Jun 30, 2012

Minggu ke-3 di Uitm Arau, Perlis

Welcome back to Araustralia , Perthlis a.k.a Arau, Perlis !

First week class memang sangat seronok. Sehari ada 5 class, 4 class sekali batal ! Nampak tak ekspresi muka seronok sekarang ?


Class pagi muka fresh lagi. Sampai ke petang sememeh habis.


Serious duk gila sangat kat oren sekarang ni kenapa tah. 
Bukan skema pakai kad matrix, tapi karang kena tahan dengan guard, melayang RM50. 
Si kecik molek Aida Khalid.




Dengan berlatarbelakangkan pokok kelapa. Nampak tak betapa UITM Arau berciri ketimuran.



"Hoi cahaya matahari kat sini, cepat snap ! "

Esoknya hari Jumaat. Ada class 1 jam je, dengan alasan taknak membazir tudung, pakai tudung yang sama esok harinya.




Yang ni baru betul tema oren. Kontra sangat bentuk muka disitu.





Breakfast roti coklat. Semangat gila datang class pagi buta takut tak dapat tempat depan. 
Asma tak puas hati apsal muka dia kelabu. Cahaya matahari dapat kat Aida sorang je.




Peace ! Nama saya Nur Khairunnisa. Student Uitm Arau. part 5.  Diploma in Accountancy yang tak skema. Lecturer sem ni best sebab ramai lelaki. haha. 


Jun 29, 2012

Hiburan Untuk Student Perlis : Air Terjun Bukit Ayer

Minggu pertama di Arau, gembira banyak class batal. Kami pun amik kesempatan nak bermandi-manda. Tak penah berjalan sangat pun sebenarnya kat Arau ni.. Selama 2 tahun setengah duk Arau ni duk ulang alik C-Mart je. haha. sadis gila.  Ada kenderaan baru semangat sikit nak bergerak.

Location Air Terjun Bukit Ayer, Perlis !


Ni semua kawan-kawan kita bersama kawan kita punya kawan. Kami bergerak dengan motor. Pastu boleh pulak semangat nak pergi tapi tak tahu jalan. 

Singgah kedai beli roti tanya pakcik jual roti 
Pakcik tau tak Bukit Ayer kat mana ?
Tak tahu la dik, bukan semua orang kat Perlis ni orang Perlis.

Gila confident pakcik ni jawab.

Agak jauh jugak sebenarnya. Dekat 10km jugak dari Arau. Baru rasa besar jugak Perlis ni sebenarnya. haha.


Muka separa mandi.



Macam ni la rupa Air Terjunnya. Tak besar mana. Tapi ada  tingkat air terjun. Yang specialnya, siap ada macam swimming pool .




Ni dia so-so swimming poolnya. Budak kecik yang duk usha panas tu tetiba jadi instant adik angkat . Tak pasal-pasal kawan sorang ni, Nadia gi using budak ni kesana kemari.

Lama sangat berendam baru kitorang bergerak naik atas kat air tejun. tapi masa ni semua dah mengigil ketakutan. Tinggal la 2 orang watak utama je dalam gambar.



Eh menggigil kesejukan la. Yang lain semua dah pi tukar baju.

Batu-batu kat sini tah apa pesen memang tak licin langsung. Kitorang pun macam terpegun. Batu tanah liat kot...


Air terjun tak kuat mana. tapi bergegar jugak la sikit otak tu.
Sebelum pergi air terjun, banyak cakap. Balik air terjun jadi blur blur.



















Dah menggigil sakan bergerak la tukar baju. Tapi orang bajet kuat bajet tahan sejuk main tak tukar baju terus gerak balik.. atas motor berangin, reti pulak mengigil..



Bubye Air Terjun ! Taknak jumpa dah !




Peluang menang Galaxy Tab ! Here

Jun 13, 2012

Nuffnang Event : Charity Movie Screening !

Bertemu kita kembali setelah sekian lama menyepi. Sekali lagi event ke Genting tajaan Nuffnang and Genting with the bloggers !

Lepas aktiviti mencabar kat Genting dulu, kali ni Movie Charity Screening ! Apa kejadahnya Movie Charity Screening ni ? It was like charity dan meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan kami bloggers have to bring present RM20 at least for them.

Pagi-pagi buta dah kena ada dekat Wisma Genting. Keluar rumah pukul 6pagi dengan suasana gelap gulita jalan sunyi sepi lagi. Dah feeling macam budak sekolah.

Sampai Genting dah dekat pukul 10. Turun bas je tak sanggup nak jejak tanah. Bayangkan cuaca pagi dekat Genting. Sejuk tak terkata. Turun bas dengan muka mengharap lemak yang tak seberapa untuk panaskan badan, nasib dapat ihsan pocket warmer dari Nisa Kay.

Breakfast hot chocolate dari Starbucks dengan 2 ketul muffin.
Serious kita bukan penggemar Strabucks. Air sangat-sangat manis dengan muffin yang super manis. Sanggup sedekah breakfast tu kat orang lain , berlapar tunggu lunch dengan harapan dapat makanan sedap untuk lunch.


Muka-muka kecewa sebab dari dalam bas semua dah merengek lapar berharap dapat makan nasi .
Dari kiri : Ciklilyputih, Hanis dan adik, Kak Ruby dan tunangan, Mira Cikcit dan Ali , Nisa Fuzi.

Selesai makan-makan, semua dijemput ke panggung wayang. Watching Men In Black 3D !
Even orang tak ikut pun MIB 1 & MIB 2 tapi still boleh paham tengok cerita ni. 
Fakta : dah tengok 2 kali pun MIB ni !


Konon nak bergambar depan poster MIB, ada nampak ke ? haha



Spek 3D ! bagi si jakun macam kita memang gempak la tengok 3D . Tengok Nisa Kay tayang gigi.

Habis tengok wayang, masa yang dinanti, lunch time ! Laju je semua jalan. Memang dah tak pandang orang lain. Dah masing-masing kebuluran tak terkata.



Live Cook- Spagethi. Pemalu sangat chef ni, elok je dia masak siap lambung-lambung, tapi bila nak amik gambar, terus dia gabra semacam habis jatuh sayur-sayur dalam kuali. haha.



Memang mengancam. 


Mira Cikcit memang tak lepas pandang makanan. Menambah 2 kali Spagethi. Sebelah kanan tu kuah Spagethi.


Habis lunch, acara sebenar dimulakan. Sesi penyampaian hadiah, eh macam anugerah cemerlang pulak kan.

Selesai je, semua duduk dekat Kids Corner. Kemain la diorang panggil budak-budak ni bergambar. Riuh gila. Budak-budak ni buat tak reti dah semua sibuk nak bukak hadiah.


Last-last muka yang sama jugak dalam gambar.. 

Bila diumumkan bloggers pun dapat hadiah jugak, semua macam excited gila. terharu sangat. 

 Sijil & t-shirt Genting dalam goodie bag.






 Ramai rupanya budak-budak ni.. masa bergambar baru perasan. 

Selesai acara, kitorang pergi Theme Park ! Tiket All Park tapi masa yang ada 3 jam. Plus, school holidays dengan weekend, banyak masa beratur je..







Puas pusing-pusing, siapa punya cadangan tah suruh naik boat dekat Dinosour Land. Serious sejam beratur tapi tak berbaloi ! Memang sangat kanak-kanak.


Bot pulak 2 je, mana tak berjanggut ? 


Pemandangan dalam Donosourland. Trek dia sangat pendek, tapi sebab berhenti dalam pintu gerbang, dengar sikit pasal sejarah dinosour tu yang buat jadi lama. 



Next kitorang main buaian pusing ni. Masa kat bawah ceh kemain kau berlagak, cakap buaian ni macam bosan. sekali naik perghh berpeluh tak ingat. Tangan pegang besi buaian macam nak melekat terus.





Roller coaster yang dinanti ! Sedih tak sedih, tu la first time orang naik roller coaster. haha. Pengalaman betul. Dah la dengan batuk menggila lagi masa ni..


Thank you Nuffnang for this awesome trip ! 
Sekarang kat Arau tah bila boleh join lagi... 

Jun 5, 2012

Kenduri Kahwin yang takde pengantin

Last Sunday dipaksa paksa bangun pagi nak gi kenduri. Dah la tak tidur sangat malam sebelumnya, memang berpinar la mata bangun pagi..

3 jam bersiap. Nasib ada abah penyabar. Sorry la bah. Dah rezeki dapat anak perempuan bersiap macam pondan.

Ni baju yang ke-3 dicuba. Abah pun pelik, baju punya banyak takde baju nak pakai ???
slumber je jawab semua dah huduh. hahaha. 




Akhirnya, baju pilihan. 



Serious dipaksa mekap. Gila sadis. 







Nak mekap muka melepak macam pocong ni boleh tanya mek ngoh






Once again, my siblings. Kaki memekak. Dalam kereta semua duk menjerit tak tentu hala. 










Sampai je tempat kenduri jumpa dengan cousins, serious diorang memang pandai bergaya. Kita paling tinggi sebab kita budak U, haha. diorang sekolah lagi.


Lepas makan cover perut. Nanti kalau org kawin nak buat kenduri lauk ikan kering dengan budu je. 
Muak gila makan nasi minyak dengan ayam masak merah. 





Pelamin pengantin. Muka macam nak nangis apesal tah. Terharu sangat dapat duduk atas pelamin kot.




Ni bukan kasut hantaran. Ni kasut mek ngoh. Umi dah cakap kenduri dalam kampung. Dia degil jugak nak pakai kasut gilos tinggi kalah pengantin dengan tapak runcing.




Setiap tapak yang dia jalan meninggalkan lubang-lubang atas pasir..



Nampak ? hahaha. tu la mengada sangat. jalan pun kena berpaut kat orang..
Tapi memang suratan dah tertulis, akhirnya jatuh jugak macam durian busukk dekat tangga rumah. hahaha. Serius kesian gila. nak gelak pun kesiann.




Sebab tu entry ni kenduri kawin  takde pengantin. kitorang tak amik langsung gambar pengantin. haha.

Sekian :)
/> />