Jul 3, 2012

Postpone Puasa

Hye semua ! Hari ni hari paling sengal dan memalukan. Semalam dah plan nak puasa. Dah semangat set alarm. Dah jadi habit, bangun je mesti snooze alarm. Last-last 5.40 baru sedar. Terus terjun katil dengan mamai lagi. 
Semalam dinner dengan pizza. Ada lebihan pizza 1 slice semalam, buat la sahur.  tengah kunyah dengan tak berdaya, mata terpejam lagi,  tetibe :

Nisa : Eh tu bukan azan ke ?
Asma : Mana ?
Nisa : Ada tu cuba dengar.
Asma : Tu orang mengaji la.

Orang pun teruskan mengunyah, tetiba terus dengar Allahu Akbar Allah yang kuat ! 

Nisa : Eh tu betul la azan kan ?
Asma : Dah dengar tu berhenti la makan !
Nisa : Mana boleh. Dah lumat dalam mulut ni ! Kena telan !

Telan jugak walaupun dah dengar azan. 

Bila dah telan, termenung kejap. Ish tercekik la pulak. Pastu gi minum pulak !
Azan dah nak habis dah pun masa tu.
Dah makan minum, terus solat Subuh. Memang tak bersembang dah dengan kawan.
Lepas solat sambung tidur kejap sebab class start lambat..

Bangun je tidur, roomate lagi sorang, Aida tanya ,

Aida : Eh korang puasa ke tak  ni ?

Orang dah pandang-pandang Asma, gelak-gelak.

Nisa : Entaah la. Mu puasa ke ?

Masa tu Aida baru nak breakfast roti dengan jem.

Nisa : Eh mu, orang dah lapar la. Orang nak makan jugak la.

Asma dah jeling jeling.

Asma : Mu ni puasa laaaa.
Aida : haah la mu. Mu puasa jela. Bukan sengaja kan tertelan. *dengan nada perli

Tak sengaja apa ? Sengaja la kan dah dengar azan tapi telan jugak ! Alasan sebab dah lumat pizza tu dalam mulut.

Pecah rekod la jadinya bangun BREAKFAST pukul 5.40 am. !




Hehe Peace. Kita puasa esok la pulak :D



4 comments:

Yana Aina said...

puasa ganti ke ... cpt2 jgn terlambat. dah nk ramadhan nie. hehehe

syAzAnA said...

HAHAHAHA. comel jeh. cecepat ganti puasa okayyy! :)

Ali Jasni said...

eh eh, ni nk puase ke x?haha

mselim3 said...

heheh...macam2 aje....heheh...jgn lupa ganti puasa dah k,,,,

salam ukhuwah salam perkenalan....

/> />