Jun 13, 2012

Nuffnang Event : Charity Movie Screening !

Bertemu kita kembali setelah sekian lama menyepi. Sekali lagi event ke Genting tajaan Nuffnang and Genting with the bloggers !

Lepas aktiviti mencabar kat Genting dulu, kali ni Movie Charity Screening ! Apa kejadahnya Movie Charity Screening ni ? It was like charity dan meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan kami bloggers have to bring present RM20 at least for them.

Pagi-pagi buta dah kena ada dekat Wisma Genting. Keluar rumah pukul 6pagi dengan suasana gelap gulita jalan sunyi sepi lagi. Dah feeling macam budak sekolah.

Sampai Genting dah dekat pukul 10. Turun bas je tak sanggup nak jejak tanah. Bayangkan cuaca pagi dekat Genting. Sejuk tak terkata. Turun bas dengan muka mengharap lemak yang tak seberapa untuk panaskan badan, nasib dapat ihsan pocket warmer dari Nisa Kay.

Breakfast hot chocolate dari Starbucks dengan 2 ketul muffin.
Serious kita bukan penggemar Strabucks. Air sangat-sangat manis dengan muffin yang super manis. Sanggup sedekah breakfast tu kat orang lain , berlapar tunggu lunch dengan harapan dapat makanan sedap untuk lunch.


Muka-muka kecewa sebab dari dalam bas semua dah merengek lapar berharap dapat makan nasi .
Dari kiri : Ciklilyputih, Hanis dan adik, Kak Ruby dan tunangan, Mira Cikcit dan Ali , Nisa Fuzi.

Selesai makan-makan, semua dijemput ke panggung wayang. Watching Men In Black 3D !
Even orang tak ikut pun MIB 1 & MIB 2 tapi still boleh paham tengok cerita ni. 
Fakta : dah tengok 2 kali pun MIB ni !


Konon nak bergambar depan poster MIB, ada nampak ke ? haha



Spek 3D ! bagi si jakun macam kita memang gempak la tengok 3D . Tengok Nisa Kay tayang gigi.

Habis tengok wayang, masa yang dinanti, lunch time ! Laju je semua jalan. Memang dah tak pandang orang lain. Dah masing-masing kebuluran tak terkata.



Live Cook- Spagethi. Pemalu sangat chef ni, elok je dia masak siap lambung-lambung, tapi bila nak amik gambar, terus dia gabra semacam habis jatuh sayur-sayur dalam kuali. haha.



Memang mengancam. 


Mira Cikcit memang tak lepas pandang makanan. Menambah 2 kali Spagethi. Sebelah kanan tu kuah Spagethi.


Habis lunch, acara sebenar dimulakan. Sesi penyampaian hadiah, eh macam anugerah cemerlang pulak kan.

Selesai je, semua duduk dekat Kids Corner. Kemain la diorang panggil budak-budak ni bergambar. Riuh gila. Budak-budak ni buat tak reti dah semua sibuk nak bukak hadiah.


Last-last muka yang sama jugak dalam gambar.. 

Bila diumumkan bloggers pun dapat hadiah jugak, semua macam excited gila. terharu sangat. 

 Sijil & t-shirt Genting dalam goodie bag.






 Ramai rupanya budak-budak ni.. masa bergambar baru perasan. 

Selesai acara, kitorang pergi Theme Park ! Tiket All Park tapi masa yang ada 3 jam. Plus, school holidays dengan weekend, banyak masa beratur je..







Puas pusing-pusing, siapa punya cadangan tah suruh naik boat dekat Dinosour Land. Serious sejam beratur tapi tak berbaloi ! Memang sangat kanak-kanak.


Bot pulak 2 je, mana tak berjanggut ? 


Pemandangan dalam Donosourland. Trek dia sangat pendek, tapi sebab berhenti dalam pintu gerbang, dengar sikit pasal sejarah dinosour tu yang buat jadi lama. 



Next kitorang main buaian pusing ni. Masa kat bawah ceh kemain kau berlagak, cakap buaian ni macam bosan. sekali naik perghh berpeluh tak ingat. Tangan pegang besi buaian macam nak melekat terus.





Roller coaster yang dinanti ! Sedih tak sedih, tu la first time orang naik roller coaster. haha. Pengalaman betul. Dah la dengan batuk menggila lagi masa ni..


Thank you Nuffnang for this awesome trip ! 
Sekarang kat Arau tah bila boleh join lagi... 

4 comments:

ReeneeRaaid said...

bestnye.. mcm mn korang dpt invitation ni ek?

Unknown said...

hebatnye bdk2 blog ni..

Nisa Fuzi said...

under nuffnang jugak. evengelist genting. :D

Unknown said...

uuiiihhh bestnyer... ;)

/> />