Sep 27, 2012

Kurus yang menjadi Masalah

Memang impian setiap orang kan nak badan langsing.
Siapa yg nak perut buncit jalan perut ke depan.

I'm not categorise in that group. Alhamdulillah
Badan mantain.

But the problem is, I'm getting worried with my weight. Makan banyak tapi berat makin turun.
Serius makan banyak gila. Dalam class pun mulut ni mana pernah berhenti mengunyah. Sangat jarang mulut ni ada masa rehat sebab tuannya asyik melahap tak berhenti.

Mula-mula bangga la,
Bangga badan kurus, senang pilih baju,
Bangga baju  yang 10 tahun lepas pun muat lagi.
Bangga orang puji kurus
Bangga baju adik tahap sekolah rendah pun kita muat pakai.
Bangga dalam kawan ramai-ramai, kita paling kurus.

Sekarang ?
Perasaan bangga tu semua dah bertukar jadi takut.

Yes takut.
Sebab apa. Sebab berat boleh turun senang hati walaupun dah melahap.

Bayangkan dulu masa form 4, duduk asrama . Makan tanggung. 4 kali sehari. Supper pulak makan berat. Kadang-kadang sebelum tidur makan nasi lemak, mee goreng, nasi goreng. Berat sampai 55kg.
Datang sekolah wajib bawak biskut etc makan time cikgu mengajar.

Tapi masa tu tak rasa gemuk pun. Biasa je. Sampai la bila keluar asrama.
Berat turun jadi 45kg. Turun 10kg. Semua tegur makin kurus.
masa tu baru sedar, dulu gemuk rupanya...


Form 4. Belah kanan. Ok gemuk.


Bila naik form 5, rasanya berat dah turun sikit, sebab dah jarang turun dewan makan.
Lepastu asyik kena marah dengan orang tu sebab tak turun makan, marah-marah tapi hantar jugak makanan kat kita. Eleh.


Baju biru. Dah kurus sikit kot ?



Habis sekolah dapat berat badan ideal. BMI normal.

Teruskan perjuangan masuk UiTM. still makan banyak. Lunch wajib makan nasi. Dinner kadang-kadang makan nasi, selalu makan kuewteow .

Habis puasa baru ni sambung puasa 6, bila pi timbang berat 42kg. Boleh diterima lagi sebab puasa kan. Habis puasa ramadhan sambung lagi. Tak risau lagi.

But now, dah tak puasa, kembali melahap macam biasa, berat turun lagi jadi 41kg.

Terus risauuuuu. Kenapa kenapa ?
41 kg untuk orang yang tinggi 168cm.
Sangat tak normal.

Tak tahu mana silapnya. Makanan ruji org malaysia, nasi pun makan banyak dah.

Yang menambah tekanan lagi, bila Hemoglobin rendah. paras normal 12. yang kita ni 8 je.
Tapi ada hati nak derma darah. Bila dengar nurse tu cakap hemoglobin tu kena tinggi, kalau tak nanti tak boleh nak beranak.
Kan hilang darah banyak. Ni, belum pape darah dah tak banyak.

Hemoglobin tu boleh je naik, bila makan benda betul. Macam hati, sayur, daging. Masalhnya benda tu semua la yang orang tak suka.

Stress gila pikir pasal benda ni.

Mungkin sebab final exam makin dekat. Stress. Berat tak normal. Mungkin. Kita tengok habs final exam ni macam mana.




1 comment:

✿Lady Ainaa✿ said...

samalah kita, cuma berat 58kg tapi still isi badan xnaik.. huhuhuhu... makan byk tapi still xnaik badan, berat insyaAllah naik.. hahaha

/> />