Oct 19, 2011

pengguna facebook yang perlu dielakkan !!

hari ni tak tahu kenape tetibe nak cakap pasal facebook. sebab banyak sangat  kes facebook semua bergaduh. macam klaka je kan ? disebabkan facebook yang tak bernyawa semua bergaduh sampai boleh buat sampai rumah tangga orang
porak -peranda.


kategori orang-orang kat bawah ni wajib dielakkan !


1. orang yang mengamalkan prinsip laptop mu, laptop ku jua.


biasa memang adat  lagi-lagi kat hostel tu bila kawan-kawan nak pinjam laptop. nak tengok movie sebab dalam laptop sendiri semua movie dah khatam. pinjam nak buat assignment sebab dalam laptop sendiri takde software yang sepatutnya ada. semua alasan boleh diterima. 




tapi bila,


minah ! nak guna laptop jap nak on9 facebook !


minah pun terpaksa la bagi ye dak ? tak kan nak kate
 'AH TAK BOLEH !SIBUK JELA KO NI ! '


tak penah lagi jumpa jawapan macam tu...


minah ni pun mula-mula ikhlas je bagi pinjam. tapi bila dah guna sampai berjam-jam sampai nak menunaikan hajat pun sanggup tahan, eh melampau betol ko ni !








2. terlampau obses update status


banyak orang banyak ragam. mesti ada dikalangan membe-membe kamcing korang yang boleh PARKINSON bila tak update status kat facebook. ade kan kan ??


semua benda yang jadi dalam hidup dia semua benda nak cerita kat facebook. memang takde orang nak heran ko nak luah perasaan kat facebook tu.


tapi bila update macam ni :


' ko ingat ko sape nak tengking-tegking aku depan orang ramai ? ko ingat aku ni takde maruah ke ? ko ingat aku tak tau malu ke bila ko kate aku ni pompuan sundal ? aku tau aku sundal, tapi tak perlu ko nak mengate aku depan orang ramai '


cuba kalau korang tengok orang update status macam ni... dia sendiri yang memalukan diri sendiri right ? 




kadang-kadang kalau dah tau bangun lambat nak pergi class pun, sanggup melambatkan lagi dengan alasan nanti tak boleh fokus kat class kalau tak update status.






3. orang yang pantang nampak laptop orang lain terbukak


 ha orang macam ni lagi la kene lari jauh-jauh dari dorang.. korang ade tak roommate yang takde laptop, bila korang bukak je laptop, mesti die akan muncul duduk bergesel-gesel sebelah korang.. 


yang korang ni pun biarkan jela kawan korang tu. tapi bila korang kalih je kepale dari skrin laptop nak bercakap dengan orang lain. terus kawan korang yang duk bergesel ni ;


eh nak guna jap !! *sambil tarik laptop korang 


sakit tak hati ? nampak tak betapa pekanya beliau ?


kalau macam ni sekali, silalah on9 dalam bilik dan kunci pintu.


4. orang yang rajin upload gambar & paksa korang comment @ like.


memang terlalu ramai orang yang gila kamera. ramai jugak yang rajin upload gambar kat facebook sampai beribu-riban. tak kurang jugak orang yang terlalu up-to-date yang wajib tukar DP hari-hari..
silalah puji mereka ni. anda sangat rajin. orang macam ni memang takde buat masalah. 


tapi yang jadi masalah bila diorang pakse korang like picture terbaru diorang. kira korang sebagai kawan terbaik dorang wajib like !


yang lagi boleh buat bahan ketawa bila upload gambar dengan caption ;


kite tau kite comel, jangan la puji. hikhik.


kalau gambar top-top hebat-hebat tak payah dipaksa memang suka rela akan like.
tapi kalau dah gambar sepesen je macam ni ;









takde motif kan ?




5. fake !
pernah tak bila korang terjumpa kawan baru kat facebook kat luar, bila nampak depan-depan.


eh dia ni kan yang nama puteri kayangan kat facebook tu kan ? 
amboi nama nak glamour.


bila tengok gambar ;
comelnya dia ni ! rasa nak cubit-cubit !


bila tengok the real person,
fake betul dia ni ! rasa nak cubit dengan jari kaki !


ye. memang ramai.  kalau boleh kat facebook tu nak upload gambar yang comel-comel je. yang senyum senget pun tak boleh. mesti perfect ! mesti ayu !




biasanya kalau nak pinjam laptop saje, ramai yang tak kisah. guna jela. tapi bila mintak pakej sekali dengan broadband ramai yang berkira. al maklum broadband tu ada limit. bila dah sampai limit tu yang connection makin slow. 
lagi-lagi orang yang kena bayar broadband sendiri, lagi lah terasa betapa berharganya broadband anda. kan nazatulfilzah ? heee


bersyukur la kalau kolej  sediakan wi-fi tu..


yang korang perlu elakkan kan ni pun nak mengelak kan daripada korang-korang termasuk la saye yang mereka cerita ni menambah dosa.
daripada duduk bersembang dengan kawan;


eeee tah ape-ape die tu bangga sangat dengan boyfriend dia yang tak handsome tu !


baik bersembang;


'eh tolong ingatkan orang prinsip accounting. tak boleh tidur selagi tak dapat jawapan ni'


ada jugak faedahnya..


hargailah sahabat-sahabat anda .  jangan buat diorang jadi daripada macam ni ;



pastu ;



kemudian; 


akhir sekali ;







sekian :)

1 comment:

cik peLangi said...

songengg muuuu ! HAHAHAHA

/> />