Jun 29, 2012

Hiburan Untuk Student Perlis : Air Terjun Bukit Ayer

Minggu pertama di Arau, gembira banyak class batal. Kami pun amik kesempatan nak bermandi-manda. Tak penah berjalan sangat pun sebenarnya kat Arau ni.. Selama 2 tahun setengah duk Arau ni duk ulang alik C-Mart je. haha. sadis gila.  Ada kenderaan baru semangat sikit nak bergerak.

Location Air Terjun Bukit Ayer, Perlis !


Ni semua kawan-kawan kita bersama kawan kita punya kawan. Kami bergerak dengan motor. Pastu boleh pulak semangat nak pergi tapi tak tahu jalan. 

Singgah kedai beli roti tanya pakcik jual roti 
Pakcik tau tak Bukit Ayer kat mana ?
Tak tahu la dik, bukan semua orang kat Perlis ni orang Perlis.

Gila confident pakcik ni jawab.

Agak jauh jugak sebenarnya. Dekat 10km jugak dari Arau. Baru rasa besar jugak Perlis ni sebenarnya. haha.


Muka separa mandi.



Macam ni la rupa Air Terjunnya. Tak besar mana. Tapi ada  tingkat air terjun. Yang specialnya, siap ada macam swimming pool .




Ni dia so-so swimming poolnya. Budak kecik yang duk usha panas tu tetiba jadi instant adik angkat . Tak pasal-pasal kawan sorang ni, Nadia gi using budak ni kesana kemari.

Lama sangat berendam baru kitorang bergerak naik atas kat air tejun. tapi masa ni semua dah mengigil ketakutan. Tinggal la 2 orang watak utama je dalam gambar.



Eh menggigil kesejukan la. Yang lain semua dah pi tukar baju.

Batu-batu kat sini tah apa pesen memang tak licin langsung. Kitorang pun macam terpegun. Batu tanah liat kot...


Air terjun tak kuat mana. tapi bergegar jugak la sikit otak tu.
Sebelum pergi air terjun, banyak cakap. Balik air terjun jadi blur blur.



















Dah menggigil sakan bergerak la tukar baju. Tapi orang bajet kuat bajet tahan sejuk main tak tukar baju terus gerak balik.. atas motor berangin, reti pulak mengigil..



Bubye Air Terjun ! Taknak jumpa dah !




Peluang menang Galaxy Tab ! Here

1 comment:

syAzAnA said...

wah, bestnya dapat mandi air terjun! syaz jelesss. hehehe


syaz follow blog awak yer. :)

/> />