Jan 19, 2013

Sisters and Mom

Sempena hari Sabtu yang redup ni, rindu bertandang kat adik-adik kita. Memang adik kita semua nakal. Semua menyakitkan hati. Semua cakap kasar. Semua nak menang ! But yeah still takde diorang sunyi la rumah. 

Ni aktiviti cuti sem lepas, keluar beli barang, dekat Alamanda je tapi sebab bila cukup korum, korum belah perempuan laa, abah tak ikut, still havoc ! 

Bergerak berempat, dengan Acik, Mek ngoh dengan umi. Sampai Alamanda terus berpecah. Umi nak melayan kerenah Acik dekat kedai stationery. Angoh melayan kerenah kakak kat Focus Point dengan masalah rabun.


Ehem, dirasmikan dengan muka tak semenggah kakak dia dulu

Umi jarang senyum macam tuu. Mesti mata dia tertutup dengan pipi cam nak meletup.


Niat sebenarnya kita nak beli barang bawak balik Arau je. Tapi bila semua dah ada, banyak la benda mengarut yang dibeli. The best part is when , Masing-masing pau mengepau. Umi dengan acik rilek je, akak dengan angoh yang berdebat hebat masa pembayaran. Diorang ni pandai tau nak pau kami masa gaji yang seciput tu masuk.


Angoh:   Sapa nak bayar shampoo acik ni ?
Me:       Sapa nak bayar soya umi ni ?
Angoh:   Sapa nak bayar perfume acik ?
Me:        Sapa nak bayar keropok umi ?

Umi dengan acik buat-buat tak dengar je. HAHAHA. Tersenyum-senyum tulis balik insiden ni. Bukan lah berkira pun, boleh je nak bayar semua, tapi sengaja bermanja. KIKIKI




Habis membeli, singgah Rasa Foodcourt, acik dengan umi duk mengidam sizzling. Time makan semua senyap. Focus dekat makanan. Takde sapa becok bersuara. Sampai la bila makanan habis, angkat muka, pandang muka masing-masing semua dah makan sampai licin. Umi je terkebil-kebil macam tak luak makanan dia.

Tudung pebret buat masa ni. Jap lagi dah boring, masuk almari, setahun lepastu baru cari balik.



My sisters, mek ngoh n mok cik.

Till then, rindu sangatsangat masakan umi.


NOBODY CAN REPLACE THEM 


Do follow me on twitter : https://twitter.com/NisaFuzi


Jan 6, 2013

Vacation Di Genting 2

Bersambung dari entry Vacation di Genting, the next day baru betul-betul jelajah entertainment di Genting. Lepas breakfast je terus masuk theme park, free passes that I got from Nuffnang during Tribal Halloween last year. 

Taknak cakap banyak. Dah tahu cuaca sejuk kemain lagi bantai pakai baju nipis. Lepas tu baru menggelabah cari pashmina nak cover badan. 




First thing first, masuk je theme park, fuyooo orang ramai sangat. Al maklum cuti sekolah tambah dengan cuti Christmas lagi. Kitorang pun macam tak excited sangat nak main semua rides yang ada. Just walking around and taking pictures.



Then my friend bought food for the fish. and he said ' kita kan dah kenyang, apa salahnya bagi ikan ni pulak rasa kenyang macam kita'
And I was like tetiba kau jadi penyanyang, kalau la ikan ni boleh paham mesti dia terharu apa yang kau cakap.










 Memandangkan orang yang terlalu ramai, kitorang cuma main dalam 3 rides je rasanya. The last rides was awesome ! Rejang apa tah namanya. First time Nisa naik benda alah ni. 

Pictures taking when I was in the boat . Bot slowly naik ke atas.



Dan meluncur laju sekali swoooshhhhh air memercik terus naik kat muka ! HAHAHA.

Masa meluncur turun, he said 'tunduk ! nanti basah' 
Dah la kita baru first time naik, excited dia lain macam sikit, angkat je muka nak tengok apa jadi kat depan, haaa nak tengok sangat ambik hang, dari atas sampai ke bawah basah !

Sementara nak mendaki gunung yang kedua, boat tu macam amik angin je pusing pusing, dengan cuaca sejuknya, dengan kita ni dah lencun, rasa nak terjun terus turun dari bot. 
Rejang ni la queue yang paling lama sebab bot yang sediakan macam ada 6 ke 7 je. 1 turn ambil masa dalam 10 minit. Banyangkan berapa lama beratur. Tapi serius sangat berbaloi beratur walaupun tertidur kejap masa beratur. 


Haaaa yang ni sampai sekarang memang tak pernah naik. Menyeramkan sangat. Dah la Nisa macam gelabah sikit, naik roller coaster pun tahan nafas. 


Tetiba kabus tebal , angin yang tadi sepoi dah jadi kasar. Hujan meniik sikit-sikit. 




The First World Hotel makes the view glitter ! 
Tak tau kenapa kena letak pashmina atas bahu gaya pakai sari. Serius tak tahu. *angkat bahu*









Terasa kerdil berdiri di sebelah pokok Christmas yang tinggi lagi gemuk.






Tempat wajib amik gambar walaupun dah banyak gambar kat bus ni. 


Sekian berita dari London. :D


Jan 1, 2013

Vacation di Genting

Salah satu aktiviti during mid sem break, Nisa sempat mendaki puncak Genting. Buat teruk pakai ayat mendaki. Perjalanan nak ke atas tak banyak halangan, cuma hujan renyai-renyai. Nak taknak memang kena tutup cermin dan tak merasa sangat fresh air dalam perjalanan. 

Sampai je puncak, hambik hang, nak rasa fresh air sangat, sampai ketaq lutut tak terkata.




Cuaca terlampau sejuk. Lepastu kitakan tak merancang perjalanan, bingung langsung tak terfikir nak bawak 
sweater.

 



Sampai je terus singgah strawberry farm sebab ketagih sangat nak makan strawberry. 
Tapi masuk dalam strawberry farm terus tawar hati sebab strawberry dia comey lotte. Payah nak cari yang mantap mantap. Tak sempat nak membesar dah dipetik orang. 

Tapi the best part is, dekat strawberry farm tu korang boleh self-pick. Kalau pandai sorok, petik ngan batas dia sekali bawak balik tanam kat rumah.  


Beli yang dah siap packing je. Sebab takde kuasa nak pi petik kalau dah anak-anak baby je besarnya. Punya lah excited. Beli je terus bukak dengan gelojoh. Sekali makan terus sumbat 3 4 bijik. Memang senonoh.



Bantai makan askrim bagi feel sejuk cuaca genting dengan askrim. Kontra kan cone askrim dia. Punya gabak. First time kot jumpa kon sebesar tu ! 
Nisa makan askrim yang kecik je sebab bukan makan pun kon dia. I want the ice-cream. not the cone ! 


Dalam kedai souvenior. Masa ni orang tak ramai. Boleh jalan dengan senang lenang dan berlenggang kangkung sebab takde selisih bahu dengan sesiapa. 





Angin sepoi yang mengundang sejuk sampai ke tulang. 





Malamnya Nisa tengok Freeze 2 ! Remember one of the Genting's event ? Sangat awesome. Sampai tak boleh berhenti senyum. For sure free VIP tickets from Nuffnang and Genting. 

Will update soon ! thank you !


Kenduri Kahwin Orang.

Hye ! Sepanjang cuti sem yang tak berapa lama last week, nisa sempat pergi kenduri membe punya membe.
Itu pun dah habis bosan, tanya abah umi semua takde plan, semua merancang nak honeymoon dalam rumah sambil tengok siaran ulangan astro. 

Lepastu mula la pikir nak pakai baju apa. Bukak je almari, yang tinggal baju zaman dulu kala. Yang dah berzaman tak diusik, Baju yang baru semua dekat Arau. Disebabkan bukan  kita yang nak khawin, kita pun main bedal jela baju 2 tahun lepas.



Baju 2 tahun lepas dengan tudung 2 minggu lepas. HAHA.

Haaa nampak tak kan zip tak tutup kat pinggang tu, Nisa pergi buang sampah dengan tak perasan zip tu terbukak ! Pastu pakcik ni tegur, 'dik, tu zip tak tutup ! woiii malu tak payah cerita la macam mana. Rasa nak sorok muka dalam beg plastik sampah.




Tema pink purple, tetiba kita terikut tema. Majlis dalam area swimming pool. Sejuk je mata memandang air kolam walaupun cahaya matahari panas terik. 


Lepastu boleh pulak terjumpa sepupu dekat situ ! Terkejut al-beruk sebab nisa kan takde kene mengena dengan pengantin tu, tetiba boleh jumpa sepupu dekat wedding strangers.


Gambar 2 tahun lepas pakai baju kurung ni. 

Yang ni pun 2 tahun lepas, mine is red, angoh is blue. 


Tetiba rindu nak balik kampung nak beraya, masa ni zaman tak rancak sangat bergambar. Gambar raya pun ada sepuluh dua puluh keping je nak dibanding dengan sekarang sampai seribu duaribu keping.

Buat masa ni datang kenduri orang je, nanti tunggu kenduri kita pulak ! HAHAHAHA.

/> />