih la sebab prihatin nanti ujung tahun tak payah beratur lagi kat kedai buku nak beli buku tulis 6kupang. 
agak-agak jugak la perli kalau tulisan gedabak alam pun tak makan nye buku sampai puluh-puluh.

bila habis tahun, kene marah ngan abah sebab nampak sangat anak die pemalas sebab banyak buku kosong.
sampai sekarang tak puas hati sebab tak boleh bersuara :

salahkan sekolah sebab suruh beli buku bebanyak ! 
grrr




suci sangat buku karangan ni. 





sekali seumur hidup je dapat benda ni. simpan la jadual SPM anda. tapi yang ni adik punya. hee 





azab sem3. punya banyak subjek amik. siap note kat belah kanan tu nama lecturer. punyalah jahil dengan nama penuh lecturer.
sila lah ingat nama lecturer anda kalau nak dapat result elok.


tapi memang tak pelik kan kalau tak tau nama penuh lecturer, tak macam kat sekolah dulu hafal sebijik sebijan nama cikgu. 
bila masuk dewan exam, wajib sok sek sok sek . pandang kiri kanan semua tengah tanya orang depan nama lecturer.





selamat menghadapi debaran result exam kawan-kawan !

sekian !





Oct 25, 2011

Cuba Kimchi Uchiba Ramen !

time cuti-cuti ni naik taraf diri sendiri, jadi pengunjung setia pasaraya terdekat. dulu rajin pegi carefour. beli air cool blog yang boleh buat orang ketagih tu !

sebulan lebih cuti kalau asyik pegi careffour sampai dah boleh kira berapa luas carefour tu, sekarang dah beralih arah pergi jusco. sebab ada game.

ketagih pulak dengan game drum tu. 

makanan wajib pergi jusco tu, kfc, mcd, pizza. bosan kan ? semua tempat boleh dapat. punya la bertekad nak beralih arah, cuba benda baru.
lepas tawaf 10 kali , baru decide nak makan kat uchiba ramen. betul ke tah eje macam ni.


punya la tekun menelaah menu, tertarik dengan 1 menu ni.  KIMCHI !  peminat korea comfirm tau bila sebut kimchi..
 nampak sedap gila kan tengok Jun Pyo makan kimchi....



terus excited nak order kimchi. RM6 kalau termasuk 5% government tak & 10 %
 service charge RM6.35 !


ni rupa kimchi kat Uchiba Ramen tu...


sila tenung dalam-dalam.
Kimchi ni kobis campur dengan salad je pun. kuah tu yang unik.
siyes sedap. untuk orang yang suka pedas comfirm suka. pedas dia lain macam. bukan pedas cili padi mahupun cili kering.
siap boleh hirup kuah sebab terlampau sedap ! plus, tak nak bazirkan RM 6.35




air kat situ biasa je, ada soft drink, jus bagai.. tak nak pelik-pelik sangat order jela air limau ni. memang nampak biasa. tapi kalau buat sendiri tak dapat rasa dia macam air kat situ. 




jangan tanya ni apa. memang lupa nama dia ape. 

yang ni set ayam. banyak jugak pilihan kat situ, salmon , daging.  

hari tu pun pergi berdua dengan siti asma' punya gelojoh beli 2 set. tapi tak habis pun. sayang kan. banyak ok nasi dia. 

sayur & salad dia rasa macam biasa je. macam goreng orang kampung. tang ayam je rasa lain sikit. nasi pun ada tambahan biji-biji hitam tu dengan sayur ape tah warna hitam. yang sebunjut kat tengah tu jeruk asma' cakap. tak berminat pulak nak rasa .



hari-hari seterusnya pergi Uchiba Ramen tu bila kimchi sahaja. tapi kat situ panggil Kimuchi.
 kalau take away lagi banyak kuah dia !  lagi berbaloi take away la. 


sekian :) * tulis entry sambil kecur air liur.

Oct 23, 2011

Jom main Google Gravity !

hye semua ! selamat berjimba di hari ahad yang panas terik ni.
jom try tengok the coolest things ? seriously cool gila.



jom tengok ape jadi.....

1. pergi kat google. type google gravity ok ! pilih first result yang muncul.






google akan jadi berterabor & kucar kacir macam ni.


3. korang boleh main dengan setiap perkataan tu.  hebat tau ! boleh tarik & lompat jauh & melantun !




4. sekarang cuba type any keyword dekat google search.

contoh orang type : foods







see ??

hebat kan ?

try la sendiri kalau nak merasa kepuasaannya :)

Oct 22, 2011

T-Shirt Angry Bird RM10 !

bukan main angry birg ni famous amous sekarang ni.
sampai si budak ni pun sanggup tinggalkan semua benda semata-mata nak pegi pasar malam beli t-shirt angry bird ni.




i love red more . heeee.

jujur orang takde la duk minat sangat benda alah ni.. tapi smart la t-shirt dia !

yang ni saiz S, memang baju saiz laki.

S pun besooo.

boleh la datang pasar malam hari sabtu dekat taman minang, cheras. 

thank you :)

bila matinya seutas jam

akhirnya terpaksa jugak melepaskan 1 dari barang kesayangan. setelah lama bersama. macam cerita sadis sangat. bayangkanlah dari form 3 sampai sekarang umur dah cukup 19 tahun 5 bulan duk pakai jam ni. 
dah la memang 24 hours pakai.

 -mandi pakai.
 -tidur pakai.
 -langsung tak penah bukak. sampai berdaki kat tali  pun still pakai jugak. 
 -sampai tangan berkudis sebab tak tahan gatal pun still pakai.

siyes memang tak boleh hidup tanpa jam. kalau bangun tidur pun mesti tengok jam kat tangan dulu.
see ? betapa pentingnya jam burok tu.

tapi jam ni kira baik hati la jugak sebab dia dah bagi amaran keras sebelum rosak.
bila tekan lampu, nombor tak keluar. blank je.
kalau tak tekan lampu, ok orite je keluar nombor macam biasa.

tapi sekarang....

tengok lah. langsung hilang terus segala nombor..


tapi tak nak menatap kesedihan sangat, pakai jugak jam ni walaupun memang dah tak berfungsi langsung.
dalam seminggu jugak la pakai jam tak bernyawa ni..

sampaikan.......

kak, pukul berapa ?

dulu ; boleh la jawab dengan confident.
sekarang ; mampu hehe je.


bila duduk kemas-kemas almari jumpa pulak jam lama. dah lama simpan jam ni. kalau tak salah dari zaman spm.

hari ke-2 pakai, bangun dari tidur tu, dah takde kat tangan. malas nak cari. 

bila nak tidur balik malamnya, jumpa atas katil.

jadi macam ni:




nampak tak ? tali sebelah dah macam kena gigit tikus. 
patutlah tercabut dari tangan -.-

jangan salahkan tidur yang ganaaass.

tali jam dimamah usia . yes. 

hari-hari seterusnya hidup la tanpa jam.

tapi sampai sekarang still tak puas hati pasal jam casio tu warranty 10 tahun !

bila cakap kat abah, kena marah balik.

dah pakai 24 hours. bawak mandi. bawak tidur. duduk melekat kat tangan sampai 4 tahun mana nak tahan lama ?
ok fine.

bila suruh beli batery baru pun tak kasi.
alasan : harga batery sama harga dengan jam baru !

kesimpulan : tak payah berdebat dengan abah. comfirm kalah.




Oct 19, 2011

pengguna facebook yang perlu dielakkan !!

hari ni tak tahu kenape tetibe nak cakap pasal facebook. sebab banyak sangat  kes facebook semua bergaduh. macam klaka je kan ? disebabkan facebook yang tak bernyawa semua bergaduh sampai boleh buat sampai rumah tangga orang
porak -peranda.


kategori orang-orang kat bawah ni wajib dielakkan !


1. orang yang mengamalkan prinsip laptop mu, laptop ku jua.


biasa memang adat  lagi-lagi kat hostel tu bila kawan-kawan nak pinjam laptop. nak tengok movie sebab dalam laptop sendiri semua movie dah khatam. pinjam nak buat assignment sebab dalam laptop sendiri takde software yang sepatutnya ada. semua alasan boleh diterima. 




tapi bila,


minah ! nak guna laptop jap nak on9 facebook !


minah pun terpaksa la bagi ye dak ? tak kan nak kate
 'AH TAK BOLEH !SIBUK JELA KO NI ! '


tak penah lagi jumpa jawapan macam tu...


minah ni pun mula-mula ikhlas je bagi pinjam. tapi bila dah guna sampai berjam-jam sampai nak menunaikan hajat pun sanggup tahan, eh melampau betol ko ni !








2. terlampau obses update status


banyak orang banyak ragam. mesti ada dikalangan membe-membe kamcing korang yang boleh PARKINSON bila tak update status kat facebook. ade kan kan ??


semua benda yang jadi dalam hidup dia semua benda nak cerita kat facebook. memang takde orang nak heran ko nak luah perasaan kat facebook tu.


tapi bila update macam ni :


' ko ingat ko sape nak tengking-tegking aku depan orang ramai ? ko ingat aku ni takde maruah ke ? ko ingat aku tak tau malu ke bila ko kate aku ni pompuan sundal ? aku tau aku sundal, tapi tak perlu ko nak mengate aku depan orang ramai '


cuba kalau korang tengok orang update status macam ni... dia sendiri yang memalukan diri sendiri right ? 




kadang-kadang kalau dah tau bangun lambat nak pergi class pun, sanggup melambatkan lagi dengan alasan nanti tak boleh fokus kat class kalau tak update status.






3. orang yang pantang nampak laptop orang lain terbukak


 ha orang macam ni lagi la kene lari jauh-jauh dari dorang.. korang ade tak roommate yang takde laptop, bila korang bukak je laptop, mesti die akan muncul duduk bergesel-gesel sebelah korang.. 


yang korang ni pun biarkan jela kawan korang tu. tapi bila korang kalih je kepale dari skrin laptop nak bercakap dengan orang lain. terus kawan korang yang duk bergesel ni ;


eh nak guna jap !! *sambil tarik laptop korang 


sakit tak hati ? nampak tak betapa pekanya beliau ?


kalau macam ni sekali, silalah on9 dalam bilik dan kunci pintu.


4. orang yang rajin upload gambar & paksa korang comment @ like.


memang terlalu ramai orang yang gila kamera. ramai jugak yang rajin upload gambar kat facebook sampai beribu-riban. tak kurang jugak orang yang terlalu up-to-date yang wajib tukar DP hari-hari..
silalah puji mereka ni. anda sangat rajin. orang macam ni memang takde buat masalah. 


tapi yang jadi masalah bila diorang pakse korang like picture terbaru diorang. kira korang sebagai kawan terbaik dorang wajib like !


yang lagi boleh buat bahan ketawa bila upload gambar dengan caption ;


kite tau kite comel, jangan la puji. hikhik.


kalau gambar top-top hebat-hebat tak payah dipaksa memang suka rela akan like.
tapi kalau dah gambar sepesen je macam ni ;









takde motif kan ?




5. fake !
pernah tak bila korang terjumpa kawan baru kat facebook kat luar, bila nampak depan-depan.


eh dia ni kan yang nama puteri kayangan kat facebook tu kan ? 
amboi nama nak glamour.


bila tengok gambar ;
comelnya dia ni ! rasa nak cubit-cubit !


bila tengok the real person,
fake betul dia ni ! rasa nak cubit dengan jari kaki !


ye. memang ramai.  kalau boleh kat facebook tu nak upload gambar yang comel-comel je. yang senyum senget pun tak boleh. mesti perfect ! mesti ayu !




biasanya kalau nak pinjam laptop saje, ramai yang tak kisah. guna jela. tapi bila mintak pakej sekali dengan broadband ramai yang berkira. al maklum broadband tu ada limit. bila dah sampai limit tu yang connection makin slow. 
lagi-lagi orang yang kena bayar broadband sendiri, lagi lah terasa betapa berharganya broadband anda. kan nazatulfilzah ? heee


bersyukur la kalau kolej  sediakan wi-fi tu..


yang korang perlu elakkan kan ni pun nak mengelak kan daripada korang-korang termasuk la saye yang mereka cerita ni menambah dosa.
daripada duduk bersembang dengan kawan;


eeee tah ape-ape die tu bangga sangat dengan boyfriend dia yang tak handsome tu !


baik bersembang;


'eh tolong ingatkan orang prinsip accounting. tak boleh tidur selagi tak dapat jawapan ni'


ada jugak faedahnya..


hargailah sahabat-sahabat anda .  jangan buat diorang jadi daripada macam ni ;



pastu ;



kemudian; 


akhir sekali ;







sekian :)

Oct 15, 2011

ikan bilis yang mengiurkan .

sangat mengidam benda ni !! ikan bilis perah limau.. 
meleleh air liur sambil tulis nii.

credit to siti asma'. dia sifu saya. dia yang ajar saya masak-masak :)



rmakanan paling cepat & sedap ! kat hostel pun boleh buat. kitorang pun kalau nak berjimat sangat-sangat, makan je ikan bilis ni hari-hari..
memang TAK KAN muak !


kalau macam kami-kami yang terlampau saving ni, sebelum balik hostel, kerah umi goreng ikan bilis garing-garing banyak-banyak.
kalau terlampau saving, beli je terus cili padi, bawang besar, limau nipis dari rumah.
tapi agak-agak la nak bawak cili , bawang bagai dari kl sampai perlis.

beli jugak la 3 benda tu dekat arau. walaupun terpaksa berjalan kaki keluar, cari teksi. bayar tambang RM6.


= bawang besar =
= cili padi =
= limau kasturi-limau yang kecik =



dah turun teksi, cepat-cepat lari balik hostel. tak sabar sangat nak makan.

jerit-jerit dulu cari mana pisau.

dah jumpa pisau, potong segala benda tadi.

potong cili kecik-kecik
potong bawang nipis-nipis
potong limau 

gaul semua potong-potong tadi dengan ikan bilis. lagi banyak limau tu lagi sedap ! biarkan berkuah.
memang sedap sampai jilat mangkuk.

AMARAN : resepi ni  boleh membuat anda ketagih.

terima kasih.

Oct 8, 2011

saya superbibik !

cuti sem bermula. sebulan setengah ada masa nak kosongkan kepala otak. serabot dengan minggu exam. 


sekarang serabot nak mengemas rumah.


sampai je rumah hari tu. belum pape lagi. umi dah suruh mengemas.


hari pertama sem break :
lokasi : rumah


*kring-kring.


umi    : kak buat ape ?
orang : tak de ape pun tengok tb.
umi    : nanti tolong la kemas kemas rumah tu, masak nasi, bilik angoh, bilik umi tu kemas la, tengok bawah  saji tu ade ape, kemas sekali. acik abe tu balik sekolah bagi makan. kain dah jemur ke ?




sekali serangan bertubi-tubi daaa..


sebelum nak letak boleh pulak umi cakap


umi : ok la bibik ! uruskan ape yang patut ye bibik ! bye !
  
baik tuan @_@





Oct 5, 2011

selamat tinggal perlis !

just a short update !
sekarang saya kat rumah ! bubye perlis ! sangat la banyak dugaan nak sampai ke rumah.
punya la semangat pukul 12 abis exam. lari-lari balik bilik. terus kemas barang. nak amik bas seawal yang boleh. naik jugak bas pukul 2. bas pulak asyik duduk berenti sane sini. tak tau ape masalah. 8 jam baru sampai KL. pukul 10 malam baru sampai rumah. siyes tersangat penat..

nak layan movie ! bubye !
/> />