Mar 30, 2011

perlis banjir lagi ? macam seronok !

nangis dulu. waa tak tau nape time nak exam je mesti perlis ni nak banjir. KITORANG BAWAK MALANG OH. HAHA. kalau setakat banjir je ok fine. tapi mesti banyak side effect die. contohnya:

1. masa banjir, air takde, pelik tak ? ni siyes oh ! air yang bersih la takde. maksudnya air yang keluar dari paip. heee.

nak menabah air satu hal. dah la nak beratur, mak ai, kalah kat ATM, pastu bila sampai turn je, maaf air untuk anda habis . cis, memang bernasib malang . grrr.

air hujan air banjir tu memang la ada. memang melimpah ruah tak terkata. warna dia pun memang cantik menarik. sape nak minum teh tarik terbaik boleh la datang sini. tapi harap maklum la kena bawak susu sendiri, sebab air teh ni tak berapa nak manis :P


contoh teh tarik semulajadi :P

2. makanan !. ni paling susah nak terima hakikat. makanan takde.  mesti kebuluran. mest kurus keding pastu. pastu mesti bila balik rumah umi abah sume dah tak kenal.
ok stop. tipu.......
macam kedai makan pun tak berapa nak ada makanan. diorang pun nak simpan makanan untuk diorang jugak kan ?
kedai-kedai runcit  kat sini pun dah tak dapat nak jual makanan macam biasa. lori hantar barang tak leh datang. stok tak sampai. kami pun kebuluran. +_+

pernah jugak pikir nak mintak umi pos barang makanan dari sana. tapi tetibe.. *kua mentol bling-bling*
kat sini kan banjir. cane posmen nak hantar barang kat sini. posmen mana yang sanggup meredah banjir untuk melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai posmen ???

3. duit kat ATM takde. memang betul-betul kering kontang. macam mana orang yang isi-isi duit dalam bank tu nak datang kan ? lagi sekali : sapa yang sanggup meredah banjir untuk memastikan duit kat semua ATM dalam uitm ni ada, dan cukup untuk student. biarlah paling-paling kami berduit even tak boleh buat pape dangan duit tu . ade ke..?????


yang ada.. pegi la kat bank islam, maybank, bsn sume takde duit ! ha yang ni lagi terbaik la kan. lagi- lagi sape bernasib baik sangat time banjir tu memang dalam purse tinggal 2 ringgit je.. cecite nak cekau mana. nak pinjam membe pun macam " semua orang memerlukan duit "
sampaikan MPP bukak pinjaman untuk student yang sangat-sangat memerlukan duit ! see ? betapa daruratnya.


tapi3. kalau ATM takde duit plus dalam akaun pun takde duit. mesti bersyukur sangat kan sebab takde effect sangat la kat korang!  :P

4. bagi orang yang batak banjir macam saya, hee. mesti seronok gila time banjir ! haha. masih normal ok. tapi sebab dalam uitm tak kena banjir. tak perlu angkat barang bawak lari, pindah balairaya bagai, seronok jugak la kan. heee.

 5. masa banjir, mesti orang kat luar semua simpati. mesti semua pakat bagi bantuan makanan n duit. boleh la bukak tabung kebajikan lepas tu :) hehe.


tabung kebajikan comel :)

best kan ? meh la mai perlis. *tetibe buat kempen cuti-cuti malaysia =_=

mampu berharap jangan la banjir...

No comments:

/> />