Jun 20, 2011

kes kecurian, part II

rentetan kes curi tadi, hari ni memang ramai pelawat datang rumah kitorang. cek pintu,  tengok keliling rumah. mangsa-mangsa ni pun tak larat dah nak mengulang cerita sampai berpuluh kali.

pencuri tu mungkin lelaki. kak ika  yang nampak die tinggi, pakai sweater hitam dengan jeans. hmm tak tau la kan. yang pastinya memang manusia.

barang orang takde pape yang hilang, semua selamat.

kolej pulak sekarang nak pastikan semua bilik mesti ade selak. selak pintu bilik ngan rumah.

ingat lagi pagi tadi, pengerusi kolej, kak akma cakap :

kak akma : nak je provide 1 rumah 1 ikan puyu. ikan puyu kan boleh elak pukau.
kak jannah roomate orang balas, 
kak jannah : beli la. letak kat tiap-tiap rumah.kak akma : nak beli pakai duit mana.kak jannah : ai, beli la pakai YURAN KOLEJ yang RM25   tu. * nak tekankan yang ni je sebenanye ! *
kak akma : dah tu, nanti aktiviti kamu nak pakai duit mana ?kak jannah : takpela kita buat aktiviti tangkap ikan puyu ! 

rasa nak gelak guling-guling je masa tu..

tapi yang tak best, pas kejadian tu, semua sah-sah la trauma. nak pegi bilik air pun kene berteman. nak mandi pun rasa semacam. macam ada orang tengah pandang je. toilet memang dah dekat dengan pintu belakang, yang pencuri tu masuk, tak tau bila boleh jadi normal. kalau boleh taknak ingat.

nak tidur pun rasa macam tak selamat, takut die masuk lagi time kitorang tido. orang dah la slalu tido lambat, duduk je kat meje study kat ruang tamu tu.. sekarang nak duduk kejap pun takut. macam tak boleh nak dekat dah ngan meja study tu !


bila call abah;

orang: abah, orang tak nak study la .*abis jujo dah ni*abah : kenape pulak ???orang : meja study kat ruang tamu. orang takot nak duduk ruang tamu.abah : study la atas katil...


study atas katil ?? memang study sangat atas katil !

Ya Allah, lindungi kami, jauhkan kami dari sebarang gangguan. kuatkan semangat kami. :(

No comments:

/> />