Feb 2, 2013

Girl's Day Out - Taman Tasik Darulaman, Jitra

To be honest, lebih kurang 3 tahun Nisa study dekat Arau ni, Nisa tak teroka sangat tempat orang. Setakat ulang alik beli barang ada la. Serius. Sekali hari tu je datang mandi manda kat Bukit Ayer. Masa dah Part 6 ni baru rasa nak berjalan ikut kengkawan sampai ke TASIK DARUL AMAN, JITRA. Itu jelah paling jauh dari Arau yang pernah sampai. haha.


Bergerak ke Jitra berlima, 3 penumpang di belakang dengan semangat memebara nak jugak bergambar walaupun dalam kereta tengah bergerak laju.




Sampai Tasik ! Nak masuk parking dah kena caj RM1 kalau tak silap. Caj per entry bukan per hour ! 
Sampai dalam pukul 4 petang , serius silau sangat masa ni. Yang betul-betul nak beriadah tu datang la masa hari redup. Kesian dekat anak-anak, tempat redup pun tak banyak sangat. 

So, apa yang menarik dekat Tasik Darulaman ni? Taman yang mempunyai tasik dan dikelilingi dengan laluan pejalan kaki sesuai untuk berlari berkejaran.
Selain tu, antara tarikan lain ialah aktiviti Berkayak, Paddle Boat, Buggy Ride, Pony Ride dan Futsal Padang 











Dibelakang tu, semua adalah Paddle Boat ! Boleh la korang mengayuh sekitar tasik ni sepuas hati.

Harga untuk Boat servis dan Buggy Riding di Tasik DarulAman ni :

AHAD-KHAMIS
Operating Hours :  8:00 am  to 12:00 pm
                                 4:00 pm to  8:00 pm
Boat Ticket :   Adult-RM3.00/Child -RM2.00
Buggy Ride :   RM 12.00 
Futsal Field :  RM10.00/hour
Fishing :          RM10.00 (4- hour)  RM5.00 (2- hour)



JUMAAT, SABTU & PUBLIC HOLIDAY


Boat Ticket : Adults-RM 4.00/Child-RM 3.00
Buggy Ride :  RM 15.00


Kedah cuti Jumaat & Sabtu. Jangan tengok pelik sangat kenapa jumaat harga lain.





Disebabkan kami datang nak melawat je, bukan berjoging mahupun cuba Buggy Ride, jadinya kami pusing tasik pun tak habis. 
Suasana dekat sini memang sejuk mata memandang. Kehijauan yang memukau.













 Kerutan melambangkan kesilauan mata.









Gambar semua diambil dengan camera handphone Samsung Galaxy Note II Syuhadah Hamizi dan tak diedit sikit pun. Semua kebiruan dan kehijaun dalam gambar adalah asli.




Sempat lagi meroyan . 

Sekian, dan jemput lah singgah Taman Tasik Darulaman !


No comments:

/> />