Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Feb 2, 2013

Girl's Day Out - Taman Tasik Darulaman, Jitra

To be honest, lebih kurang 3 tahun Nisa study dekat Arau ni, Nisa tak teroka sangat tempat orang. Setakat ulang alik beli barang ada la. Serius. Sekali hari tu je datang mandi manda kat Bukit Ayer. Masa dah Part 6 ni baru rasa nak berjalan ikut kengkawan sampai ke TASIK DARUL AMAN, JITRA. Itu jelah paling jauh dari Arau yang pernah sampai. haha.


Bergerak ke Jitra berlima, 3 penumpang di belakang dengan semangat memebara nak jugak bergambar walaupun dalam kereta tengah bergerak laju.




Sampai Tasik ! Nak masuk parking dah kena caj RM1 kalau tak silap. Caj per entry bukan per hour ! 
Sampai dalam pukul 4 petang , serius silau sangat masa ni. Yang betul-betul nak beriadah tu datang la masa hari redup. Kesian dekat anak-anak, tempat redup pun tak banyak sangat. 

So, apa yang menarik dekat Tasik Darulaman ni? Taman yang mempunyai tasik dan dikelilingi dengan laluan pejalan kaki sesuai untuk berlari berkejaran.
Selain tu, antara tarikan lain ialah aktiviti Berkayak, Paddle Boat, Buggy Ride, Pony Ride dan Futsal Padang 











Dibelakang tu, semua adalah Paddle Boat ! Boleh la korang mengayuh sekitar tasik ni sepuas hati.

Harga untuk Boat servis dan Buggy Riding di Tasik DarulAman ni :

AHAD-KHAMIS
Operating Hours :  8:00 am  to 12:00 pm
                                 4:00 pm to  8:00 pm
Boat Ticket :   Adult-RM3.00/Child -RM2.00
Buggy Ride :   RM 12.00 
Futsal Field :  RM10.00/hour
Fishing :          RM10.00 (4- hour)  RM5.00 (2- hour)



JUMAAT, SABTU & PUBLIC HOLIDAY


Boat Ticket : Adults-RM 4.00/Child-RM 3.00
Buggy Ride :  RM 15.00


Kedah cuti Jumaat & Sabtu. Jangan tengok pelik sangat kenapa jumaat harga lain.





Disebabkan kami datang nak melawat je, bukan berjoging mahupun cuba Buggy Ride, jadinya kami pusing tasik pun tak habis. 
Suasana dekat sini memang sejuk mata memandang. Kehijauan yang memukau.













 Kerutan melambangkan kesilauan mata.









Gambar semua diambil dengan camera handphone Samsung Galaxy Note II Syuhadah Hamizi dan tak diedit sikit pun. Semua kebiruan dan kehijaun dalam gambar adalah asli.




Sempat lagi meroyan . 

Sekian, dan jemput lah singgah Taman Tasik Darulaman !


Jun 29, 2012

Hiburan Untuk Student Perlis : Air Terjun Bukit Ayer

Minggu pertama di Arau, gembira banyak class batal. Kami pun amik kesempatan nak bermandi-manda. Tak penah berjalan sangat pun sebenarnya kat Arau ni.. Selama 2 tahun setengah duk Arau ni duk ulang alik C-Mart je. haha. sadis gila.  Ada kenderaan baru semangat sikit nak bergerak.

Location Air Terjun Bukit Ayer, Perlis !


Ni semua kawan-kawan kita bersama kawan kita punya kawan. Kami bergerak dengan motor. Pastu boleh pulak semangat nak pergi tapi tak tahu jalan. 

Singgah kedai beli roti tanya pakcik jual roti 
Pakcik tau tak Bukit Ayer kat mana ?
Tak tahu la dik, bukan semua orang kat Perlis ni orang Perlis.

Gila confident pakcik ni jawab.

Agak jauh jugak sebenarnya. Dekat 10km jugak dari Arau. Baru rasa besar jugak Perlis ni sebenarnya. haha.


Muka separa mandi.



Macam ni la rupa Air Terjunnya. Tak besar mana. Tapi ada  tingkat air terjun. Yang specialnya, siap ada macam swimming pool .




Ni dia so-so swimming poolnya. Budak kecik yang duk usha panas tu tetiba jadi instant adik angkat . Tak pasal-pasal kawan sorang ni, Nadia gi using budak ni kesana kemari.

Lama sangat berendam baru kitorang bergerak naik atas kat air tejun. tapi masa ni semua dah mengigil ketakutan. Tinggal la 2 orang watak utama je dalam gambar.



Eh menggigil kesejukan la. Yang lain semua dah pi tukar baju.

Batu-batu kat sini tah apa pesen memang tak licin langsung. Kitorang pun macam terpegun. Batu tanah liat kot...


Air terjun tak kuat mana. tapi bergegar jugak la sikit otak tu.
Sebelum pergi air terjun, banyak cakap. Balik air terjun jadi blur blur.



















Dah menggigil sakan bergerak la tukar baju. Tapi orang bajet kuat bajet tahan sejuk main tak tukar baju terus gerak balik.. atas motor berangin, reti pulak mengigil..



Bubye Air Terjun ! Taknak jumpa dah !




Peluang menang Galaxy Tab ! Here

May 19, 2012

Lawatan ke Strawberry Farm




Bertemu kembali kita ! Last part untuk Adventure Outdoor kat Genting tajaan Nuffnang !
Sebelum bertolak balik ke tanah air, cehh cehh macam gi oversea, kitorang sempat singgah Strawberry Farm.



Yang seronoknya kat sini boleh petik sendiri ! Ikut korang la nak yang merah ke yang hijau yang berulat ke tak.
Kebanyakannya kecik omey macam ni. Tak sempat nak membesar dah kena petik.





Zam zam ala kazam !!! Bawalah daku terbang wahai kereta berbintik !














Eh Eh, kite jadi halimunan !!



Ladangnya kecik je, tapi nak keluar perghh punyalah jauh. sepanjang jalan tu banyak kedai souvenir.




Hye kita jumpa kembar kat sana.




Strawberry waterfall ! Please meet Mira



Antara cenderahati yang menarik perhatian mata.






Kat situ jugak ada mushrom farm . Penah tengok rupa cendawan sebenar-benar-benarnya??







This is me ! * sambil nyanyi lagu Demi Lovato




Habis sesi berjalan keliling kedai, naik bas, terus bergerak balik. Penat sangat masa balik ni. Orang tidur je sepanjang jalan. Sampai monorail terpisat-pisat. Dah la kena tunggu trip ke-3 baru boleh naik. Aigooo.



Ape pun trip ni memang best ! Thank you Nuffnang !


Berjimba di Air Terjun Genting




Bersambung dengan adventure outdoor kita dengan Nuffnang !
Sambil berjungle tracking dalam hutan tu, kitorang jumpa 2 sungai. Masa ni lah kitorang boleh berehat sekejap, keringkan peluh yang ada, bukak kasut cek pacat dalam kasut.. Kalau ada pacat confirm pacat tu dah buntal kekenyangan.



Air yang sangat laju dan sejuk !!
Sepanjang jalan ni, memang tak kena langsung cahaya matahari. Peluh pun malu-malu nak keluar. 




Nampak tak muka tahan sejuk ? Waa tabik lu boleh berendam. 



semua buat muka
'jauh lagi ke '
'ada jalan short cut tak'
'malasnya nak berjalan lagi'



Masa berehat kat sungai ni ada 1 task yang kitorang kena buat. Bawak secawan air tanpa pegang cawan tu.  Tapi semua macam tak fokus sangat sebab sibuk pandang air. hehe. Eh kite sorang je kot yang tak fokus.




Nampak tak ? Nampak tak ? ni kaki one of the blogger. Sanggup tau tak cuci nak bagi kitorang semua tengok. Sekali kena pacat ni, lambat sangaaaaaaaaaat darah nak berhenti mengalir..



The nuffies, Anne yang super cute & Darren kawaii. hahaha


Kawaii macam ni. hehe





Lepas 3 jam akhirnya jumpa jugak jalan keluar. Sumpah penat tak terkata. Terus terduduk . 



Sebelum balik, kitorang kena tanam pokok chrismas ni !! InsyaAllah bulan 12 ni dah boleh hias.

Lepas settle, terus bergerak balik bilik, mandi, check-out & lunch !
Masa nak mandi ni pulak la terjumpa sekor pacat sesat kat kaki !! Sungguh menyeramkan. Darah dah menitik-nitik. Tengok-tengok ada 4 tempat dah si pacat ni sedut darah.
Darah jangan cerita la, memang tak berhenti. 




Sebelum balik kitorang sempat singgah strawberry farm ! Tunggu next entry ! 


May 15, 2012

Jungle Tracking di Genting !




Hari ke-2 kat Genting, start berjungle tracking !




Semangat siap awal. Tak sabar turun breakfast je sebenarnya.




Gather kat Rumah Panjang. 




Malam sebelumnya hujan, tanah pun memang basah. & yang paling best banyak sangat pacat !!
Cepat betul pacat ni naik. Kebanyakan naik atas kasut je. Tapi ada jugak sesat sampai ke dalam kasut.
Tak sanggup nak tengok pacat ni duk melekat kat kaki. Memang tutup mata je kalau nampak.
Tak takut, Tapi geli. errr.




Laluan bawah pokok. Pokok dah tumbang ni berusia 100 tahun. Punca tumbang tak dikenal pasti. Sebab bak kata abang tour guide tu, eh tour guide ke ? jungle guide tu, nak kata panah petir mesti terbelah. tapi ni tak. sebab akar dia kuat lagi. 
ok takpe. jangan pikir masalah negara.




Sepanjang perjalanan dalam hutan ni, ada a few tasks yang kitorang kena buat.
First, bawak anak ikan dari start sampai ke sungai. Ikan tu kena bawak hidup-hidup. & lepaskan pun hidup. Kalau sekor anak ikan mati, sorang ahli group kena mati jugak. Eh ? macam tu ke ?


Second, lepas berhempas pulas mengelak binatang al-pacat tu, tibe-tibe sampai 1 tempat, task seterusnya.
ANDA DIKEHENDAKI MENGUMPUL 6 EKOR PACAT
terus rasa nak putus nyawa, nasib group work je.
terus Eh, ni kat kaki orang ada 1 ! Eh ada 2 !
*pejam mata lagi. air mata dah menitik setitik.






Muka sememeh walaupun tak berpeluh. Serious masuk hutan 3 jam, dengan kena mendaki kemain tinggi lagi, setitik peluh pun tak keluar. Tak tahu nak bersyukur ke nak mengucap. Ehh ?


/>