Assalamualaikum and Hye ! Terima
kasih untuk yang sudi menyinggah.
Nisa percaya yang datang singgah
ni ada 2 group sahaja. First, orang yang pernah rapat dengan Nisa. Second, yang
masih ada dengan Nisa sampai hari ni. Tapi tak kisah la korang dari group yang
mana, Nisa menulis ni pun mungkin akan ada kena mengena dengan korang.
Yang seangkatan dengan Nisa tu,
macam tak percaya kan dah setahun kita dah habis belajar? Nisa rasa macam baru
sangat duduk dalam dewan exam. Jawab exam macam nak pecah kepala otak dan
kepala lutut. Sekarang ni dah mula rasa seronok tengok kawan-kawan yang dah
mula menapak bina hidup lepas habis belajar.
Ada lagi ke antara korang yang
tak dapat kerja lagi? Atau ada yang dah bekerja tapi masih setia menanti
panggilan kerja dari company lain?
Dalam masa setahun lepas habis
belajar ni sejujurnya Nisa dah tukar tempat kerja 3 kali. Tempat yang ke-4 ni baru Nisa stay lama. Sebenarnya Nisa sendiri macam tak percaya Nisa boleh stay selama ni dalam satu company. Yang kenal rapat
dengan Nisa memang akan tahu cita-cita Nisa yang sebenarnya. Tak kira la expert
bab jadi accountant sekali pun, Nisa masih mengejar cita-cita nak jadi suri rumah.
Work from home mom.
Disebabkan kita masih bujang,
jadinya kita masih bekerja jadi account analyst + accountant.
Nisa masih usaha nak stabilkan kewangan lepas khawin seriously nak focus business duduk rumah sahaja. Uruskan suami dengan anak-anak. Okay ni future plan tau. Bayang-bayang suami masih samar sebenarnya.
Dalam tempoh setahun lepas grad ni, Nisa pernah menyewa rumah, sebab
office jauh dari rumah. Sejam perjalanan ditambah dengan tol yang mahal. Sehala
RM 5. Kau rasa? No point kerja masa tu. Duit gaji Nisa masa tu habis untuk
bayar sewa rumah dengan tol je. Masa ni memang rasa sunyi yang amat. Mana tak
nya, kita ni dah la dari zaman sekolah jauh dari parents. Sekali dah start
zaman berkerja pun duduk jauh lagi dari parents. Totally lifeless
Tapi itu la orang cakap, kalau dah
rezeki tak ke mana kan. Allah dengar doa Nisa. Dia tahu macam mana susah sangat
hidup Nisa masa tu. Officemata jenis suka mengumpat. Nisa seboleh-bolehnya nak jauhkan diri dari manusia macam ni. Last-last, Nisa hantar surat resign kat company tu, Esoknya terus diterima masuk
company baru. Syukur sangat.
Office baru ni jarak 10 min dari rumah. Tak lalu jammed. Tak lalu tol. Tak perlu
sewa rumah. Nisa dapat duduk rumah dengan abah umi. Alhamdulillah. Finally,
lepas 9 tahun dapat jugak Nisa betul-betul jadi penghuni tetap rumah abah umi.
KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH
Bila dah duduk dengan parents
ni kan, sebenarnya Nisa dah mula perasan yang Nisa sangat tak berjasa untuk
diorang sepanjang Nisa jauh dari rumah (Sebab belajar jauh)
Nisa tak pernah ada kesempatan
nak hulur duit kat diorang. Walaupun untuk seguni beras.
Nisa tak pernah ada peluang nak tolong
umi settlekan kerja rumah atau tolong urut dia masa dia tak sedap badan,
Nisa tak pernah ada peluang nak
tolong abah settlekan roadtax kereta-kereta / bayar bil-bil rumah
Nisa tak pernah hulur duit untuk
adik-adik
JANGAN TUNGGU GAJI BESAR
Rezeki Nisa lagi sekali, habis exam last paper tu esoknya Nisa dah mula kerja. Nisa tak sempat nak rasa perasaan menanam anggur.
Kalau nak diikutkan gaji fresh
grad ni berapa la sangat kan. Kadang-kadang Nisa rasa seciput. Kadang-kadang
rasa okay dari orang lain. Tapi mostly Nisa banyak lupa sebenarnya. Nisa lupa
nak bersyukur. Kalau risik-risik kawan lain yang seangkatan, gaji diorang lagi
sikit. Kadang-kadang rasa macam tak logic untuk company bayar seciput tu. Tapi
takpe, Nisa Cuma nak tekankan apa yang Nisa buat dengan gaji yang tak seberapa
tapi sentiasa cukup setiap bulan
Ni apa yang Nisa buat.
Korang boleh start memberi.
Utamakan parents. Jangan duduk kalut nak menderma kat masjid sebab pahala
berterusan selagi orang menggunakan. Yes memang tak dapat nafi yang tu. Tapi apa pun pokok pangkalnya utamakan parents.
Nisa sendiri pun sebenarnya tak
pernah pun bagi duit directly dekat umi abah.
‘Abah ni duit belanja abah bulan
ni. Umi ni belanja umi bulan ni’
Nisa tak pernah ada kesempatan nak
buat ucapan macam ni.
Yang Nisa boleh buat macam ni :
Bila pergi pasar tu, hulurkan la
duit buat bayar segala barang basah. Macam family Nisa, kitorang memang akan
pergi pasar borong sebulan 2 kali. Dalam sekali tu Nisa usahakan untuk
keluarkan duit. Bayarkan makanan yang akan jadi darah daging 1 family kita. Kadang-kadang sampai bergaduh
dengan abah sebab berebut bayar. Sebab abah seboleh-bolehnya tak nak langsung
guna duit Nisa. Dia tahu Nisa banyak tanggungan. Tanggungan apa nanti Nisa cerita.
Untuk umi pulak, Nisa dah suruh
dia berhenti kerja. Dia bukak dobi dulu. Selalu balik lambat. Lepastu sakit-sakit kena buatan orang. Nisa mintak dia berhenti kerja. Duduk
rumah sahaja.
Masa ni dia masih ada tanggungan 1 personal loan. Disebabkan Nisa yang
mintak dia berhenti, jadinya loan tu secara tak langsungnya dah jadi bawah
tanggungan Nisa. Nisa boleh kata amount dia agak besar. 1/3 dari gaji Nisa.
Nisa pejamkan mata je bayar
banyak tu dekat bank setiap bulan. Orang lain dah boleh bayar duit kereta
dengan duit gaji masing-masing. Tapi Nisa sampai hari ni tak beli kereta pun
lagi. Salah 1 sebab abah jugak. Abah pujuk Nisa baik punya suruh tahan diri beli kereta.
'Akak nak beli kereta ke? Pakai je la dulu apa yang ada tu. Tolong abah beli rumah'
Sampai sekarang Nisa ingat macam mana rupa abah. Lembut sangat abah cakap. Dia tahu kita ni degil. Kalau dah kita kata nak, memang tak boleh nak tunggu dah. Masa tu jugak nak nya !
Nisa terima cadangan abah. Nisa pakai je kereta apa yang ada kat rumah ni. Banyak yang tak berjalan. Sebab abah gi kerja naik moto. Umi pulak nak guna kereta gi mana dia dah tak kerja kan.
Yang ni sejujurnya Nisa tak menyesal. Nisa tak menyesal ikut cakap abah. Sebab dengan duit nak bayar kereta bulan-bulan yang tak jadi tu. Nisa boleh buat saving. Alhamdulillah tak pernah gagal lagi saving setiap bulan
Rasa dah banyak melalut pulak. Okay point Nisa kat sini jangan la
berkira. Jangan mintak duit parents. Memang kadang-kadang kita rasa gaji bulan
tu sikit sebab nak bayar macam-macam. Tapi jangan sekali pun pernah cut off duit
untuk parents setiap bulan. Nisa pun pernah fikir taknak la tolong umi bulan ni, macam tak cukup je duit. Tapi alhamdulillah allah tak mungkir janji. Dia tolong Nisa survive tanpa meminjam dari siapa pun
SIBUK UTAMAKAN ORANG LAIN
Yang betul kenal Nisa akan tahu betapa Nisa ni 'family person'. Nisa tak pernah kisah kebajikan diri sendiri. Nisa lebih pentingkan family Nisa. settle bab diorang, baru Nisa fikir untuk diri sendiri.
Nisa pernah 1 masa tu, gaji dah
masuk. Tapi Nisa tak sempat nak withdraw duit untuk belanja bulan tu sebab dah
habis bayar itu ini guna online banking. Bayangkan lah. Bayangkan Nisa tak sempat
nak pegang pun duit gaji nisa bulan tu. Jangan cerita sedih dia macam mana.
Jangan tanya macam mana Nisa duduk pusing kepala fikir nak isi minyak kereta
bulan tu.
Rezeki Allah tu luas. Nisa tengah
sesak macam tu, Allah datangkan customer yang mudah-mudah. But still Nisa tak
boleh nak isi minyak jugak sebab degil. Duit business takkan ku usik. At the
end, kita naik kereta abah atau umi yang mana ada minyak. Hehehehe
Makin hari Nisa rasa makin
complicated hidup Nisa sebab tanggung orang. Tiba-tiba dalam 1 masa, Allah
hantar kat Nisa orang yang lagi susah dari Nisa. Datang nak pinjam duit. Selang
sehari akan ada. Sakit hati tu mashaAllah Nisa tak dapat nak tipu memang ada. Tapi bila berlapang dada, Nisa memang nak tolong jugak macam mana-mana pun. Lagi sedih kalau tak
dapat tolong sebab kita tahu Allah yang hantar dia untuk kita. Masa tu Nisa usaha jugak cari duit celah bedah nak tolong orang yang datang meminta
tolong ni.
LEPAS SETAHUN
Agak lama jugak Nisa rasa tempoh
setahun ni. Tapi Nisa rasa sangat berbaloi Nisa bersusah macam nak gila sorang-sorang
dulu. Untuk pengetahuan korang, Nisa anak sulung. Perempuan pulak tu. Tiap kali
Nisa rasa Nisa perlukan someone untuk bercerita, Nisa memang takde tempat
sebenarnya. Yang happy-happy boleh cerita dengan kawan baik Nisa sorang ni. Si syida ni lah yang setia ada dengan Nisa dari zaman
belajar sampai hari ni. Harapnya dia tak baca la.
2 orang ni yang setia ada dengan Nisa 3 tahun |
Yang bab menangis terduduk tu,
Allah je tahu. Kalau korang nak tahu lagi, dulu Nisa tak keluarkan langsung
duit untuk lunch kat office. Hari – hari Nisa bawak bekal.
Ujian orang lain-lain kan. Apa
pun yang datang jangan pernah anggap tu semua beban. Nisa pun tak berani nak
sebut perkataan beban tu.
Ada 1 masa yang Nisa buat rasa sebak sangat, bila umi
cakap,
"Umi dengan abah dah puas hati apa yang akak dah buat. Umi tahu akak ni
memang kedekut. Tapi untuk diri sendiri je. Kalau orang lain mintak akak tak
pernah cakap tak boleh"
Jangan cerita sebak dia macam
mana.
Sebab kata-kata tu jugak Nisa baru sedar diri sendiri macam mana. Baru perasan yang Nisa dah lama tak berbelanja untuk diri sendiri. Nisa dah tak ingat bila last Nisa shopping. Nisa dah tak boleh nak kira berapa bulan dah Nisa hold nak beli Purse baru yang harga RM 40 aje. Kedekut sampai tahap tu untuk diri sendiri. Nisa dah tak ingat bila last Nisa keluar dengan kawan-kawan.
Dengan gaji 4 angka tu, Nisa
berani kata jumlah yang Nisa guna untuk diri sendiri tak sampai RM200 pun tiap
bulan. Termasuk duit minyak tau ni. Bayangkan betapa sebenarnya Nisa takde gaji
pun.
Tapi Nisa boleh saving lebih dari
RM500. Ni exception. Saving tu wajib.
Nisa boleh cakap, Nisa banyak
hilang kawan. Sebab Nisa anti social sangat. Nisa tak sempat nak bergaul dengan
orang. Apa lagi nak tanya khabar sorang-sorang. Nak sampaikan salam rindu dekat
kawan-kawan pun Nisa tak tahu tahun bila nisa boleh buat semua tu. Tapi selagi
kita tak bermusuh, jangan lupakan nisa sebagai orang yang pernah berkawan
dengan korang.
InshaAllah Nisa pun tak pernah
lupa jugak orang yang pernah berkawan dengan Nisa, Apa lagi orang yang banyak ceriakan hari-hari Nisa. Yang selalu
dapat detect bila Nisa ada masalah atau sedih tu, Nisa hargai sangat. Thank you
sebab pernah tenangkan Nisa walaupun Nisa berat mulut nak bercerita. Walaupun
sampai hari ni, korang tak tahu apa benda yang buat Nisa menangis macam nak
gila dulu, korang masih setia ada dengan Nisa. Nisa hargai sangat. Terima kasih untuk dunia dan akhirat
Lepas setahun, Nisa dah rasa
boleh bernafas lega sikit sekarang. Alhamdulillah gaji dah lebih apa yang Nisa
expect. Business inshaAllah makin stable, berkat doa umi abah jugak.
Nisa rasa Nisa dah lepas fasa ‘JATUH
TERDUDUK’ tapi nisa tengah lalu fasa ‘KEBANGKITAN’
Doakan yang baik-baik. Kalau rasa
nak merapu jangan bukak mulut. Nisa pun
banyak lagi kekurangan. Masih mencari jalan nak perbaiki diri. Tapi
alhamdulillah Allah mudahkan tempoh setahun perjalanan yang sangat susah untuk
diri selemah ni.
Sebenarnya baru perasan, yang kita ni tak lemah mana. Kita cuma tak tahu kita ni kuat sebab ujian tak datang lagi.
Sekarang ni, Nisa dah boleh senyum sikit. Banyak benda yang Nisa dah boleh beli untuk abah umi. Akak dah berjaya pencenkan umi. Abah je kena tunggu lagi setahun. Hihi. Akak dah lupa akak punya susah dulu macam mana. Sebab akak tahu umi abah lagi susah nak besarkan kitorang dulu.
MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Sekarang Nisa dah boleh cakap ngan
umi abah.
‘akak nak gi jalan-jalan (Vacation) dengan kawan tau minggu ni. Bagi
akak peluang nak guna duit untuk diri sendiri pulak’
Umi abah senyum je.
Cukup lah tu. Nisa dah puas hati.
Alhamdulillah untuk setahun yang mencabar diri ini.
Kalau nak cakap partner business Nisa, Nisa memang cakap abah la orangnnya.
Tiap kali dia dapat hasil getah, si akauntan Ni yang akan manage duit dia. Kita pi labur beli lembu pulak. Lembu pun dah ada yang nak beranak tak lama lagi. Boleh buat korban ke idok nanti kita tengok dulu ye.
Banyak lagi benda akak nak buat untuk abah umi. Kasi akak setahun lagi nak cari duit, nanti kita buat umrah tajaan sendirian berhad dari duit titik peluh akak.
InshaAllah !
Ya Allah, mudahkan urusan Nur Khairunnisa sepanjang tahun. Walaupun dia kadang-kadang malas, tapi impian dia sangat besar.
Terima kasih untuk doa yang dah termakbul.
Asyik bergambar kat pelamin orang, bila anak umi nak naik pelamin pulak ni? |
Terima kasih semua yang pernah datang atau yang pernah pergi sepanjang nisa hidup 25 tahun ni. Nisa hargai setiap sorang dari korang.
Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment