Nov 1, 2012

The Coolest Angry Bird's Cake

The coolest birthday party ever ! Sekali dengan hari raya korban, sambut birthday sepupu. Dah sambut tang raya korban, wajib ada daging lembunya. Malam tu buat BBQ daging dengan ayam. Sambut pulak dengan semua adik-beradik abah yang seramai 9 orang dengan anak masing-masing. Dah meriah macam pesta. 

Kek birthday girl, 


Home-made Pink Angry Bird ! Adore his nose ! HAHAHA. 



Front view.
Terguris betul hati ni bila angry bird comel ni dipotong dimakan dilumat masuk perut !



Ayam yang diperap.


Menu wajib ada, daging !







Nampak tak pancaran macam kilat yang menampakkkan eksyennya nak bergambar je.

Ni kira tak la focus kat birthday party sangat. Family reunion la. bukan senang nak berkumpul reramai. Sebab tu buat kat court futsal. Main futsal 1 family besar. mahu nak terangkat bumbung. Dah masing-masing sokong laki, anak masing-masing. Menjerit sakan kaum perempuan yg luar court ni. Excluding me. Kita kaki gelak je. Tengok golongan veteran main futsal. Boleh tahan la rancak.


Geng kanak-kanak lelaki main pun duk bantai gelak lagi. Tak tahan sangat tengok telatah diorang.


Yang paling banyak dapat sambutan team perempuan 9 orang vs team lelaki 3 orang. Haaa yang ni memang gelak guling-guling. Budak laki dah la main kasar, yang perempuan ni pun nak tunjuk hero jugak. Sekali main bukan tendang bawah, terus tolak pakai tangan sekuat hati. Dah nama budak-budak mana nak main pakai strategi sangat, semua pakat lari berkerumun dekat bola. Kalau tengok dari atas, nampak macam sorang je dalam court sebab pakat berebut dekat 1 point. 
Kalau boleh keeper pun nak lari rebut bola. 





Budak ni comel sebenarnya, tapi tah kenapa comot dalam gambar ni, mulut dia sexy wey ! 

:D

1 comment:

A Girl Like You said...

Wow! Kek tu cool okay! Xde recipe ke ;)

/> />