Nov 19, 2016

Cara Mudah Mantain Kesihatan Badan

Hye. Mesti ramai yang tak pernah fikir pun lagi nak jaga kesihatan badan especially anak muda remaja yang tak pernah jatuh sakit. Untuk yang tak makan supplement, tapi tiap hari diet tak sihat. Especially untuk anak muda macam kita-kita meh nak pesan.

Untuk mantain overall health, kena jaga dari sekarang ye tak? Lagi-lagi kalau family memang ada history kencing manis / darah tinggi / jantung etc etc. Awak jangan ingat awak nampak sihat, lepas tu boleh sambil lewa je tiap hari makan ikut sedap tambah fast food berkoyan, supplements tak pernah nak makan.

Nisa sendiri pun bila kesihatan dah makin baik tak pernah fikir nak stop supplements. Sebabnya Nisa memang tahu daily food yang nisa makan, nutriennya sangat sedikit (nutrien hilang masa proses memasak). Kesian kat badanku ini.

Okay so supplement apa yang penting untuk kita pastikan badan cukup kuat & power sehingga ke hari tua ? (InshaAllah)

Nisa namakan set ni, SET GORGEOUS. Sebab selain menjaga kesihatan jantung & hati, kulit pun sekali dapat tempias gebu.

ESP + VITALEA + GLA + VITAMIN C



1) ESP - Yang paling famous ni semua dah tahu kaya dengan sumber protein yang memang sangat diperlukan badan kita. Kurang protein akan buatkan pembentukan cell baru dalam badan perlahan, paling teruk boleh buatkan denyutan jantung awak sangat perlahan jugak

2) VITALEA - Multivitamin. Mengandungi 28 vitamin penting & mineral yang diperlukan oleh seorang yang bergelar dewasa. Senang ceritanya vitalea ni melengkapkan segala kelompongan nutrien yang awak tak makan setiap hari

3) GLA COMPLEX - Balancekan hormone. Well perempuan dan hormone yang tak stable tu macam benda normal kan ? Tapi kalau awak dah selalu kena PMS, tu bukan biasa. Kat sini pentingnya GLA. Kalau yang biasa makan EPO, GLA ni fungsi sama macam EPO, tapi of course GLA lagi power

4) VITAMIN C - Badan kita bukan macam haiwan yang boleh hasilkan Vitamin C sendiri. So wajiblah kita kena makan Vitamin C setiap hari. Nisa memang pilih supplement je sebab sebiji Vitamin C Shaklee ni bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Power kan ?

Yang baca sampai habis memang terbukti korang kategori orang yang sangat sayangkan badan dan nikmat kesihatan :)

Nak order boleh whatsapp Nisa kat sini : 013-644 8528

Your Beauty & Health Consultant,
Nisa Fuzi

Instagram : @vitaminorganik
Facebook : Nisa Fuzi

Nov 13, 2016

TOP 6 KEBAIKAN ESP SHAKLEE

Assalamualaikum !

First thing first Nisa nak cakap yang friend dengan Nisa kat Facebook, akan selalu nampak nisa share kebaikan ESP kan ? Nisa memang suka sangat-sangat dengan ESP ni sampai rasa nak wajibkan semua orang cuba and consume ESP Shaklee. HAHA 

ESP ni merupakan minuman multipurpose. Nisa suka panggil multitasking. Haaa dah kenapa macam manusia pulak dah bunyi ESP ni. Kenapa Nisa cakap dia multitasking ?


Shaker biru ni Shaker limited edition. Siapa yang sempat grab hari tu memang power.


KEBAIKAN ESP SHAKLEE


1) Kecantikan kulit - ESP membantu untuk perbaharui sel kulit yang rosak, membina kollagen, mencerah dan menggebukan kulit




ESP membantu untuk mengecilkan pori di wajah




ESP memudarkan jeragat


3 minggu sahaja pengambilan ESP + VITAMIN C dah berjaya mendapatkan kulit cerah dengan jayanya !



2) Membekalkan tenaga - ESP membantu as energy booster, sesuai untuk semua yang bekerja, student dan tak lupa suri rumah yang perlukan tenaga ekstra untuk menguruskan rumah.




3) Slimming - ESP merupakan instant protein yang 'cholestrol-free', rendah lemak dan paling penting kaya dengan vitamin








4) Kenyang lebih lama - ESP membantu untuk buat kita rasa kenyang lebih lama sambil mengawal selera makan. Untuk mereka yang nak kurus penting untuk minum ESP





5) Banyakkan susu badan - Untuk ibu yang direct breastfeeding ESP sangat membantu untuk meriahkan susu badan + memekatkan susu. Jadinya anak cepat kenyang dan takkan bangun malam terlalu kerap untuk menyusu.



6) Awet muda - Pengambilan secara konsisten akan buat kulit tampak muda disebabkan protein berfungsi untuk memperbaharui sel kulit, menguatkan kuku, rambut dan sekaligus memlihara organ dalaman kita



PERLU KE KITA AMALKAN PROTEIN ?

Yes sangat perlu dan sangat penting. Protein ni asas kepada badan kita. Bila badan kurang protein, pembentukan sel tak kan sempurna, Tissue badan rosak, seterusnya organ badan pun akan affected.

Contoh mudah, Protein ni seperti batu-batu yang diperlukan untuk membina sebuah rumah. Kalau kukuh batu-batanya, maka kukuhlah rumah yang dibina tak kira terkena banjir sekalipun masih kukuh. Cuba bayangkan kalau batu-batu yang digunakan tadi retak dan sangat fragile, apa akan jadi rumah yang dibina tadi ? Takkan ke collapse ?


Macam tu jugak dengan protein. Bila badan dapat protein yang cukup, makanya terjagalah setiap organ yang ada dalam badan kita. Bila semua organ berfungsi baik, risiko terknena kanser pun sangat rendah ! 


PENGALAMAN NISA CONSUME ESP 

Nisa consume ESP focus untuk kulit mulanya. Memang terasa sangat perubahan kat kulit ni sampaikan setiap pagi bangun akan tengok muka kat cermin dulu. Kulit terasa lembap, Parut jerawat makin pudar hari ke hari. Kulit makin cerah dan paling best Nisa suka rasa betapa pejalnya kulit ni. 

Berminat nak order ESP boleh terus  whatsapp Nisa, sebab Nisa akan bagi something special untuk setiap pembelian :)


RESEPI ESP

Kalau nak tahu ESP ni sangat special sebabnya kita boleh buat macam-macam resepi dengan ESP. Yang paling common campurkan ESP dengan milo. 

Tapi bukan caffein ye. jangan pernah cuba-cuba campurkan ESP dengan kopi atau nescafe. Ni nis share sikit resepi ESP yang paling mudah dan marvelous. 

ESP + MARIGOLD PEEL FRESH


ESP + ANY FLAVOURED DRINK
ESP + FRESH MILK. Memang rasa pekat berkrim sangat. Kalau campur dengan Fresh milk dah tak perlu tambah air kosong ye.

Bila rajin boleh cuba ESP buat smoothies. Memang marvelous sangat. Campurkan dengan local fruit macam mangga atau betik.



Untuk ibu yang menyusukan, Boleh campur ESP + BADAM + KURMA untuk memeriahkan lagi susu badan 


ESP ni boleh dicampur dengan ais untuk rasa sedap yang lebih dramatik gitu. Untuk ibu yang berpantang jangan gatal tambah ais dalam ESP ye.  Minum suam tanpa ais pun sedap. Sebab Nisa sendiri tak pernah minum dengan ais. Memang berpantang ais dari dulu.


Okay macam mana nak dapatkan ESP ni ?

CARA ORDER: 


1. ONLINE ORDER





2. Hubungi Nisa di +6013-644 8528 untuk dapatkan SPECIAL PRICE beserta consultation berkaitan produk secara percuma.



Your Beauty & Health Consultant,
Whatsapp/Call : +6013-644 8528

Email : nisafuzi@gmail.com

Facebook: Nisa Fuzi

Sep 29, 2016

Tips Cerahkan Kulit Kusam

MASALAH KULIT KUSAM ?

Korang tahu tak sebenarnya mudah sangat nak rawat kulit kusam ni. Pengalaman Nisa sendiri kulit kusam sangat, dengan kelabu asap lagi. Dah la muka memang dah sedih je tengok
Untuk masalah kulit kusam, nisa galakkan penugambilan Vitamin C. Kenapa pentingnya Vitamin C ni?

Vitamin C macam semua tahu berkesan untuk cerahkan kulit. Yang kelabu asap tu inshaAllah cepat cerah semula. Yang muka burn pun jangan tunggu elok sendiri tanpa buat apa-apa. Sebab kalau korang perasan, tak semua org yang muka burn, berbelang disebalik tudung tu boleh sekata balik tona kulit dia tau. Kenapa ? Salah 1 sebab dalam badan dia kurang Vitamin C

Vitamin C ni kalau nak tahu, TAK BOLEH dihasilkan oleh badan kita. Nak taknak kena makan makanan yang ada sumber Vitamin C. Contoh mudah yang kanak-kanak ribena pun tahu, buah oren ada Vitamin C. Banyak mana pulak nak makan untuk lengkapkan keperluan badan ?
Makan la 500mg-1000mg sehari.

Takyah pening kepala nak beli oren pun mahal sekarang ni kan. Nisa senang je, makan supplement Vitamin C. Senang kan bunyi dia ?

Tapi jangan makan sebarang brand. Tak semua brand dari bahan natural. Kita nak makanan yang datang dari sumber yang natural, bebas bahan kimia. Jangan korang main makan tak tahu hala semata-mata nak cepat cantik. Pastu badan merana. Pastu sakit buah pinggang etc etc

Nisa yakin ramai dah tahu yang supplement natural terkenal dengan kehijauan dia ialah SHAKLEE. Sebab tu kadang-kadang take time untuk nampak kesan. Sabar untuk dapatkan kesan. Sekali dah nampak kesan memang terbaik nisa boleh cakap! Makan untuk kulit kusam, sekali jerawat pun jarang tumbuh, demam selsema pun jarang datang, rambut & kuku makin kuat !

Yang bestnyee sebiji Vitamin C shaklee bersamaaan dengan 7 biji oren. 7 biji okayy. Mampu tak nak makan 7 biji oren sehari ? Mati la nak. Nak makan 7 ulas pun nangis apa lagi nak makan 7 biji
Sekarang Kita mudahkan apa yg susah, makan aje sebiji Shaklee Vitamin C = 500gm = 7 biji oren
Ada lagi yang best ni, teruskan baca.

Vitamin C shaklee ni bersifat SUSTAINED RELEASE. Bermakna ia akan lepaskan 100mg setiap sejam, untuk pastikan badan kita sentiasa ada Vitamin C. Bermakna sebiji Vitamin C ni tahan 5 jam dalam badan

Penting sangat sifat SUSTAINED RELEASE ni sebenarnya. Untuk pastikan badan kita dapat serap SEMUA kebaikan dalam sebiji Vitamin C. Sebab tu kalau makan, brand lain yg 1000mg pun lambat nampak kesan kadang-kadang tak berkesan pun sebab apa ? Sebab badan kita boleh serap cuma 200mg Vitamin C dalam 1 masa . Rugi tak ? Rugi kan makan 1000mg tapi yang boleh diserap 20% je
Okay boleh p nangis sekarang. Lepasni pilih brand yang betul ye ?

Paling bagus kalau makan 500mg x 2, atau 250mg x 4. Yang penting bukan sekali gus 1000mg ye !



Yang last ni testi Nisa sendiri :)





Nak order 1-2-3 botol Vitamin C ? 
Nisa 013-644 8528
Your Beauty & Health Consultant

Instagram : @shakleekita
Facebook: Nisa Fuzi

Sep 15, 2016

Cara Saya Rawat Resdung dengan Shaklee

Assalamualaikum !

Masa Nisa menulis, umi sibuk kat dapur buat rendang, abah duk baca buku kat sofa, adik-adik pergi kedai gi beli askrim. Malam hari pun nak makan aiskrim, Layankan aje perangai budak-budak ni. Okay panjang pulak bebel. Nisa  nak share cara Nisa hilangkan resdung yang dah lama menghantui diri ini.

Kalau korang nak tahu, tanda-tanda Nisa resdung sama je macam orang-orang lain yang ada masalah resdung:

- Hidung berair. Bukan hingus tapi dia berair. Kita tahu hidung ni macam ada hingus tapi kita tak boleh nak sedut, memang takkan naik balik. Dia akan meleleh sendirinya kekadang. Eueeeewww.

- Hidung sentiasa tersumbat. Ni selalu jadi waktu pagi & malam. Lagi seksa bila sekali 2 lubang hidung ni tersumbat. Gigih la seorang Nisa bernafas ikut mulut

- Gatal mata. Haa yang ni memang boleh bikin marah. Seriously lepas makan benda yang sepatutnya  tak boleh makan, seafood contohnya kan. nasi tak habis sepinggan lagi tapi mata dah start gatal. Gatal yang memang takde maknanya Nisa nak tahan. Baik garu. Kasi puas garu, sakit kita pikir kemudian

- Bersin pagi-pagi. Yang ni 1 lagi masalah. Asal bangun pagi, sudah mandi je confirm bersin. Kalau jenis bersin tak menyembur kat orang takpe. Ni bersin yang menyembur, memang confirm basah tapak tangan yang menutup mulut masa bersin tu

- Masalah jerawat teruk. Macam sekarang pun naik jerawat orang kata jerawat manis gitu. Kalau jerawat sebab resdung sangat lain tau. Memang jerawat yang naik tu akan buat muka sakit.


Masalah resdung macamni macam biasa je ada kan. Lagi-lagi Nisa boleh cakap almost semua orang ada. Bezanya terok dan tak. Tapi nak ke sampai terok baru nak rawat. Nisa pun sebenarnya awal-awal sejujurnya tak kisah pun pasal resdung ni. Sangat Nisa tak kisah. Bertahan je selagi mampu segala gatal segala sakit sebab resdung.

Sampai la 1 masa Nisa amek supplement untuk masalah anemia Nisa. Masa tu bukan anemia je baik, resdung pun hilang ! Macam korang tahu Nisa memang pengguna tegar Shaklee. Kenapa Nisa suka sangat dengan SHAKLEE ni ? Sebab dia MULTIPURPOSE ! Macam Nisa bagi contoh tadi, nak rawat anemia tapi dengan resdung boleh hilang.


Kalau korang nak tahu, Resdung ni cara yang paling baik rawat dengan HERBA. Herba sangat mujarab bukan takat mengurangkan tapi menghilangkan Resdung. Shaklee ada ke herba herba ni ? Herba yang paling bagus paling top selling yang Nisa selalu jual ialah ALFALFA COMPLEX. Nisa boleh cakap antara supplement yang wajib untuk perempuan. Sebab apa pulak si Nisa ni nak wajibkan segala ? HAHA. Meh nisa nak listkan :

- Rawat keputihan. Ehem. Perempuan mana yang tak ada keputihan tu ?

- Milk booster. Susu sampai memancut. 5 minit pam dah boleh dapat 4oz ! Murah rezeki anak-anak

- Merapatkan. Alfalfa ni dikenali juga sebagai Kacip Fatimah Moden.Haa paham paham la kenapa nisa cakap dia merapatkan. Memang wajib ambil untuk ibu dalam Pantang

- Merawat kentut vagina. Bila Miss V longgar, senang sangat nak terjadi kentut vagina ni, alfalfa berfungsi untuk buang angin + mengetatkan yang longgar

Haa panjang sangat dah nisa cerita, meh tengok apa wajib ada untuk rawat resdung ?


SET RESDUNG SHAKLEE









1. ALFALFA COMPLEX 
Yang ni Nisa dah terangkan panjang lebar tadi. Ringkasnya, ALFALFA kaya dengan chlorophyll. Antara element wajib ada untuk rawat alahan / resdung / eczema

2.B COMPLEX 
B complex boleh mengawal rasa sakit ketika diserang resdung. Kalau nak tahu,B complex ni anti-stress. Boleh kawal sekaligus dari jerawat-jerawat batu

3. VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
Vitamin C yang paling famous ni mesti la korang tahu kan sangat power untuk boost imune. Sebab tu kalau korang yang selalu demam, selsema hidung berair ni, vitamin C ni sangat membantu  untuk kurangkan gejala macam tu 

……………………………………

Nisa tahu korang ada soalan kan? Meh nak jawab.

Q. Set resdung ni kalau berhenti datang balik ke ? 

A. InshaAllah tak datang. Tapi make sure antibody korang dah betul-betul kuat. 

Q. Berapa lama boleh tahan set resdung ni?

A. Sangat lama.haha. okay macamni pecahan dia : 
ALFALFA : 2-3 bulan
B COMPLEX : 4 bulan
VITAMIN C : 6 bulan

Jimat ke jimat sangat ? Decide cepat ! Heee

.………………………………………

Okay, dah baca pengalaman Nisa, dengan testimoni yang nisa tempelkan bersama tu kan, ada pape soalan nak tanya, nak order SET RESDUNG SHAKLEE, boleh whatsapp Nisa ye untuk order - 0136448528 

Nisa sentiasa akan bagi something special untuk awak yang beli dengan Nisa. Cara makan yang betul pun nisa akan guide. No worries :)

Inquiries,
NISA
INSTAGRAM @shakleekita
013-6448528

*Sis laju-laju nak settlekan order ni* 


Your Beauty & Health Consultant,
013-644 8528

Sep 7, 2016

A LITTLE LIFE UPDATE

Assalamualaikum semua kawan-kawan, bekas kawan-kawan dan semua yang mengenali Nisa. Bukan nak buat ucapan hari raya sempena Aidiladha ke apa. HAHA. Dah lama sangat tinggalkan blog kesayangan ni. Yang selalu rajin baca blog Nisa dulu memang perasan la kan Nisa memang dah lama tak update dan menghilang dari media social yang dulu jadi makanan Nisa hari-hari.

So, ada ke nak tahu apa yang Nisa buat sekarang ? Hihi


Rakan-rakan seperjuangan semua, Nisa dah officially habis study Jan 2016. Alhamdulillah Bachelor in Accounting dalam tangan walaupun result tak FLYING COLOURS mana. Tapi memang tahu usaha diri sendiri pun tak semenggah mana jangan harap la nak result gempak. Okay malas nak cakap banyak sampai student life sebabnya rasa dah lama tinggalkan alam student walaupun hakikatnya baru 8 bulan dari masa nisa menulis ni

8 Bulan habis belajar maknanya dah 8 bulan jugak la nisa dah start kerja. Cakap pasal kerja ni bukan 1 tempat je nisa kerja, tapi berpindah randah. hehehe. Asal dapat offer tinggi pergi lari ke tempat baru. Kalau nak dibuat kesimpulan, Office nisa sekarang ni tempat ke 4 nisa kerja dalam masa 8 bulan ni

Sejujurnya bila dah start bekerja ni, baru tahu yang diri sendiri tak suka pun kerja ofis. HAHA. Mungkin dah muak dan penat dan terasa tak berkembang ataupun masalah diri sendiri yang kemalasan. Mana taknya dari zaman study diploma Nisa dah start buat part time kerja office kot. Buat akaun. Debit kredit. Report. Aging. Reconcile. zzzzzzzzzz.


'Kau semuanya tak kena, tukar kerja sana sini pastu nak bosan lagi, habis kau sibuk buat ape?' 


Okay ni part yang seronok nak cerita. Nisa sekarang menyibukkan diri untuk mencantikkan diri. HAHA. Masa Nisa menghilang lama tu , Nisa ada seribu masalah ditambah dengan masalah kulit yang bagi Nisa sangat serious.

Nisa admit ward sebab HB drop 6. Ibu mengandung kalau 9 pun dah kira rendah. Kita ni sampai drop 6 sampai kena marah sungguh-sungguh dengan doktor. Sebab lambat datang hospital walaupun dah tahu HB dah low masa pergi klinik. Lepastu kene la tahan kat ward masukkan darah itu ini. Serious masa ni rasa down yang amat. Sebabnya takde sorang pun tahu keadaan  Nisa masa tu melainkan family sendiri. Sangat-sangat la sunyi kena tinggal kat sana sorang-sorang. Bila malam hari, rasa sesak nafas memang sampai takut sangat nak baring, takut tu malam terakhir bernyawa kat dunia ni :(


Keluar ward pun, wajiblah doktor bagi ubat itu ini untuk tambah darah etc. Masa ni bermula zaman keburukan kulitku ini. Mungkin sebab darah yang diorang transfuse kat Nisa tu darah orang yang memang berjerawat ke apa kan, Nisa tak tahu =.= tapi memang kulit nisa sangat bermasalah masa ni

Tak tahu nak describe kat korang cemana. Tapi bayangkan tiap kali bangun tidur wajib ada 1 jerawat naik kat muka. Siap yang nanah lagi. Kalau tak nanah, jerawat batu. Ditambah perasa dengan kulit yang sangat kusam. Kelam. Kelabu.










Tapi Nisa gagahkan jugak makan ubat sebabnya tak nak sakit lagi.Seksa sakit macam ni :(


Masa ni tergerak hati nak makan supplement. Nisa pun godek-godek jumpa pasal SHAKLEE. Supplemet pertama yang Nisa beli B COMPLEX + VITALEA. Untuk naikkan HB nisa yang sedia rendah, rawat jerawat batu, sekaligus package rawat kulit yang bermasalah ni

Dengan kuasa Allah, alhamdulillah memang serasi sangat dengan Nisa. Masa makan supplement ni Nisa memang dah stop lama dah ubat hospital tu. Bila HB dah cantik, 12 dah masa Nisa last check, jerawat batu dah berkurang terus Nisa sambung dengan makan ESP + VITAMIN C untuk hilangkan parut jerawat, untuk renew cell kulit. Nisa dah register member shaklee masa ni, jadinya galak la buat experiment macam-macam dengan supplement Shaklee

Tak lama lepas tu Nisa tambah pulak dengan ALFALFA + GARLIC. Memula niat nak makan ALFALFA ni sebab nak rawat keputihan je. Sekali dapat effect perut kempis sebab ALFALFA ni melawaskan, Nisa memang ada masalah sembelit. HAHA. GARLIC pulak korang memang tahu kan anti-bakteria untuk kecutkan jerawat


Sampai sekarang pun konsisten makan dengan Shaklee. Apa yang Nisa dapat ?

- Kulit dulu yang bermasalah dah diganti dengan kulit yang makin sihat. Yang penting kulit tak kusam, tak kelabu dan tak mendung. Bonus kulit putih tu memang wajib dapat sebab sifat VITAMIN C + ESP memang mencerahkan kulit. Bukan putih yang pucat yang orang tengok pun pelik tu tauu. Ni putih yang cerah sekata & terasa diri sangat cantik bila tengok cermin. HAHA




- Keputihan yang memang selalu jadi masalah perempuan, alhamdulillah memang hilang terus. Kalau ada pun time subur ( sebelum period nak datang  ) Selain dari tu memang tak ada. Pastu Nisa kan allergic jugak ada resdung jugak, asal makan seafood terus gatal hidung. Dia punya tahap allergic tu sampai Nasi dalam pinggan tak habis pun lagi, tapi dah start gatal-gatal muka. Lepas makan ALFALFA slumber je makan seafood, memang betul-betul hilangkan Nisa punya allergic dengan seafood

- Jerawat pun sangat susah dah nak naik kat muka ni. Yang besar, gemok dan sihat macam dulu memang tak nampak singgah lagi di muka ini. Kalau ada pun jerawat manis orang panggil. hehehe.


Untuk menjawab soalan Nisa busy buat apa sekarang, Jawapannya, Nisa busy dengan business Shaklee. Memang jatuh cinta sangat dengan supplement shaklee ni, nak korang dapat jugak #shakleeeffect macam Nisa :)




Sekian dari saya,

Nisa Fuzi
@shakleekita


7/9/2016 1:36 am



/> />