Nov 15, 2013

Teater Delivery Untuk Ana

Delivery untuk Ana was awesome ! Berbaloi tunggu show mula dengan keadaan dalam bilik tu yang sangat panas.

Summary cerita Delivery Untuk Ana mengikut kefahaman dan pemahaman aku lepas tengok kemarin, mengisahkan 7 orang gadis (yang super hot) baru berpindah rumah ke flat kos rendah.

Ooopsss i mean PANGSAPURI CASA IMPIAN !

Pangsapuri yang mereka duduk tu terletak di tingkat 5. Bad news? Tanpa lif. Tapi, sewa murah. Student kan, takkan nak guna duit ptptn bayar sewa banglo pulak. Baik buat joli.

Nak dijadikan cerita diorang bertujuh ni, bukan la best friend, instead diorang selalu bertekak. Kau tarik rambut aku, aku cocok lubang hidung kau. Dasyat sangat.

Gadis, salah seorang penghuni kat situ yg paling havoc. Kalau dia ada, mesti rumah jadi kacau bilau. Tambah lagi dengan suara halilintar dia, gadis sangat engkau tau !

Satu hari, rumah mereka didatangi dengan mamat mcd delivery. Delivery double cheese burger dan spicy chicken mcdeluxe. *meleleh*
Delivery tersebut di hantar ke alamat mereka. Yang menjadi persoalannya, delivery tersebut dihantar kepada Ana, Ana yang tidak wujud sama sekali.

Mereka percaya bahawa roh Ana yang memesan 2 set burger tersebut kerana dikhabarkan, Ana adalah penyewa sebelum mereka yg mati tergantung di dalam rumah tersebut dan mengidam mcd sebelum mati digantung. 

Persoalannya, benarkah roh Ana benar-benar wujud? Apakah yg dilakukan oleh 7 gadis penyewa rumah tersebut untuk menghalau roh Ana?

Kalau tanya aku, memang aku bagi 5 bintang ! Diorang terlalu sempoi terlalu natural. Tak ada langsung cacat cela.

Gadis- Perempuan lantang. Joyah. Ni feveret aku. Kaki tangan muka dia semua main peranan. Memek muka dia dibuat hodoh pun masih meletop! Setiap patah yang disebut, semua ada lenggok nada suara yg berbeza.

Mel- bestfrenggg gadis. Ini minah laser bai. Tak main perli belakang. Kasi straight to the point !

Kaira- gadis ayu yang sangat gorgeous. Muka lawa kena la pasang banyak spare ye dak? Dengan berbekalkan 5 boyfriend, kaira ni hidup dalam dunia dia. Bergayut tak kira masa. Tapi salah sorang active boyfriend dia ialah Johan.

Suraya- dengan tagline suraya yang paling cerdik seantero semua, suraya la yang hebat dengan pointer 3.98 dan suraya yg pandai juga la yang panggil bomoh dan hampir ditipu.

Bella- kaki mencucuk bintang. Bagi dia tiap malam ladies night. Ke kelab malam kononnya dengan Porche.

Nana - Nana yang cengeng. Selalu menjadi tuduhan housemate yang lain berkaitan delivery tersebut kerana namanya yg hampir dengan Ana. 

Puteri - Puteri yang sentiasa dengan zikrullahnya. Puteri yang selalu menenangkan keadaan dirumah ketika masing-masing bertekak.

Watak lelaki paling awesome, abang Fitri. Atau lebih glemer dipanggil Fifi. Fifi lelaki lembut dan ada boyfriengg uoolsss. Fifi badan lentik, dengan suara sangat auwwwww.

Johan - johan katang ! Johan sador! Johan team paranormal. Johan Jugak la pujaan Fifi !

Zarif - zarif aka anaruddin. Zarif yang menyimpan perasaan terhadap nana dan zarif lah pendengar setia nana. Tempat Nana curah perasaan setiap kali nana menghadapi krisis bersama housemate !

Abang mcd! - problems solver !

Segala permasalahan dan misteri yang dialami mereka diselesaikan dengan bantuan abang mcd.

Cerita diakhiri dengan pelukan sayang sesama mereka.

Aku tak anggap korang semua kawan aku.
Tapi aku anggap korang semua macam adik-adik aku

That was so sweet! 

Jalan cerita ni lebih kurang 2 jam, tapi tak terasa pun 2 jam, walaupun panjang, ada je adegan lucu yg berlaku sepanjang  mereka berkumpul dalam rumah tu. 

Paling awesome, semua pelakon, team produksi persembahkan tarian disko ! HAHA. too cute to tell here.

Tahniah semua team production. Ini teater pertama aku tengok sepanjang 10 minggu aku kat uitm shah alam ni. Korang buat aku jadi tak sabar nak tengok teater seterusnya !


Oct 24, 2013

Halloween Horror Spirits 2, Place where Ghosts will Catch You

Hye ! Last week I was invited to Genting for their new activitiy , HALLOWEEN HORROR SPIRITS!
Certain gambar dah diupload kat instagram. Well, instagram lagi laju dari blog. Tak boleh dinafikan. 

Then, ramai yang tanya 'Nisa buat apa kat Genting, bukan tutup ke?' dan soalan yang sewaktu dengannya.
Genting sekarang dibuka, waktu malam untuk event yang lagi menyeramkan untuk korang muda remaja yang sentiasa teruja nak cuba aktiviti baru. 



Apa yang best dengan event hantu-hantu ni?
Generally, ada 5 tempat berpuaka. 5 okay. Nak merentas 5 tempat ni memerlukan semangat yang berkobar.




Sebelum kami ditakuti, perut diisi dengan makanan mewah. Credits to Genting once again.

Then there we go !



1. HAUNTED PLAYGROUND 



Masuk je playground ni, suasana memang creepy. Dengan boneka hantu dimana-mana. Hantu yang pesen tak kacau orang ni takpe. 



This one, please avoid. She really enjoyed sergah orang.


Nampak dari jauh macam 'wow besarnya dia ni' Bila dah berdiri sebelah 'aku pun sama macam giant'


Anabelle. Yang ni aku paling tertarik. Sekali pandang nak pandang berkali-kali.




2. OLD SHANGHAI


Bangunan Old Shanghai paling awesome. Penyanyi dan penari zaman dulu kala yang sexy semua ada dalam bangunan ni. 

One of the 'statue' at Old Shanghai. He's alive actually.


3. PRISON FREAK


Prison Freak paling scary. Boleh  bayangkan prison dengan ramai manusia berbaju belang. Tapi jenis banduan gila dan meroyan dalam prison tu. Sekali lalu dia tengok kita, sekelip mata dia naik hantu , menjerit dan cuba nak tangkap korang yang lalu depan mata dia. Aku menjerit paling kuat masa ni. 

Bayangkan dalam prison yang banyak cell. Dalam setiap cell ada sorang banduan. Tengah syok pandang diorang yang terkurung tu, tiba-tiba pintu cell terbukak ! Banduan tu terus terpa kat korang ! 


4. KISAH RUMAH PUAKA


Kisah Rumah Puaka lebih kurang macam rumah hantu. Bezanya rumah ni terang. Bukan macam berjalan dalam 3D Maze tu. Yang ini terang-benderang korang namoak jelmaan yang menakutkan. Nak melintas depan diorang pun rasa nak terkencing. 


5. THE CITY OF WALKERS



This place paling awesome ! Ada kereta terbakar, kapal terbang terhempas, paling real dengan bau minyak tumpah & lampu emergency. 
Yang paling penting, this is ZOMBIES TERRITORY !
Zombi dimana-mana. Aku terhibur diorang tetiba naik stage, dengan gaya zombie, pastu menari gentleman ! Pengsan! 




Awat hang pandang-pandang aku? Aku maluuuu.



Details of the event:
Date: 24 - 27 October 2013
Time: 8pm - 12 am
Venue: Genting Outdoor Theme Park

Ticket Price RM45

For more information and booking ticket headed to 

WARNING: STRICLY FOR VISITORS AGED 13 YEARS OLD AND ABOVE


Book your ticket now and enjoy with the ghosts !

See you !

Oct 16, 2013

NUFFNANG FOOD FEST 2013

Tunjuk gigi sikit siapa yang join NNFoodFest ! Okay okay, aku memang lambat sikit bab mengupdate ni disebabkan aku duduk kolej dengan muatan yang sangat mampat, dan line sangat la kekuraan. 

Berbalik kepada Nuffnang Food Fest, ini event yang julung kali diadakan dan yang paling best terbuka untuk orang ramai. 


Muka di atas muka paling excited nak pergi. Sampai bersiap 2 jam awal. Makanan free memang takkan ditolak.

Basically Nuffnang Food Fest is about tweet and eat. Nak makan cuma perlu tweet. Yes bro, makanan dibayar hanya dengan 1 tweet. 



Terlalu banyak vendor yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan Nuffnang Food Fest ni dengan limpahan makanan ! 



partners
With all listed vendor above, can you imagine how many stalls is open that day?



Dalam 4.30 kitorang sampai, dah crowded macam ni ! 

First stall yang kitorang pergi, ice cream ! 

Ini aiskrim bukan sebarang aiskrim. Ini aiskrim NZN. New Zealand Natural. Hihi. Okay tak tipu, serious sedap, sampai tak pandang kiri kanan.


Lepas makan ala kadar, kitorang join game hula hoop ni ! Dengan muka tebal, dengan tak terror pun main sebenarnya slumbe je offer diri dengan Mira and Tika. Kitorang kena bergelek sambil pegang maggi kat tangan. Seriously macam mana nak gelek mana nak pegang maggi lagi? Kami bertiga sama-sama terror sebab sama-sama bertahan 2 saat je ! Kahkah. 

Orang ramai sekeliling tengok, kitorang slumber bergelak ketawa macam takde org perhati. Kitorang memang terbaik bab memalukan diri ! Kahkah



 We still managed to get goodies from Maggi !
Absolutely goodies for entertaining people not from winning.


This ! This is my favourite! Nandos. 
Kitorang datang berkali-kali kat sini nak redeem ayam Nandos.




Next, kitorang serbu Chatime ! 
Tika paling slumber, sampai 2 kali snap gambar dengan frame ni sebab nak redeem air 2 kali.

Picture taken from Facebook Nuffnang 


Sebelah malamnya, kami singgah photo booth, seringgit sekeping !







Sebagai penutupan majlis, 6 bloggers di jemput main masak-masak dengan Maggi! Chef yang conduct sangat klaka! 

Sementara tunggu diorang memasak, chef ajak kitorang berpoco-poco dengan langkah sumbang. Gelak memanjang je aku sepanjang memalukan diri depan orang ramai yang tengok masa tu. 


Sebelum bertolak balik, kami singgah stall Burger Lab ! Aku agak jakun la tengok burger dia yang colour pelikpelik tu.

Time turn kitorang, dapat burger yang colour hitam tu. Aku dengan mira macam, "erkkk" Tahu tak perasan tu macam mana? Aku tahu benda tu tak bawak mati, aku pun makan ! Tak rugi dan sedap ! Dalam burger tu siap ada jem hazelnut dengan blueberry !

Balik dengan hati double happy dapat free powerbank yang super duper slim ni !


Hari yang sangat happening, ditambah dengan kawan-kawan yang sangat sporting. Really made my day ! Looking forward for more food event. Hihi.
Till then, thank you ! *bow*


Goodbye from me and Maggi !


Sep 22, 2013

Sepetang Di Atas Rumput


Kembali kita bersua muka. Entry ni dah lama dalam draft. Kena publish jugak ! Berlaku sebelum kembali menjadi student, bekerja sebagai cashier di MPH. Tak lain tak bukan, tempat bertendang, Alamanda.

Mas bulan Ramadhan, biasanya 3 /4 orang staff akan pergi bazar belikan makanan untuk semua staff shift petang. Bazar yang paling best dekat Precint 2, dekat masjid besi. Dalam pukul 4.15pm gitu kitorang bergerak gi bazar. Dengan ketangkasan dan kecekapan membeli untuk 10 staff, dalam pukul 5.15 tu kitorang dah habis membeli. Disebabkan cuaca yang tak berapa panas petang tu dengan suasana yang agak menenangkan jiwa raga, terjadi la kisah di bawah.


Lokasi : Precint 2, Putrajaya



Sebenarnya aku tak tahu dress code staff kat situ macam mana. Tiap hari aku datang kerja pakai tudung kaler lain-lain. Staff ID tu wajib pakai sampai ke bazar aku bawak.


Yang berbaju kurung ni berpangkat sikit. Umur 21 dah ada kerja tetap dengan gaji tetap, mampu beli kereta sendiri. Ohh I wish I could live my life as you, Akma.

Subjek penting di atas, bakul MPH. kehulu kehilir la kami memborong dengan bakul. 



Lelaki yang boleh diharap mengusung segala bakul dan menjadi kegilaan gadis-gadis MPH. Haha




Si Ihsan ni memang boleh jadi model. Model bakul.















Aksi Akma goda Ihsan




Gambar terakhir mesti gambar yang paling over. 










Kahkah,mintak maaf awal-awal kepada pakwe (kalau dia mengaku) & kepada makwe Ihsan (kalau ada)

Sekarang dah mulakan hidup sebagai student balik, menghadap assignments, berjalan dari kolej ke faculty, dah tak boleh buat perangai masa kerja, balik keje terus tido.

Bebudak MPH yang lain pun semuanya dah sambung study merata alam. Semoga berjaya semuanya. Ada rezeki jumpa lagi kita.



Jul 24, 2013

Pengalaman 3 bulan bekerja di MPH Alamanda

Hello kepada aku dan blog yang sudah sekian lama terpisah. Alhamdulillah aku dah habis Diploma dengan tak berjaya sangat. CGPA atas pagar. Bersyukur apa yang ada. Banyak itu je yang aku usaha. Sementara nak menunggu sambung Degree aku kerja dalam Alamanda, satu-satunya shopping mall dalam Putrajaya. Lebih tepat lagi MPH Bookstore, Alamanda. 

Aku tak mintak pun nak kerja dengan Mph ni sebenarnya. 2 bulan lepas memang aku datang Alamanda dengan niat memang nak cari kerja. Naik je escalator dari car park, first shop yg aku nampak kat situ, MPH. Dengan gahnya. Tetiba aku teringat yang aku nak pergi cari kerja, tapi aku tak bawak pen. Sangat cerdik. Aku dengan Hanna, masa tu kitorang cari kerja berdua, kitorang pun masuk la MPH tu nak beli pen sebatang. Itu la niat asalnya. Tengah duduk pilih pen tu, tetiba aku terdengar ada minah ni tanya pasal ada tak kerja kosong dekat situ. Cashier kat situ replied apa tah, aku cuma dengar 'book fair'

Nak dijadikan cerita, kitorang pun isi la form mintak kerja, dan yang paling tak boleh blah, kena terus panggil interview. Dah la aku pakai habis rocknya masa tu. Tipu la tak segan. Tup Tup terus diterima bekerja. 

Last-last MPH itu jela satu-satunya kedai yang aku pergi untuk cari kerja. 

Aku memang suka kerja mengarut macam tu. Even aku belajar Accounting, aku tak terfikir nak kerja dalam office yang mendap, ada meja sendiri, formal attire, duduk dalam aircond. Mungkin lepas degree baru aku ada perasaan nak kerja tempat macam tu kot. 







Semangat MPH, hari cuti pun datang jenguk keadaan MPH. Ceh ceh.
Masa awal kerja pekerja lelaki ramai. Comey-comey pulak tu. (HAHA. K bye) 
Lepastu semua pakat keluar sambung study, last-last MPH tu jadi lautan perempuan. Ye. semua perempuan. 80% perempuan. Yang lelaki boleh dikira dengan sebelah tangan. Faham tak sebelah tangan tu macam mana?
Lelaki dari kiri, Baem, Farid, Sham. Yang ni geng paling tak boleh blah. Aku tak tahu apa masalah depa ni. Tak berinteraksi, tapi dengan pandang mata masing-masing pun boleh gelak besar.Sangat pelik.



Gambar di bawah, kejadian bila kedai lambat bukak, semua staff sampai depan kedai. Tercongok. kemudiannya, Eh jom amik gambar !


Gambar berlatar belakangkan Fitness Concept. abang-abang fitness concept semua pakai seluar 3 suku datang kerja, hensem hensem pulak tu hoi ! Aku selalu terserempak dengan abang Fitness Concept ni bila keluar dari toilet. Kenapakah ?


Barisan pekerja dari skala tak reti duduk diam dan skala paling terok ialah mulut murai. Takde yang pendiam kat sini. Yang paling muda 20, paling tak berapa muda 24. (Bukan aku!) Tampaq satgi sapa kata aku 24.



Pasukan perempuan kuat-kuat belaka. Slek la Kak Rozi ni pegi senyum ! Orang suruh buat muka ketat hang pi senyum pasaipa.




Masa ni Fazura datang. Dekat Watson. Event Lux. Kitorang ni mampu tengok dalam cermin kedai je, lambai-lambai ikut tingkap. Sob sob sungguh. 


Gambar wajib bila balik dari surau.


Dan juga tempat wajib. You know what I mean. haha. Farhana, future roomate kita nanti :) Memula aku kenal dia , waras la jugak. Makin lama makin pekak makin senget si Fana ni. Kesian aku tengok dia. haha





INI ! INI ! Geng rempitzzz aku ! Guna bahasa rempit bila mengeluarkan perkataan rempit. Sejak bulan puasa ni, memang aku gi keje lenjan motor abah je. Kalau masuk shift pagi, menangis jugak la nak sampai Alamanda, sejuk dia sampai menggeletar kaki, meremang segala bulu roma.




Bak kata Abang Sham, gadis-gadis vacuum. Ada event Michelin kat centre court, jawab a few questions bekaitan tayar ( kalau tak salah, sebab aku tak baca soalan, hafal jawapan je )


Ramai-ramai staff kat atas tu, ramai jugak yang dah berhenti. Aku pun bakal mengikut jejak langkah diorang keluar dari MPH. ( Hiperbola ) .

Maaf kepada mereka-mereka yang takde dalam entry ni, next entry pulak k ?

Hmmmm lepas tu kan, aku nak kata, korang memang best la ! Serious ! Aku memang tak tahan la kalau tengok gelagat korang dengan mulut laser korang, dengan benda-benda klaka yang jadi sepanjang aku berkerja. (Aku tak nangis pun k )




Sekian, entry khas untuk warga MPH Alamanda. Hikss. :)
/> />