Feb 3, 2013

TRIP TO KL- DAY 1

Minggu lepas minggu paling seronok seumur hidup ! HAHA. Dalam seminggu  ada 1 class je yang kena attend. Lepastu kitorang gi lawatan ! Lawatan ke KL. Tujuan utama lawatan ni ke MIA (Malaysian Institute of Accountant), Jabatan Audit dan Bank Negara. Jangan buat pelik, kami student akaun. Lawatan 3 hari 2 malam dengan rombongan 3 bas, attended by students part 6, DIA, Uitm Perlis. Rasanya dalam 105 students.

Dengan berjinjitkan beg kanan kiri, pukul 7.30 berkumpul dekat stesen bas. Pelik sangat rasa pagi tu sebab bangun awal, tanpa datang class. Semua pakat bangun awal nak packing barang mana yang tinggal. Disebabkan kat kolej (asrama) pun bilik dekat-dekat, pagi pagi dah meriah dengan suara mengilai sana sini. Lepas kami tinggalkan kolej, terus sunyi aras 4, dahlia 1 ni sebab memang majority student akaun yang menghuni aras tu. 




Agak lama jugak la nak tunggu bas bertolak. masing-masing tunggu makanan untuk breakfast. Serius kebuluq gila masa ni. Sehari sebelum bertolak duk makan ngarut-ngarut je.



With Supergirl AidaKhalid. Kita pakai Biru Kuning bawak semangat Perlis datang KL. 















Err kita saja letak gambar ni, kita tertarik dengan gaya Seth. Haha
Dia nak libas siapa ?









Sebelum ni batch kitorang ni biasa pergi kem kat Gua kerbau je. Bawak beg yang sama cuma tak payah pakai baju dan topi kesatria ! Ini jelah satu-satunya lawatan keluar dari Perlis Indera Kayangan 

*Asma cakap Perlis di Bawah Bayu* HAHA


Ni special bawak mai dari Kodiang. HAHA


Naik je bas, dapat mihun goreng dengan kuih, tak pandang kiri kanan dah terus makan. Sekelip mata lesap mihun depan mata. 
Yang ikut lawatan ni pun Majority memang asal KL, excited nak melawat tu kurang la kalau nak dibandingkan dengan lawatan zaman tadika pergi ZOO dulu.

Bertolak jam 9pagi sampai Uitm Shah Alam dalam 5 petang. Everything was okay sampailah timbul isu tempat tinggal. Kira tempat tinggal untuk kitorang tak disediakan. 
Dapat la bilik lain yang baru ditinggalkan student degree. Mengucap panjang kitorang bila sampai je dalam bilik tuu. Tak tau nak cerita macam mana teruknya bilik tuu. Ohh we stayed at Kolej Jati, Uitm Shah Alam. 














Dalam gambar tak nampak teruk sangat kot. Rupa macam apartment dengan 2 bilik, 1 bilik air, 1 mini kitchen. Masuk je rumah ni, dengan gaya macam baru pindah rumah terus kami menyapu, susun atur balik barang semua bagi lapang. Takde sape berani nak pi tido dalam bilik tu, jadinya 6 orang, beralaskan 3 tilam semua tido dekat ruang tamu ni. Sweetkan tido macam tu. :P


Malas nak sebut, tapi geram nak sebut jugak. Kes sampah bersepah, boxer sana sini, semua boleh terima lagi. Tapi tang BULU bersepah , kita jadi panas tau tak ! Langsung tak boleh diterima. Bukak je loker, bersepah bulu, melekat dekat cermin loker, dalam drawer. Kalau ye pun busy takkan sampai shave janggut misai dekat loker ? Oh my, serious jijik. Ada jugak manusia macam ni.

Selesai urusan pindah rumah mengemas , program masih mengikut tentatif awal.

Untuk malam pertama ni, nak hilngkan geram dihati, we went to I-City ! Okay tak gempak sangat.





To be continued.... Stay tune !



2 comments:

Mira Cikcit said...

HAHAHA.. Tang bulu bersepah, lawak gila..

_NisaFuzi_ said...

Betul miraa. Duk terbayang lagi ni. Erghhh

/> />