May 31, 2012

Movie Gerimis Mengundang - 4 Bintang !




Hari isnin lepas sempat pergi pratonton Gerimis Mengundang ni ! Lakonan Kamal Adli (Zamani ) & pelakon dari Indonesia Olivia Jensen (Mikha)

Sinopsis Gerimis Mengundang :

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. 

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. 

Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. 

Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.




Serious tak rugi tengok cerita ni.. Jalan cerita menarik. Cerita ni banyak dirakam di Sabah. Pemandangan  Sabah sangat cantik ! Dalam cerita ni ada jugak diselitkan tarian etnik orang Sabah, rumah kayu Sabah, memang unik sangat la ! Tang part Kamal Adli accident tu bak mai hang gila sedih. Serious. Dah la Kamal Adli tengah bergaduh dengan Olivia pasal tiba-tiba Tunang Olivia muncul, sekali accident, tak sempat nak cerita hal sebenar sepenuhnya, hero meninggal ! 
Hang ada muscle ketul-ketul pun boleh nangis woi tengok cerita ni !  







Sesi press conference : Kamal Adli, Pengarah Finas, Adad Idham, Olivia Jensen



So this is Olivia Jensen, heroin Gerimis Mengundang !
Serious tak berkelip tengok dia. sangat cantik, gebu dan flawless !
Baju dia pun comel kan kan. 




Time press conference tu terperasan Intan Ladyana ada ! terus jeling-jeling dia banyak kali. tak usha dah Kamal Adli kat depan . haha.
Ni first time tengok dia depan mata, & seriously dia sangat kurus. 
Cuba tengok muka Intan. sangat kurus kan ?











Muka over excited.
Sumpah comel gilloss baju Olivia ni. 


Gerimis Mengundang dah keluar wayang hari ni (31 Mei 2012)
Mesti korang pun dah lama tak tengok cerita Melayu kan. tau dah.
Apa kata try tengok cerita ni . 

Till then . thank you :D


/> />