Sep 15, 2012

Album Raya: Wedding

Hye ! hari ni orang happy gila sebab semua test dah habis ! yayy. Test pulak dah macam nak amik SPM. SPM pun paling banyak 2 paper je sehari. Ni sampai 3 sehari, memang rasa nak tanggal kepala ni letak tepi.   So lepas ni tinggal paper final je.. Kena study awal ni, sebab carry mark rasa macam banyak yang lingkup je. hehehe.

Sekarang ni tak lain tak bukan nak cerita pasal raya pulak. Walaupun raya dah nak habis, tapi baru nak update pasal raya.  

Time raya biasa la mesti ramai orang buat kenduri kendara dah semua anak beranak berkumpul. Jadinya kami yang comel-comel ni semua jadi dayang-dayang bawak hantaran. hihi



Tah kenapa badan tak naik tapi muka makin membulat. Ada ke orang gemok tang muka je ?



Dayang-dayang istana. Pantang nampak kamera terus brek kecemasan. Orang belakang pun woiii kenapa jammed ni ? hahaha
Kita bawak telekung je kasi matching dengan baju kononnya. Dah la berlagak pakai wedges. Jalan terkial-kial macam pondan.



Sepupu yang bawak telur tu yang paling laju jalan sebab barangnya berat. Yang lain semua tengah berangan pandang kamera. yang dia tak heran dah. Speed sehabis boleh.


My angoh & Umi. Angoh ni kan free hair. Ikutkan dia memang tak nak pakai tudung, pastu umi cakap nak masuk kampung ni, pakai la tudung. Orang kampung kan bersatu padu bab bergosip mengata orang bandar. heheh



Amik berkat sikit bergambar dengan pengantin. Amboi mentang-mentang la sepupu punya wedding, kemain kau panjat katil.
Bayangkan dah tengahari diorang punya official photographer tak datang lagi. Jenuh la pengantin nak tunggu.


Ehem. No komen. Tunggu turn kita pulak lepas ni. Hahaha
Bubye !

4 comments:

Anonymous said...

Kasut tiggi to..wooooo!!!

B.e.e.n.a. said...

kasut tu serious cantik:D

HannaNana Swift said...

awak cantek la.. :D
btw, nice blog, nice entry..

_NisaFuzi_ said...

@hanna

eh thank you :)

/> />