Jul 24, 2013

Pengalaman 3 bulan bekerja di MPH Alamanda

Hello kepada aku dan blog yang sudah sekian lama terpisah. Alhamdulillah aku dah habis Diploma dengan tak berjaya sangat. CGPA atas pagar. Bersyukur apa yang ada. Banyak itu je yang aku usaha. Sementara nak menunggu sambung Degree aku kerja dalam Alamanda, satu-satunya shopping mall dalam Putrajaya. Lebih tepat lagi MPH Bookstore, Alamanda. 

Aku tak mintak pun nak kerja dengan Mph ni sebenarnya. 2 bulan lepas memang aku datang Alamanda dengan niat memang nak cari kerja. Naik je escalator dari car park, first shop yg aku nampak kat situ, MPH. Dengan gahnya. Tetiba aku teringat yang aku nak pergi cari kerja, tapi aku tak bawak pen. Sangat cerdik. Aku dengan Hanna, masa tu kitorang cari kerja berdua, kitorang pun masuk la MPH tu nak beli pen sebatang. Itu la niat asalnya. Tengah duduk pilih pen tu, tetiba aku terdengar ada minah ni tanya pasal ada tak kerja kosong dekat situ. Cashier kat situ replied apa tah, aku cuma dengar 'book fair'

Nak dijadikan cerita, kitorang pun isi la form mintak kerja, dan yang paling tak boleh blah, kena terus panggil interview. Dah la aku pakai habis rocknya masa tu. Tipu la tak segan. Tup Tup terus diterima bekerja. 

Last-last MPH itu jela satu-satunya kedai yang aku pergi untuk cari kerja. 

Aku memang suka kerja mengarut macam tu. Even aku belajar Accounting, aku tak terfikir nak kerja dalam office yang mendap, ada meja sendiri, formal attire, duduk dalam aircond. Mungkin lepas degree baru aku ada perasaan nak kerja tempat macam tu kot. 







Semangat MPH, hari cuti pun datang jenguk keadaan MPH. Ceh ceh.
Masa awal kerja pekerja lelaki ramai. Comey-comey pulak tu. (HAHA. K bye) 
Lepastu semua pakat keluar sambung study, last-last MPH tu jadi lautan perempuan. Ye. semua perempuan. 80% perempuan. Yang lelaki boleh dikira dengan sebelah tangan. Faham tak sebelah tangan tu macam mana?
Lelaki dari kiri, Baem, Farid, Sham. Yang ni geng paling tak boleh blah. Aku tak tahu apa masalah depa ni. Tak berinteraksi, tapi dengan pandang mata masing-masing pun boleh gelak besar.Sangat pelik.



Gambar di bawah, kejadian bila kedai lambat bukak, semua staff sampai depan kedai. Tercongok. kemudiannya, Eh jom amik gambar !


Gambar berlatar belakangkan Fitness Concept. abang-abang fitness concept semua pakai seluar 3 suku datang kerja, hensem hensem pulak tu hoi ! Aku selalu terserempak dengan abang Fitness Concept ni bila keluar dari toilet. Kenapakah ?


Barisan pekerja dari skala tak reti duduk diam dan skala paling terok ialah mulut murai. Takde yang pendiam kat sini. Yang paling muda 20, paling tak berapa muda 24. (Bukan aku!) Tampaq satgi sapa kata aku 24.



Pasukan perempuan kuat-kuat belaka. Slek la Kak Rozi ni pegi senyum ! Orang suruh buat muka ketat hang pi senyum pasaipa.




Masa ni Fazura datang. Dekat Watson. Event Lux. Kitorang ni mampu tengok dalam cermin kedai je, lambai-lambai ikut tingkap. Sob sob sungguh. 


Gambar wajib bila balik dari surau.


Dan juga tempat wajib. You know what I mean. haha. Farhana, future roomate kita nanti :) Memula aku kenal dia , waras la jugak. Makin lama makin pekak makin senget si Fana ni. Kesian aku tengok dia. haha





INI ! INI ! Geng rempitzzz aku ! Guna bahasa rempit bila mengeluarkan perkataan rempit. Sejak bulan puasa ni, memang aku gi keje lenjan motor abah je. Kalau masuk shift pagi, menangis jugak la nak sampai Alamanda, sejuk dia sampai menggeletar kaki, meremang segala bulu roma.




Bak kata Abang Sham, gadis-gadis vacuum. Ada event Michelin kat centre court, jawab a few questions bekaitan tayar ( kalau tak salah, sebab aku tak baca soalan, hafal jawapan je )


Ramai-ramai staff kat atas tu, ramai jugak yang dah berhenti. Aku pun bakal mengikut jejak langkah diorang keluar dari MPH. ( Hiperbola ) .

Maaf kepada mereka-mereka yang takde dalam entry ni, next entry pulak k ?

Hmmmm lepas tu kan, aku nak kata, korang memang best la ! Serious ! Aku memang tak tahan la kalau tengok gelagat korang dengan mulut laser korang, dengan benda-benda klaka yang jadi sepanjang aku berkerja. (Aku tak nangis pun k )




Sekian, entry khas untuk warga MPH Alamanda. Hikss. :)

4 comments:

Mira Cikcit said...

Lama tak masuk blog nisa, rindu nak pergi event sama2. Bila nak free? Asyik kerja je

shahrul hairy said...

Baguih la kerja pat byk buku.. leh baca masa lunch.. haha~

Bro Framestone said...

Comel2 je semuanya... Kenalkan sorang boleh?

Anonymous said...

niza , abg nk tanya ader lagi tak keja partime kt situ utk org lelaki

/> />