Feb 13, 2013

I-CITY, SHAH ALAM


Bersambung kisah trip ke KL tu, sampai je kolej, mengemas bilik yang menyeramkan tu, malam tu terus bergerak ke I-City. Ni kali ke-2 Nisa sampai I-City ni, tapi kali ni lagi awesome sebab bergerak dengan rombongan 3 bas !


WARNING: ENTRY PENUH GAMBAR

Turun bas terus berlari kat gajah ni. HAHA






Semua admire gajah ni. 



Sampai je sini semua pakat berdating dengan boyfriend boyfriend yang setia menanti. Tinggal lah yang tak berteman ni meroyan bergambar sensorang. 

















Orang asal Kl semua datang pakai t-shirt je, dah muak datang I-City. 




Kita diapit oleh kembar ! Serious sampai sekarang tak tahu mana Ima mana Ila . Muka dah boleh cam la sikit-sikit. Kalau nak panggil je diorang ni, mesti amik masa yang lama, lama sebab tumggu diorang pandang, pastu baru bukak mulut. HAHA.



Ni musim sebelum CNY









Oh hey, baru sampai tempat berlampu. HAHA


Perut sama besar dengan snowman


HEHE. Comel je Ila (ke Ima?) pakai merah dah nak serupa dengan si gendut 2 ekor tu


Nak datang sini, datang la on weekdays. Macam ni la suasananya. Orang tak ramai. Nak berjalan pun tak selisih bahu ngan orang lain. Nak bergambar pun tak segan.

















Muka mintak penampar. 

















Serius panas kat sini, paas dari lampu tusemua. Jurugambar tak rasmi kita pun dah letih. 











Nak sama kan muka kita dengan kuda laut di darat ni !


Bajet bajet winter sonata



Dah berpeluh badan, terus bergerak ke bas. 

Last shoot

Bubye I-City !



Feb 3, 2013

TRIP TO KL- DAY 1

Minggu lepas minggu paling seronok seumur hidup ! HAHA. Dalam seminggu  ada 1 class je yang kena attend. Lepastu kitorang gi lawatan ! Lawatan ke KL. Tujuan utama lawatan ni ke MIA (Malaysian Institute of Accountant), Jabatan Audit dan Bank Negara. Jangan buat pelik, kami student akaun. Lawatan 3 hari 2 malam dengan rombongan 3 bas, attended by students part 6, DIA, Uitm Perlis. Rasanya dalam 105 students.

Dengan berjinjitkan beg kanan kiri, pukul 7.30 berkumpul dekat stesen bas. Pelik sangat rasa pagi tu sebab bangun awal, tanpa datang class. Semua pakat bangun awal nak packing barang mana yang tinggal. Disebabkan kat kolej (asrama) pun bilik dekat-dekat, pagi pagi dah meriah dengan suara mengilai sana sini. Lepas kami tinggalkan kolej, terus sunyi aras 4, dahlia 1 ni sebab memang majority student akaun yang menghuni aras tu. 




Agak lama jugak la nak tunggu bas bertolak. masing-masing tunggu makanan untuk breakfast. Serius kebuluq gila masa ni. Sehari sebelum bertolak duk makan ngarut-ngarut je.



With Supergirl AidaKhalid. Kita pakai Biru Kuning bawak semangat Perlis datang KL. 















Err kita saja letak gambar ni, kita tertarik dengan gaya Seth. Haha
Dia nak libas siapa ?









Sebelum ni batch kitorang ni biasa pergi kem kat Gua kerbau je. Bawak beg yang sama cuma tak payah pakai baju dan topi kesatria ! Ini jelah satu-satunya lawatan keluar dari Perlis Indera Kayangan 

*Asma cakap Perlis di Bawah Bayu* HAHA


Ni special bawak mai dari Kodiang. HAHA


Naik je bas, dapat mihun goreng dengan kuih, tak pandang kiri kanan dah terus makan. Sekelip mata lesap mihun depan mata. 
Yang ikut lawatan ni pun Majority memang asal KL, excited nak melawat tu kurang la kalau nak dibandingkan dengan lawatan zaman tadika pergi ZOO dulu.

Bertolak jam 9pagi sampai Uitm Shah Alam dalam 5 petang. Everything was okay sampailah timbul isu tempat tinggal. Kira tempat tinggal untuk kitorang tak disediakan. 
Dapat la bilik lain yang baru ditinggalkan student degree. Mengucap panjang kitorang bila sampai je dalam bilik tuu. Tak tau nak cerita macam mana teruknya bilik tuu. Ohh we stayed at Kolej Jati, Uitm Shah Alam. 














Dalam gambar tak nampak teruk sangat kot. Rupa macam apartment dengan 2 bilik, 1 bilik air, 1 mini kitchen. Masuk je rumah ni, dengan gaya macam baru pindah rumah terus kami menyapu, susun atur balik barang semua bagi lapang. Takde sape berani nak pi tido dalam bilik tu, jadinya 6 orang, beralaskan 3 tilam semua tido dekat ruang tamu ni. Sweetkan tido macam tu. :P


Malas nak sebut, tapi geram nak sebut jugak. Kes sampah bersepah, boxer sana sini, semua boleh terima lagi. Tapi tang BULU bersepah , kita jadi panas tau tak ! Langsung tak boleh diterima. Bukak je loker, bersepah bulu, melekat dekat cermin loker, dalam drawer. Kalau ye pun busy takkan sampai shave janggut misai dekat loker ? Oh my, serious jijik. Ada jugak manusia macam ni.

Selesai urusan pindah rumah mengemas , program masih mengikut tentatif awal.

Untuk malam pertama ni, nak hilngkan geram dihati, we went to I-City ! Okay tak gempak sangat.





To be continued.... Stay tune !



Feb 2, 2013

Girl's Day Out - Taman Tasik Darulaman, Jitra

To be honest, lebih kurang 3 tahun Nisa study dekat Arau ni, Nisa tak teroka sangat tempat orang. Setakat ulang alik beli barang ada la. Serius. Sekali hari tu je datang mandi manda kat Bukit Ayer. Masa dah Part 6 ni baru rasa nak berjalan ikut kengkawan sampai ke TASIK DARUL AMAN, JITRA. Itu jelah paling jauh dari Arau yang pernah sampai. haha.


Bergerak ke Jitra berlima, 3 penumpang di belakang dengan semangat memebara nak jugak bergambar walaupun dalam kereta tengah bergerak laju.




Sampai Tasik ! Nak masuk parking dah kena caj RM1 kalau tak silap. Caj per entry bukan per hour ! 
Sampai dalam pukul 4 petang , serius silau sangat masa ni. Yang betul-betul nak beriadah tu datang la masa hari redup. Kesian dekat anak-anak, tempat redup pun tak banyak sangat. 

So, apa yang menarik dekat Tasik Darulaman ni? Taman yang mempunyai tasik dan dikelilingi dengan laluan pejalan kaki sesuai untuk berlari berkejaran.
Selain tu, antara tarikan lain ialah aktiviti Berkayak, Paddle Boat, Buggy Ride, Pony Ride dan Futsal Padang 











Dibelakang tu, semua adalah Paddle Boat ! Boleh la korang mengayuh sekitar tasik ni sepuas hati.

Harga untuk Boat servis dan Buggy Riding di Tasik DarulAman ni :

AHAD-KHAMIS
Operating Hours :  8:00 am  to 12:00 pm
                                 4:00 pm to  8:00 pm
Boat Ticket :   Adult-RM3.00/Child -RM2.00
Buggy Ride :   RM 12.00 
Futsal Field :  RM10.00/hour
Fishing :          RM10.00 (4- hour)  RM5.00 (2- hour)



JUMAAT, SABTU & PUBLIC HOLIDAY


Boat Ticket : Adults-RM 4.00/Child-RM 3.00
Buggy Ride :  RM 15.00


Kedah cuti Jumaat & Sabtu. Jangan tengok pelik sangat kenapa jumaat harga lain.





Disebabkan kami datang nak melawat je, bukan berjoging mahupun cuba Buggy Ride, jadinya kami pusing tasik pun tak habis. 
Suasana dekat sini memang sejuk mata memandang. Kehijauan yang memukau.













 Kerutan melambangkan kesilauan mata.









Gambar semua diambil dengan camera handphone Samsung Galaxy Note II Syuhadah Hamizi dan tak diedit sikit pun. Semua kebiruan dan kehijaun dalam gambar adalah asli.




Sempat lagi meroyan . 

Sekian, dan jemput lah singgah Taman Tasik Darulaman !


/> />