Nov 15, 2013

Teater Delivery Untuk Ana

Delivery untuk Ana was awesome ! Berbaloi tunggu show mula dengan keadaan dalam bilik tu yang sangat panas.

Summary cerita Delivery Untuk Ana mengikut kefahaman dan pemahaman aku lepas tengok kemarin, mengisahkan 7 orang gadis (yang super hot) baru berpindah rumah ke flat kos rendah.

Ooopsss i mean PANGSAPURI CASA IMPIAN !

Pangsapuri yang mereka duduk tu terletak di tingkat 5. Bad news? Tanpa lif. Tapi, sewa murah. Student kan, takkan nak guna duit ptptn bayar sewa banglo pulak. Baik buat joli.

Nak dijadikan cerita diorang bertujuh ni, bukan la best friend, instead diorang selalu bertekak. Kau tarik rambut aku, aku cocok lubang hidung kau. Dasyat sangat.

Gadis, salah seorang penghuni kat situ yg paling havoc. Kalau dia ada, mesti rumah jadi kacau bilau. Tambah lagi dengan suara halilintar dia, gadis sangat engkau tau !

Satu hari, rumah mereka didatangi dengan mamat mcd delivery. Delivery double cheese burger dan spicy chicken mcdeluxe. *meleleh*
Delivery tersebut di hantar ke alamat mereka. Yang menjadi persoalannya, delivery tersebut dihantar kepada Ana, Ana yang tidak wujud sama sekali.

Mereka percaya bahawa roh Ana yang memesan 2 set burger tersebut kerana dikhabarkan, Ana adalah penyewa sebelum mereka yg mati tergantung di dalam rumah tersebut dan mengidam mcd sebelum mati digantung. 

Persoalannya, benarkah roh Ana benar-benar wujud? Apakah yg dilakukan oleh 7 gadis penyewa rumah tersebut untuk menghalau roh Ana?

Kalau tanya aku, memang aku bagi 5 bintang ! Diorang terlalu sempoi terlalu natural. Tak ada langsung cacat cela.

Gadis- Perempuan lantang. Joyah. Ni feveret aku. Kaki tangan muka dia semua main peranan. Memek muka dia dibuat hodoh pun masih meletop! Setiap patah yang disebut, semua ada lenggok nada suara yg berbeza.

Mel- bestfrenggg gadis. Ini minah laser bai. Tak main perli belakang. Kasi straight to the point !

Kaira- gadis ayu yang sangat gorgeous. Muka lawa kena la pasang banyak spare ye dak? Dengan berbekalkan 5 boyfriend, kaira ni hidup dalam dunia dia. Bergayut tak kira masa. Tapi salah sorang active boyfriend dia ialah Johan.

Suraya- dengan tagline suraya yang paling cerdik seantero semua, suraya la yang hebat dengan pointer 3.98 dan suraya yg pandai juga la yang panggil bomoh dan hampir ditipu.

Bella- kaki mencucuk bintang. Bagi dia tiap malam ladies night. Ke kelab malam kononnya dengan Porche.

Nana - Nana yang cengeng. Selalu menjadi tuduhan housemate yang lain berkaitan delivery tersebut kerana namanya yg hampir dengan Ana. 

Puteri - Puteri yang sentiasa dengan zikrullahnya. Puteri yang selalu menenangkan keadaan dirumah ketika masing-masing bertekak.

Watak lelaki paling awesome, abang Fitri. Atau lebih glemer dipanggil Fifi. Fifi lelaki lembut dan ada boyfriengg uoolsss. Fifi badan lentik, dengan suara sangat auwwwww.

Johan - johan katang ! Johan sador! Johan team paranormal. Johan Jugak la pujaan Fifi !

Zarif - zarif aka anaruddin. Zarif yang menyimpan perasaan terhadap nana dan zarif lah pendengar setia nana. Tempat Nana curah perasaan setiap kali nana menghadapi krisis bersama housemate !

Abang mcd! - problems solver !

Segala permasalahan dan misteri yang dialami mereka diselesaikan dengan bantuan abang mcd.

Cerita diakhiri dengan pelukan sayang sesama mereka.

Aku tak anggap korang semua kawan aku.
Tapi aku anggap korang semua macam adik-adik aku

That was so sweet! 

Jalan cerita ni lebih kurang 2 jam, tapi tak terasa pun 2 jam, walaupun panjang, ada je adegan lucu yg berlaku sepanjang  mereka berkumpul dalam rumah tu. 

Paling awesome, semua pelakon, team produksi persembahkan tarian disko ! HAHA. too cute to tell here.

Tahniah semua team production. Ini teater pertama aku tengok sepanjang 10 minggu aku kat uitm shah alam ni. Korang buat aku jadi tak sabar nak tengok teater seterusnya !


No comments:

/> />