Oct 24, 2013

Halloween Horror Spirits 2, Place where Ghosts will Catch You

Hye ! Last week I was invited to Genting for their new activitiy , HALLOWEEN HORROR SPIRITS!
Certain gambar dah diupload kat instagram. Well, instagram lagi laju dari blog. Tak boleh dinafikan. 

Then, ramai yang tanya 'Nisa buat apa kat Genting, bukan tutup ke?' dan soalan yang sewaktu dengannya.
Genting sekarang dibuka, waktu malam untuk event yang lagi menyeramkan untuk korang muda remaja yang sentiasa teruja nak cuba aktiviti baru. 



Apa yang best dengan event hantu-hantu ni?
Generally, ada 5 tempat berpuaka. 5 okay. Nak merentas 5 tempat ni memerlukan semangat yang berkobar.




Sebelum kami ditakuti, perut diisi dengan makanan mewah. Credits to Genting once again.

Then there we go !



1. HAUNTED PLAYGROUND 



Masuk je playground ni, suasana memang creepy. Dengan boneka hantu dimana-mana. Hantu yang pesen tak kacau orang ni takpe. 



This one, please avoid. She really enjoyed sergah orang.


Nampak dari jauh macam 'wow besarnya dia ni' Bila dah berdiri sebelah 'aku pun sama macam giant'


Anabelle. Yang ni aku paling tertarik. Sekali pandang nak pandang berkali-kali.




2. OLD SHANGHAI


Bangunan Old Shanghai paling awesome. Penyanyi dan penari zaman dulu kala yang sexy semua ada dalam bangunan ni. 

One of the 'statue' at Old Shanghai. He's alive actually.


3. PRISON FREAK


Prison Freak paling scary. Boleh  bayangkan prison dengan ramai manusia berbaju belang. Tapi jenis banduan gila dan meroyan dalam prison tu. Sekali lalu dia tengok kita, sekelip mata dia naik hantu , menjerit dan cuba nak tangkap korang yang lalu depan mata dia. Aku menjerit paling kuat masa ni. 

Bayangkan dalam prison yang banyak cell. Dalam setiap cell ada sorang banduan. Tengah syok pandang diorang yang terkurung tu, tiba-tiba pintu cell terbukak ! Banduan tu terus terpa kat korang ! 


4. KISAH RUMAH PUAKA


Kisah Rumah Puaka lebih kurang macam rumah hantu. Bezanya rumah ni terang. Bukan macam berjalan dalam 3D Maze tu. Yang ini terang-benderang korang namoak jelmaan yang menakutkan. Nak melintas depan diorang pun rasa nak terkencing. 


5. THE CITY OF WALKERS



This place paling awesome ! Ada kereta terbakar, kapal terbang terhempas, paling real dengan bau minyak tumpah & lampu emergency. 
Yang paling penting, this is ZOMBIES TERRITORY !
Zombi dimana-mana. Aku terhibur diorang tetiba naik stage, dengan gaya zombie, pastu menari gentleman ! Pengsan! 




Awat hang pandang-pandang aku? Aku maluuuu.



Details of the event:
Date: 24 - 27 October 2013
Time: 8pm - 12 am
Venue: Genting Outdoor Theme Park

Ticket Price RM45

For more information and booking ticket headed to 

WARNING: STRICLY FOR VISITORS AGED 13 YEARS OLD AND ABOVE


Book your ticket now and enjoy with the ghosts !

See you !

No comments:

/> />