Mar 10, 2011

special dan pelik !

sekarang nak merepek pasal insiden/perkara yang maybe korang tak penah nengok kat tempat lain. kat uitm arau ni je kot yang ada cmni :P

1. lelaki berpayung. tak pelik.? ok fine. lelaki yang berkemeja dan berseluar slack berpayung. pelik tak.? pelik ok..! jangan wat kure2 makan maruku wat2 tak ngaku pulak..!
kat sini takde susur gajah. so memang panas terik ya ampun. memang warganegara kat sini berpeluang tinggi menjadi kuda belang yang tertarik menarik. memang comfirm orang lain tak leh nak beza dah mana yang ori mana yang palsu. sebab cuaca yang panas gila, memang semua orang berpayung. termasuk la lelaki. ye lelaki. siap pakai payung rainbow g kot ! wow, menyerlahkan kejantanan anda. haha :P
ok2 orang tak cakap salah, nak pakai, pakai la kan. orang kate bende ni pelik je. tempat len payah nak jumpa.
boleh bayang tak sekarang..???

2. orang tak takut kat kereta walaupun kereta tu bergerak ngan kelajuan kuda. haha. bak kate orang tadi, kat sini takde susur gajah, laluan kereta tu la laluan pejalan kaki. tapi selalunya memang pejalan kaki la yang conquer. kalau nak lintas jalan, biase orang pandang kiri kanan kiri. kan3..? tapi kat sini orang jalan menonong je. pandang kiri kanan wat cukup syarat je. ade kereta moto pun main redah je. dah jalan pun bukan macam highway kan. semua orang wat tak kisah la sebab comfirm tak kan langgar. lagi pun kan dah tetapkan dalam kawasan u boleh bawak 30km/h . haha. tah la orang men petik je no ni. tapi memang ade la. tak ingat berapa.
waktu pagi, kalau takde abang/pakcik polis yang jaga, memang comfirm jalan jem sebab pejalan kaki melintas tanpa henti. haha.

3. angin kuat yang best. kat arau ni, bak kate orang lagi, bukan orang lain, org ni la, nisa.! haha. ok bak kate orang, kat sini panas, slalu panas, tapi dalam panas membahang tu, angin kuat. bukan takat sepoi-sepoi bahasa. ni sepoi beribu bahasa.! kalau duk aras atas, lagi syok. terbang2 rambut cam dalam filem. uish, memang romantik habis la kan. :P
kalau time angin kuat, pegi kat ampaian tengok baju kat ampaian semua berayun mengikut irama. haha.
boleh bayang lagi tak ??


4. orang batak jumpa hujan.eh tau tak batak tu ape..?? batak tu cam jakun la. jakun tau jakun.??
 bila hujan je, nyanyi2 cam baru lepas kena lamar. sja suruh hujan makin lebat. *hiperbola sungguh.!*
ni lagi la. kat sini jarang hujan. tak tahu la tempat lain pun sama ke tak. cek tak tengok berita, tak tengok ramalan kaji cuaca nih.. ok camni. bila hujan, semua orang macam.....
woww. hujan la..! eh hujan..!!
 nak mintak autograf.! hahaha. tapi seronok bila dapat main hujan. tengah2 panas, tambah panas hati lagi, bila dapat mandi hujan. fuuhh. waa cair sama lu laa. heee :P


5. pesta mai belanja.! yang ni memang bikin wa panas laa. lari bajet bila slalu ade karnival nih. aish. cuba la wat pesta mai jimat. haha. karnival ni ala2 pasar malam laa. tapi ni pasar tengahari sampai malam. bila bukak je kedai2 ni, kalau jenis kedai yang takde orang pegi, memang tak kan ade orang la sampai ke tu0 pun. kalau kedai yang ramai org, memang tak putus orang, memang sampai ke tu0 jugak la tak dapat nak beli. haha. masalah betul..

sebab tu arau ni special. heee. kalau la arau ni boleh kembang bila dengar orang puji, comfirm negeri perlis ni boleh membesar lagi.! hahaha.


tu je la wat hari ni :)
terima kasih membaca :)

2 comments:

syAzAnA said...

ohh. meriahnya arau. ehe. samalah kat gambang niee. ;P

cik^fiqa^ said...

dak KMP eh??batch ke brp neyh??
umo brp??

/> />